|
|
|
|
|
|
Aktiviti JK Pendidikan
Sepintas lalu aktiviti-aktiviti pendidikan PMM
Kandungan
![]()
Aktivi-aktiviti
Jawatankuasa Kerja Pendidikan bertanggungjawab menjayakan skim �Hadiah Cemerlang� untuk anak-anak ahli yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Skim ini adalah projek tahunan Persatuan kita. Adalah disyorkan supaya projek ini dapat diteruskan setiap tahun. Jawatankuasa Kerja Pendidikan juga telah berjaya memulakan pengeluaran Newsletter Dalaman yang diberinama �SUARA PMM�. Malangnya, setelah tiga keluaran projek ini terhenti disebabkan ketandusan sumbangan bahan dari ahli-ahli. Projek Sendi yang bertujuan mendedahkan ahli-ahli dan anak-anak mereka kepada dunia komputer terpaksa diketepikan kerana masalah logistik dan teknikal. Walau bagaimana pun satu projek yang diberi nama �Projek Celik Komputer� telah mengambilalih dan pelancarannya akan diadakan tidak lama lagi.
�Projek Celik Komputer� ini dikelolakan oleh satu Badan Ad-Hoc yang dianggotai oleh ahli-ahli pengamal komputer yang bekerja dengan Shell dan Petronas Carigali dan diterajui sendiri oleh Setiausaha Kehormat. Ahli-ahli atau anak-anak mereka yang sudah bersekolah digalak mengikuti program ini. Penyertaan adalah percuma. Pertanyaan lanjut boleh dirujuk kepada Hj. Putit Abang Tuah.
Untuk dirancangkan oleh AJK Baru !
![]()