Scroll down for latest update...

26 March 2002

Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang sangat dikasihi....

Pertama sekali kemaafan jua yang dipinta kerana tidak dapat untuk 'broadcast' lebih awal berita tentang kemalangan Zam. Dan kegagalan aku untuk menghubungi semorang kerana kehandsome-an aku yang tidak meng-reload-kan tepon pre-paid aku tuh!!!

Pada Jumaat lepas besamaan 22 March 2002, lebih kurang pukul 11.30 pagi, aku dapat call dari enset Zam. Seperti biasa aku jawap... "weeeiiii...." ye laa ingat Zam lah yang call... tetiba....

Suara: "Kak Mas ke tu...?"
Aku: gulp.... "ni sape nih...?"
Suara: "ni Yah.... adik Zam..."
Aku: aikkk... pehal plak nih... "kenapa?"
Yah: "kak zam excident laa kak...." pause...
Aku: "astaghafirullah..... kat mana...bila..!!!"
Yah: "pagi tadi, masa nak pi kerja"
Aku: "abih dia kat mana sekarang???"
Yah: "kat hospital selayang ICU...tingkat 5"
Aku: "laillahainAllah... abih apa yang cedera..."
Yah: .... pause.... "doktor kata ada pendarahan dlm otak...." she couldn't speak... I scent that... I understand...
Aku: "astaghafirullah..... ok ok nanti akak bagi tau kawan yang lain..."

and so the line click...
aku pulak... panik... terus call Jedah... dia kata dia akan balik terus dari Kelang... masa ni an kat rumah Jedah... aku berkelana seminggu ke Shah Alam... ingatnya nak balik Setiawangsa laa... tengah hari tu... dah tergempar mcm ni... tukar plan...

Then call Izai... set dia nak ikut jugak... lagi pun dia yang tau camna nak pi Hospital Selayang... then Citah.. dia pun nak pi... call Aeen answering machine... so I left a message, call Ita... TIDAK AKTIF!!! so aku call Abang Yus... answering machine... aku tinggal message jugak... sampai hari ni aku tak dapat contact dia dan tak dapat call dari dia... ITA where are you!!!!!!!!!! While we all rush ke Hospital Selayang.... aku cuti tak pe... yang lain-lain ponteng kerja... tak pe... we all risau sgt... kalau boleh nak terbang kesana.

keep on trying to get her....YESS... dapat Ita... and she's informed about this! Anyone wish to get Ita call this number---> 019-2521192

Sampai di wad ICU Hospital Selayang hampir jam 3 petang. We burst into tears... the family members are all there which is so familiar to us... we did our best to console them and ourself too... of course... Jawer datang jam 5 petang... u know this 'ratu air mata' even when she laugh also she cried... ini kan pulak...

Kita masuk melawat dia berdua-dua, an masuk dgn Izai, Dia mcm biasa aje... mcm tidur... dgn semua tiub2 tu... and the machine goes bip bip bip... kaki kiri dia patah... tapi belum bersimin. The husband - Din is OK... alhamdullillah.... cuma luka-luka sikit dan dia mengadu sakit mungkin sebab terhentak... but he's ok...

The status is critical! Thats what the doctor said. And this worried us damn a lot... Tuhan aje yang tahu... Ring tones spill the air... as everyone here and there yerns for latest news. Ida cried... Citah couldn't bear so she pass me the communicator, all I said is to pray for her... thats all we can do... I don't even want to think of the other possibility... Aeen called, Acai from Sban call... Ayu called... who else aku lupo... Jamiah yang tengah mengeram tu called...

Ubat bius tu akan habis Ahad, from there on kita boleh tahu progress dia. So semalam (Ahad - 24 March 2002) aku, citah, jedah, netty pergi ke hospital semula, jawer dah sampai.... mak dia peluk an and tell me GOOD news... she's consious and reacting positive! Kita sungguh gembira, dan berita terbaru ini sedikit sebanyak meredakan gelisah semua kawan-kawan dari Jumaat lalu.

Aku masuk melawat dia dua kali semalam... tapi tak sampai hati nak kejutkan dia... kaki dia pun dah di simin... Ramai kawan-kawan dia semasa di UiTM dulu, kawan-kawan kat tempat kerja, member serumah datang melawat dia.... and according to mak cik ada seorang kawan UiTM dia fly from Johor tapi kami tak sempat jumpa. So kalau progress Zam OK, mungkin hari ni (Isnin) dia akan dimasukkan ke wad biasa... depends laa... doakan she's fine... Ayu nak datang jugak dari Melaka memalam tu... but we all advise her to come tomorrow...

Malam tadi kami meneman mak cik, pak cik dan din sampai lebih kurang 8.30 malam. Sewaktu nak balik hujan lebat, aku bersyukur setiap rahmat yang Tuhan berikan, begitu juga aku mengharapkan rahmat Allah untuk Zam.... baru terasa perut kosong... kami ke Pantai Dalam dan Citah hantar aku balik Setiawangsa... lepas tu aku ikut Citah balik dan pagi ni aku pi kerja dari rumah Citah...

Untuk Citah.... ampun.... an selalu menyusahkan ko... dan terima kasih yang amat sangat untuk Citah kerana all those hanky pangky things... and Jedah too... and Yah (UiTM) too... kerana melayan ngok ngek aku selama seminggu lepas...

Sahabat ku yang dikasihi....
Sama-sama lah kita berdoa agar Zam cepat sembuh, jika ada kelapangan hadiahkan solat hajat untuk kesembuhannya... Dan sahabat2, juga para suami.... jaga diri bebaik berhati-hati buat apa-apa pun.... ya lah benda2 mcm ni takdir tuhan... kita kena redha.... tapi kita juga kena berusaha kan...

Esok kami akan pergi melawat Zam lagi.... nanti I let u all know the lates progress yaa....

12.18 tgh hari - Good News!!! Alhamdulillah Zam dah keluar dari ICU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku dapat call dari Aeen, Jawer call Nash.... Nash call Kak Linda dan Kak Linda call hospital.... lepas tu dia calll Jawer balik dan Jawer call Aeen... pas tu Aeen call aku... bley? Hah.... what a relief... semoga Zam akan bertambah sembuh.... tak sabar nak tengok Zam.... tapi hari ni aku kena balik Setiawangsa esok aku pi tgk Zam.... tak sabarnya nak jumpa Zam....

Shes now at Wad 4A Katil 11 Hospital Selayang.... to those yang nak jenguk Zam can straitl go there... atau pakat reramai so that kita pun boleh jumpa sama....

Ok... aku nak tepon bebudak lain plak... bye...

27 March 2002

Lepas waktu pejabat petang semalam, dengan perasaan tak sabar menanti hari esok, aku, Citah dan Aeen menjenguk Zam di Wad 4A, Hospital Selayang. Tengaharinya Miswati a.k.a Jawer dan Aziah telah melawat Zam. Bila mendengar suara ceria Jawer membuatkan kami tak sabar-sabar lagi ingin melihat sendiri perkembangan terbaru Zam.

Kami tiba agak lewat hampir jam 6.30 petang sedangkan waktu melawat hanya setakat pukul 7.00 sahaja. Di lobi hospital kami berjumpa dengan Idayu dan suami, Iskandar. Bertegur sapa lebih kurang dan memastikan kehadiran ke BBQ Nite. Kami membuat keputusan untuk meneruskan BBQ Nite, setelah keadaan Zam agak positif dan setelah perjumpaan itu nanti kita boleh ramai-ramai melawat dia.

Mak Cik, Pak Cik serta Din nampak keletihan, abang dan kakak iparnya juga ada sama. Sewaktu kami sampai seorang sahabat Zam semasa di UiTM ada sama, dan beberapa orang lelaki. Zam sudah sedar dan boleh berbual-bual walaupun keadaannya lemah sekali. Aku tak dapat menahan sebak melihat Zam begitu, lagi-lagi dia bila dia masih ingin memeluk kami. Kaki kirinya yang patah itu rupanya belum sempurna disimin... hanya sebelah bawah sahaja. Mungkin terasa kebas dia kerap beralih baringan, dan bila dia beralih... aku terasa ngilu sangat. Tak sanggup rasanya melihat kesakitan begitu.

Zam sudar sedar, kenal kami semua dan cuba berbual-bual..... aku gembira sangat walaupun dalam hati masih tertanya-tanya apakah tahap kesembuhannya. Kesan lebam-lebam masih jelas diseluruh badannya... yang sebelum ini tidak kelihatan disebalik selimut.

Sekalung terima kasih yang tidak terhingga untuk kakitangan Hospital Selayang yang merawat Zam, padaku mereka menjalankan tugas dengan baik. Jururawat yang bertugas selalu menjawap soalan-soalan bodoh kami.... ini apa... untuk apa... bila melihat perkakasan dan wayar yang berselirat dan selalu keluar melebihi masa melawat! Terima kasih kerana khidmat pelanggan yang baik... harap-harap semua kakitangannya begitu.

Ya Allah, peliharalah sahabatku ini, aku ingin dia sembuh seperti sediakala dan bahagia mengecapi hidup bersama suami & keluarga, dan jika ada ruang... untuk kami sahabat mgh 88.

Zam, we love and care about you!

28 March 2002

Zam telah berpindah ke wad 6C, so sesiapa yang nak melawat Zam boleh terus ke tingkat 6 Hospital Selayang. Menurut Acai yang pi melawat dia semalam Zam telah menjalani operasi untuk letak besi di kakinya. So far progressnya agak memberansangkan, dan marilah kita sama-sama berdoa agar Zam lekas sembuh.

Esok khabarnya Aeen dan Ain akan pergi melawat Zam... mungkin aku tak dapat nak ikut lantaran esok adalah hari operasi pertengahan BBQ Nite Sahabat MGH 88! InsyaAllah Ahad nanti kitorang pi plak lahh...

Syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan Rabullalamin kerana menitipkan kesejahteraan buat sahabat kesayangan kami ini. Sesungguhnya kami redha dengan dugaanMu dan kami insaf dengan hikmat dan nikmatMu. Sahabatku yang dikasihi.... Tuhan itu memperlihatkan salah satu dari kebesaranNya kepada kita semua sebenarnya, maka kutiplah pengertian itu...

1 April 2002

Semalam aku, Citah, Jedah dan Ida melawat Zam di hospital. Alhamdulillah keadaan Zam sekarang bertambah baik, kami sudah boleh berbual-bual dengannya. Zam agak kesal kerana tidak dapat hadir ke majlis BBQ sahabat mgh 88. Aku kata itu semua tidak penting kerana kesihatan dia yang perlu didahulukan. Bila dia minta aku menceritakan majlis malam tadi... aku terus-terus bercerita mengundang peristiwa itu kedepan mata Zam.

Zam nampak bertambah sehat, tetapi masih mengalami kesakitan dan kesukaran lantaran kemalangan tersebut. Kaki kirinya di masukkan besi dan diberati tiga beg air seberat lebih kurang tujuh paun... aaahh... melihatnya sahaja terasa kasihan yang teramat, kalau lah boleh diagih-agihkan penderitaan itu... sahabat mgh 88 sanggup mengongsi bersamamu! Zam bercerita bagaimana besi itu dimasukkan. Aku mengetap gigi menahan ngilu. Memang aku pernah dengar dari pengalaman sepupuku... operasi itu tidak menggunakan bius!!! Kami faham, tapi apa sangat yang mampu kami lakukan hanya rantaian doa yang tidak putus-putus agar Zam lekas sembuh. Kami akan sentiasa melawatmu bila lapang.

Kami berempat bercadang untuk mengadakan satu kenduri kesyukuran apabila Zam sehat kelak... itu pasti!

8 April 2002

Last nite eh bukan... petang smalam Aeen called, dia kata Zam dah keluar Hospital... Alhamdulillah... Syukur kepada Allah, harapnya Zam akan bertambah sembuh dan sehat. Nanti jika ada kelapangan insyaAllah kami akan melawatmu di rumah pula.

Zam kuat semangat, kami bangga mempunyai sahabat sepertimu. Cuma harapnya Zam tabah dan sabar dengan semua ini. InsyaAllah di suatu masa tidak jauh dari sekarang, semuanya akan kembali biasa. Aku selalu meminta padaNya, agar kita sama-sama bisa melalui hari-hari baru yang ceria, penuh redha dan bermakna.

[ Aku sesungguhnya berasa kerdil dan insaf melalui semua ini... bersabarlah Zam... kami semua bersamamu, tetap bersamamu dan akan bersamamu dalam apa jua sekali pun! InsyaAllah ]

16 April 2002

Alhamdulilah... Ahad lepas aku, jedah, citah, aeen dan anak-anak telah pi jenguk zam lagi. Kali ni kat rumah dia plak, senang aje nak carik rumah zam... jalannya lurus aje. Zam bertambah sehat (dipandangan mata aku). Kitorang sampai kul 12 lebey. Seronok berborak ngan Zam, entah apa yang kelakar aku cakap agaknya memasing ketawa berair mata. Aku sekadar cakap2 biasa aje... ish... ke mulot aku laser sgt agaknya. Tak dapek nak nolong eh doh.

Jedah bawak popia... thee he he... dlm kereta lagi aku dah tibai, sapa bley tahan popia jedah... sedap woo! Dan sambal mangga yang mak Zam buat tu... habih licin dipulun dek budak tigo worang tu... aku kontrol ensem amik sesikit ajer... heh heh heh... tak do sebenarnya kena bagi org yg drive lebih sket... (bodek laa tu... nenanti jedah bawak jalan lagi...)

Miswati a.k.a Jawer sampai kul 4 gitu... lepas hujan reda. Khabarnya rumah jawer dekat-dekat situ aje. Kita proceed dgn plan nak buat kenduri doa selamat bila Zam sembuh nanti, tapi nak buat kat mana tu belum tentu, yang pasti semua sahabat kena hadir kalau tidak an rotan sorang-sorang.... babab dier... kali ni tak de excuse... kitorang nak buat siang plak... Untuk cerita lanjut hal2 lain baca kat feedback.

14 Mei 2002

Aku call Zam Sabtu lepas, dia bertambah sehat... dan mari laa kita sama-sama berdoa agar dia bertambah sehat. Dia akan pergi checking lagi esok... doakan yang terbaik untuk dia.

Aku ingat nak pi jenguk Zam juga nanti... tapi lepas aku settle pindah randah ni... Untuk Zam semoga cepat sembuh dan sabar banyak-banyak... Cepat sembuh nanti boleh habiskan exam....

28 May 2002

Idayu dari bilik berita penting melapurkan:

Hai Geng...!!!
Guess what??? Semalam Ayu baru melawat Zam...di rumah emaknya. Kebetulan terjumpa emaknya di pasar malam Batu 4 P.D. pada Sabtu lepaS. terus agak Zam berada di P.D. I was right. Maka berezekilah Ayu menjenguk Zam sekali lagi semalam. She is fine. Jauh lebih sihat dari keadaannya masa terlantar di Hospital Selayang dulu. Alhamdulillah Hi Rabbill alamin. Syukur pada Allah. Happy dapat lawat dan jumpa Zam.

Wajah Zam juga kelihatan makin segar dan ceria walau pun dia mungkin bosan di simen kakinya. Tapi itu adalah proses pemulihannya. Ayu doakan ZAm cepat sembuh sepenuhnya. Rupanya lebih kurang seminggu sebelum kejadian tersebut Zam dan suami sempat survey2 jln ke rumah Citah untuk BBQ tu.
Tak pa lah Zam... bila keadaan Zam mengizinkan nanti boleh lah kita berjumpa atau berkumpul..Mas pun dah rancang nak buat kenduri kesyukuran khabarnya kalau keadaan mengizinkan.

Thanks Ayu...for latest update.... alhamdulillah Zam bertambah sehat....

Hosted by www.Geocities.ws

1