Pmm Logo

Pmm Logo

Pmm Banner

Pmm Logo

Our Company, My Company Logo

pmm_wanita

Aktiviti JK Wanita

Sepintas lalu aktiviti-aktiviti Wanita PMM

Kandungan

Latar Belakang Wanita PMM

Aktiviti-aktiviti

AJK-AJK Wanita

Projek terkini

Kembali ke Aktiviti PMM

Latar Belakang Wanita PMM

Penglibatan wanita dalam Persatuan ini perlu diberi perhatian yang sirius. Jawatankuasa Tadbir telah memberi ruang yang cukup kepada mereka untuk bergiat selaras dengan aspirasi mereka. Satu Jawatankuasa Kerja Hal Ehwal Wanita telah ditubuhkan pada awal tahun 1995. Menerusi Jawatankuasa Kerja ini, wanita PMM telah banyak menjalankan kegiatan mereka. Seperti yang dijangka ternyata wanita kita mampu bergerak tanpa banyak penyeliaan dari Jawatankuasa Tadbir. Adalah menjadi harapan kita agar wanita kita akan cukup terdedah dengan teknik-teknik kepimpinan yang pada akhirnya akan membolehkan mereka bergiat dalam arena lain seperti, pertubuhan wanita, pertubuhan kebajikan mahu pun bidang politik dan menjadi pemimpin yang berwibawa dan beriman.

 

Untuk menentukan wanita PMM mendapat tempat dalam Persatuan kita, peruntukkan khas telah digubal dalam Perlembagaan yang mewajibkan satu daripada 2 jawatan Naib Yang DiPertua mestilah diberikan kepada ahli wanita. Sedangkan jawatan-jawatan lain dalam Persatuan bebas untuk direbut dalam pilihan di Mesyuarat Agong Persatuan.

Kembali ke atas

Aktiviti-aktiviti

 

KEGIATAN

 

TARIKH

 

TEMPAT

 

Majlis Suaikenal Idilfitri 03 Mac 1995 Premis PMM
Wanita Melayu Kearah Wawasan 2020 8 Oktober 1995 Dewan Carigali
Seminar Kerjaya Untuk Pelajar Melayu 22 September 1996 Premis PMM
Forum Masalah Remaja/Tanggungjawab Ibubapa 26 April 1997 Dewan Kg.Luak
Forum Masalah Remaja/Tanggungjawab Ibubapa 27 April 1997 SMK Agama PJ

 

Semua kegiatan yang telah diadakan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita telah dikelolakan dengan baik dan seharusnya mendapat pujian dan boleh dijadikan iktibar kepada Jawatankuasa Kerja-Jawatankuasa Kerja lain yang ternyata tidak bergerak seperti yang diharapkan.

 

Satu keistimewaan Jawatankuasa Kerja Hal Ehwal Wanita ialah kemampuan ianya bergerak walaupun dalam keadaan tertekan dan serba-serbi kekurangan termasuk kekurangan kewangan dari PMM. Dengan usaha dan inisiatif tersendiri Wanita PMM telah berupaya menggerakkan jentera mereka dengan baik. Wanita PMM telah berjaya mengetuk pintu hati dermawan Melayu untuk mendapatkan ‘sponsorship’ atau ‘derma’ tanpa mendesak Persatuan kita untuk peruntukan yang banyak. Inilah barangkali perkara yang patut diambil perhatian oleh Jawatankerja Kerja lain yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Tadbir semantara kita masih berada dalam perancangan untuk mengisi khazanah kita.

Kembali ke atas

AJK-AJK Wanita

Khadijah Bt. Datuk Temenggong Hj. Muip

Dyg. Hamsiah Bt. Hj. Abang Naruddin

Zakiah Bt. Hj. Omar

Kembali ke atas

Projek Terkini

Seminar Pembelajaran

Bimbingan Anak Cemerlang

oleh

Dr. Hj. Mohd. Shukri bin Hj. Abdullah

pada

Ahad 7hb September 1997

8.00 pagi - 5.00 petang

di

ODITORIUM PETRONAS CARIGALI

Lutong

Kembali ke atas

Hosted by www.Geocities.ws

1