Izinkan kami terlebih dahulu memanjatkan puji dan syukur kepada Tuhan
Yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat, taufik serta hidayahNya hingga
membolehkan kami dan rakan-rakan di dalam Kumpulan SALAM, meneruskan
usaha-usaha dan rancangan- rancangan untuk kemajuan projek QCC Salam Zon 3
Selangor Barat.
Sungguhpun tidak ada kejayaan tanpa kerjasama dan pengorbanan. Justeru
itu kami mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih
kami kepada PPU kami, En Chan Chao Yin yang telah banyak berkorban masa,
moral dan material di dalam setiap aktiviti yang telah dirancangkan oleh
kumpulan SALAM..
Sesungguhnya kunci kerja yang dipegang oleh kami dan rakan ialah "kegembiraan"
di dalam melaksanakan kerja. Kegembiraan akan menimbulkan semangat kerja
yang unggul dan berterusan. Kami amat takut dan cuba menghindarkan suasana
kerja yang mengakibatkan tidak timbul kegembiraan di dalam melaksanakan
kerja kerana hasil dari itu kerja tidak akan menjadi, tidak berhasil, tidak
berjaya dan disinilah kita akan melihat kegelisahan, ketidak puasan hati
yang akan akhirnya menjana kepada kelembapan, kemunduran dan kehancuran.
Projek QCC SALAM ini adalah satu contoh hasil kegembiraan di dalam
melaksanakan kerja. Disamping itu kami ingin mengucapkan terima kasih kepada
Unit Pentadbiran CNO Bukit Raja Klang kerana banyak menolong dari segi
bahan serta metarial.
Jalinan dan jaringan kerja haruslah diikatkan sebagai ikatan kekeluargaan
di dalam apa juga urusan kerana ianya akan membawa keberkatan dan kejayaan.
Melalui halaman ini kami mengucapkan terima kasih setinggi-tinggi
penghargaan atas segala bantuan dan dokongan oleh Tn Hj Ismail Jumat, Head
CNO Selangor, pihak QIBE dan rakan-rakan di dalam CNO Selangor serta semua
pihak yang telah memberi sokongan kepada Kumpulan SALAM..
Semoga Tuhan memberikan limpah rahmatNya di atas segala baik budi yang
telah dihulurkan.
Sekian, terima kasih.
SALAM.