Bagaimana Proses BOOT Dilaksanakan

Pastikan anda telah menyambungkan sekurang-kurangnya 4 komponen iaitu. Pembesar suara pada mainboard, keyboard, cakera keras dan monitor.

Beberapa kaedah yang anda perlukan untuk menukar sesuatu komponen

1.       Pertama LCD akan menyala di beberapa bahagian komponen computer � pada mainboard, cakera keras, cakera liut, network card, CD-ROM, monitor dan keyboard.

2.       Cakera keras selalunya berpusing

3.       Kipas bekalan kuasa dan CPU akan mula berpusing

4.       Paparan pertama pada monitor adalah sama ada kiraan memori atau paparan BIOS kad VGA

5.       Semasa kiraan memori, pembesar suara pada mainboard akan berbunyi

6.       Apabila kiraan memori selesai, cakera liut akan mula dicari (LCD menyala)

7.       Mesej daripada BIOS akan dipaparkan, termasuk versi BIOS, jenis CPU dan sebarang �non-fatal error messages�.

Pada ketika ini, POST telah selesai dan proses BOOT bermula. Bahagian akhir POST selalunya ialah carta komponen yang dijumpai semasa POST, seperti kelajuan CPU, kad VGA, port selari, port bersiri, port LPT, port USB, cakera keras IDE, cakera liut dan sebagainya.

Selalunya pemacu cakera C dicari dan mula melaksanakan fail system. Fail-fail ini selalunya disebut �bootstrap program.�

Jika fail system tidak dijumpai, BIOS akan memaparkan mesej �Insert Boot disk and press any key� atau sesuatu yang hampir sama. Ini dipanggil �non-fatal error�. Masukkan disket system ke dalam pemacu cakera A dan tekan sebarang kunci. 

Jika perkara diatas berlaku, anda akan tahu bahawa mainboard mempunyai keupayaan sekurang-kurangnya melaksanakan POST ROM. POST mempunyai kemungkinan menghadapi masalah �non-fatal error�.

        Ralat �fatal� POST selalunya disebabkan tiada paparan, jadi anda perlu mendengar pembesar suara pada mainboard dan membilang beep. Bilangan dan panjang beep menjadi panduan kepada juruteknik dalam memperbaiki computer. Mengeluarkan kad VGA selalunya menjadi �fatal error� bagi kebanyakan BIOS.

        Tiada RAM adalah suatu �fatal error�

        Tiada CPU akan menjanakan kod beep. Ia adalah �fatal error�

        Tiada keyboard bukan �fatal error�, POST akan selesai dan mesej ralat akan dipaparkan, misalnya �Keyboard not found. Press F1 to continue.�

Tiada paparan semasa BOOT

        Periksa bekalan kuasa monitor dan sambungan video

        Reset balik kad video dan masukkan ke dalam soket baru.

        Pastikan pembesar suara pada mainboard disambung bagi melihat mesej POST.

        Saling tukar kad video atau monitor.

Mesej-mesej POST yang biasa

1.       Ralat HDD atau FDD controller. Selalunya disebabkan sambungan kabel (mungkin terbalik).

2.       Disk Drive 0 failure. Bekalan kuasa mungkin tidak sampai ke cakera keras atau anda tersilap set pemacu dalam CMOS (laksanakan setup). Juga pastikan cakera disambungkan dengan betul ke �controller�.

Troubleshooting cakera liut

        Jika lampu LCD sentiasa menyala (tidak padam), periksa sambungan kabel. Kemungkinan besar ianya terbalik.

Kaedah Six-Step troubleshooting

1.       Tentukan masalah

2.       Lakukan pemeriksaan biasa berdasarkan panduan/petunjuk atau pengetahuan operasi.

3.       Kenalpasti punca masalah

4.       Gunakan perkakasan/peralatan diagnostic bagi mengurangkan senarai masalah.

5.       Kenalpasti komponen yang bermasalah.

6.       Baiki, ganti, catat dan kembalikan perkakasan kepada spesifikasi asal. Selidiki mengapa komponen tersebut gagal berfungsi.

Cara mengatasi masalah biasa

1.       Periksa semua kabel-kabel, pastikan sambunganya betul.

2.       Buang secondary cache, atau disablekannya dalam setup.

3.       Kurangkan kelajuan CPU

4.       Gantikan DIMM dengan yang lain

5.       Gantikan kad VGA

6.       Keluarkan komponen-komponen tambahan yang kurang perlu, seperti sound card, modem, network card, cakera keras tambahan dan sebarang kad pengawal tambahan.

7.       keluarkan mainboard dan pasangkan diluar � mungkin ada �grounded� pada casing

8.       Cuba dengan kabel-kabel lain.

9.       Periksa semua jumper pada mainboard.

 

     
     
         
         
         
     
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
   
       

 Hakcipta Terpelihara � samperfive.com

 
Hosted by www.Geocities.ws

1