h  t  t  p  :  /  /  w  w  w  .  g  e  o  c  i  t  i  e  s   .  c  o  m  /  s  a  h  a  b  a  t  m  g  h  8  8


MAJLIS PERKAHWINAN NORSHAIKINA ABDULLAH

MAJLIS KENDURI KAHWIN ACAI...KINA... (sama hari dengan Ziana Zain you...!)

Amboi... ko Cai.... kenmain lagi ek? Memulo aku sampai rumah Acai adalah pada hari perkahwinannya. Sebelum ni tak pernah... dan apa yang terlintas difikiran ku selama ini ialah "rumah acai jauh dari rumah aku!". Jadi sebagai 'tourist guide' kengkawan yang lain... (ada yg berkumpul dirumahku)...aku pun bawak lah mereka ikut jalan Kuala Pilah.... rupanya lebih dekat jika ikut jalan Gunung Pasir... tak apa lah kan... keranan selepas itu kami selalu kerumah Acai...

Masa tu 10/5/98... ye tak Acai? sekarang Acai dah anak satu setengah... bila deliver Acai? Usop pun dah besar kan... Usop selalu kacau kalau Acai tepon an... yelah kan ke bakal mak mentua dia kan.. thee he he...

Terasa nak maintain bahasa elok ni pulak bila bercerita tentang majlis Acai ni.. walaupun jiwaku membuak-buak nak tulis dalam mother toungue sendrik! Tak apa kali ni aku cuba control bahasa.... cuba nak membela bahasa yang membina bangsa. Kerana bahasa itu atau pertuturan itu adalah diantara ilmu terawal didunia.

Berbalik pada cerita majlis ni... semasa kami sampai... Acai masih dalam bilik kena solek dgn mak andam... hampir selesai kalau tak silap. Kerana tak lama selepas itu kami dah boleh masuk bilik dia untuk bergambar dan mengusik.... Seronok mengusik pengantin baru ni... Pada hari itu... she's different... infact macam tak percaya.... cantik nya dia (Acai ... sila control perasan!) betul... dia benar-benar kelihatan lebih canti daripada biasa!!! Kena dengan pilihan warna baju pengantin nya... dengan pelamin nya.... dengan hiasan bilik tidurnya... Acai mendapat mak andam yang baik... atau 'pak andam' sebenarnya???

Kami semua tumpang gembira... Has sempat hadir... begitu juga Atung dan Bob... Ita + sufi, Zam, Aminah, Ida dan Ain..... as you can see here--->

MERIAH... itu sebenarnya yang ingin kukatakan... the food was good ... I can still remember... tambah seronok bila makan sehidangan dengan kawan-kawan dan Bob! Aku sebenarnya jarang sekali gagal menghadiri majlis kenduri kahwin kawan-kawan... cuma beberapa orang yang tak sempat kuhadiri.... itu pun kerana hal yang tidak dapat dielakkan... exam contohnya....(peh! what a good reason!)

Dan aku tahu... walaupun dalam kesibukan dan 'protokol' .... Acai tak pernah mengenepikan kami semua yang hadir... dia masih sempat bergurau senda dan beramah mesra dengan kami semua.... walaupun kami tinggal bersama di hostel hingga tingkatan tiga sahaja, persahabatannya tak pernah kami pertikaikan... "Korang dah makan ko bolun ni?" sempat pengantin kita bertanya....you're great Acai! Time is very limited ya Acai.... what ever!

Cukuplah.... penat dah memuji Acai... aku nak pi memuji orang lain pulak..... Untuk Acai atau sahabat yang lain... jika ada yang nak menulis tentang cerita majlis ini dialu-alukan... ATAU mungkin Acai ingin berkongsi memori hari bahgianya bersama kita... amat dialu-alukan!

wearehuman - elaira4ever

 


h  t  t  p  :  /  /  w  w  w  .  g  e  o  c  i  t  i  e  s   .  c  o  m  /  s  a  h  a  b  a  t  m  g  h  8  8

 

Hosted by www.Geocities.ws

1