Pulau Pangkor

 

Laut dan Pantai

 

            Pantai yang ada di pulau ini sangat cantik, pasirnya putih bersih, airnya biru berkilau. Anda pastinya tertawan melihat keindahan pantai di Pulau Pangkor. Anda juga boleh menikmati snorkeling, selam scuba, meluncur angin dan bersiar-siar dengan bot laju. Pulau Giam adalah tempat paling sesuai untuk menjalankan aktiviti snorkeling. Batu karang dan hidupan laut yang menarik dan memberi kepuasan kepada pencinta alam disini.

 

Hutan Hujan Tropika

 

            Pulau Pangkor masih lagi kaya dengan rimbanya serta flora dan faunanya. Juga masih memiliki species haiwan yang hampir pupus seperti burung enggang dan memerang. Jika anda seorang yang sukakan aktiviti lasak di dalam hutan, mintalah jurupandu bertauliah untuk membawa anda masuk kedalam hutan tersebut.

 

 Pekan Pangkor

 

           Ianya terletak di sebatang jalan yang kecil dan pendek. Walaupun kecil, ia menjadi pengaruh yang besar kepada golongan wanita apabila melihat ikan kering, sotong, ikan bilis, udang kering dan beranika bentuk cenderamata yang boleh dibeli untuk dijadikan kenangan.

 

Tempat Bersejarah

 

             Di selatan Pulau Pangkor terletaknya Teluk Gedung sebuah tempat bersejarah kota belanda, didirikan pada tahun 1670 oleh Belanda bagi menghalang serangan lanun selat melaka dan pahlawan tempatan yang membenci penjajah. Tidak jauh dari Kota Belanda terdapat sebiji batu granit yang besar dan bulat, terletak ditepi jalan. Pada batu ini tertera gambar harimau dan perkataan VOC yang membawa maksud Syarikat Belanda Hindia Timur.

 

Memancing

 

            Jika anda seorang kaki pancing, Pangkor adalah tempat paling sesuai, antara tempat yang selalu menjadi tumpuan kaki pancing ini ialah Pulau Sembilan. Anda boleh berurusan dengan nelayan untuk mendapatkan bantuan mereka.

 

Resort

 

        Tentang penginapan di Pulau Pangkor, anda tidak perlu bimbang. Disini ada banyak tempat penginapan yang bersesuaian dengan budget anda. Antaranya ialah Pangkor Island Resort, Khoo Holiday Resort, Orient Star Resort, Teluk Dalam Resort dan lain-lain. Saya mencadangkan Pangkor Island Resort kerana pemandangan pantai yang menarik sepanjang 1.2 Km, bertempat di Teluk Belanga.  

 

 

     
     
         
         
         
     
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
   
       

   Hakcipta Terpelihara � samperfive.com

 
Hosted by www.Geocities.ws

1