h  t  t  p  :  /  /  w  w  w  .  g  e  o  c  i  t  i  e  s   .  c  o  m  /  s  a  h  a  b  a  t  m  g  h  8  8


I S U    S E M A S A

Ruangan ini adalah (diharapkan) untuk sahabat semua membincangkan isu semasa yang berlaku disekeliling kita, dan diharap ruangan ini akan bakal mendapat sambutan kelak apabila kita semua boleh sama-sama berkongsi pandangan dan buah fikiran masing-masing. Sesiapa saja boleh menyumbangkan idea atau tajuk yang ingin kita bincangkan, dan dengan harapan sahabat yang lain turut memberi ulasan tentang isu tersebut.

4 Feb 2002

OK laa... sebenarnya isu yang aku nak tulis ni adalah tentang sesuatu yang aku lihat, pas tu... aku rasa nak kongsi dan nak minta plak pandangan dari korang semua... ya lah apa yang aku tulis mewakili pandangan dari kapla aku aje, mungkinkorang sees something else.

HMI
Tu la tajuk yang aku nak cerita... Smalam Ella perform untuk HMI live. Dan persembahannya aku klasifikasikan memang 'hancur' atau slalu kita cakap masa zaman skolah dulu 'hancus' sama sekali. Persoalan yang bermain dalam kepala aku sedari lagu pertama yang dia nyanyi ialah... "dia tak cukup persediaan ke?" "dia tak boleh nyanyi lagi ke?" "dirinya sarat dengan masaalah ke?" "apa yang telah berlaku sebenarnya?" "shes on drugs?" dan macam-macam lagi yang terlintas kat kepala aku. Aku teringat saat 'kebangkitan' dan kegemilangan Ella dulu... masa tu kita di MGH! Korang yg suka rock... suka ngan stail dan lagu-lagu dia...

Diva rock
Aku pasti kalian juga menyaksikan persembahannya itu. Kalau korang kata aku mengkritik persembahan Ella malam tadi, korang silap! Pelik jugak kenapa aku tak merasa begitu. Korang tau apa yang aku rasa? Aku rasa kesian kat dia. Ye lah... title yang orang bagi pada dia sebagai diva rock negara tu terlalu berat untuk disandangnnya. Rasanya lah dia tak pernah minta digelar begitu.

Penonton
Aku bangga dengan penonton yang ada di audotorium malam tadi. Semua seperti bagi sokongan yang padu pada dia. Terasa semua yang ada disitu hadir dengan kasih sayang yang murni. Aku rasa macam ramai aje yang nak tolong nyanyi untuk dia. Apa dah jadi... dia hilang suara??? Sedangkan semua lagu-lagu dia sedap-sedap belaka. Mamat yang tolong nyanyi Tinggal Tanda Tanya tu dengan rela 'memalukan' dirinya diatas pentas just to coverup! (pak we dia kut???) Dan... di rumah hanya aku seorang yang menonton rancangan itu!

Sound System
Memang teruk! Infact masa Badi-Amuk nyanyi pun suara dia jadi tak sedap, sedangkan dia penuh bertenaga sekali! Dan backing vocal... malam tadi memang diorang makan gaji buta.... atau sound system lagi punya angkara? Aku tengok jugak masa MNasir perform (mesti lah!!!). Masa tu Arab dengan sapa ntah duorang lagi backing vocal memainkan peranan besar, walaupun MNasir stuck kat banyak part dlm persembannya, tapi tak ketara sebab backing vocal cover. Dan memang tu pun function diorang!

Tak prepare??
Atau sebenarnya Ella tak prepare untuk perform malam tadi? Amik semberono aje... Atau dia memang dah tak larat dah... ye lah aku tengok dia pun dah naik sket... entah lah... Atau dia tak stabil.... dia kata dia tak sehat... betul ke... atau sekadar alasan? Aku kesian laa tengok dia ... kesian pasal sepatutnya dia punya 'come back' ni mestilah grand sket. Aku rasa Ella kena prepare... practise kan make perfect... practise a healthy life jugak. Aku concern pasal dia tu (melalui lagu-lagunya) buat aku hepi... some of the songs infact inspire me!

Kasih ibu...
Yang ni aku touching sket... even a few drops fall! Kasih ibu ni... kalau nak dibincangkan kena bukak satu column lain, tapi cukup lah sekadar kita bercerita sedikit disini melalui pengamatan kita malam tadi. Mom won't ever let u down! Kalau korang tgk mlm tadi korang paham apa yang aku maksudkan. Aku pun tak tau nak express mcm mana kat sini. Seorang ibu itu tetap akan menyayangi, membela nasib anaknya, sama-sama bersusah-payah, melalui berbagai kepahitan hidup, mengongsi semua suka dukanya, amat memahami dan macam-macam lagi lah... walau dalam keadaan apa sekalipun. Waima dalam aib yang sebagaimana sekali pun!

Positive tone...
Banyak perkara positive yang aku nampak malam tadi sebenarnya, disebalik... aahhh... I wish it shouldn't be like that! Dan ada pengajaran juga kengkawan... if u ever get down, so down, ppl let u down, u feel down, what ever so on laa... make sure it won't last for so long. Have some time to mourn or what ever u wish to call it, give a fixed duration like 3 months, 6 months or so... (might be a week... fabulous!) fine u can be sad during that period, but after that... come-on live a life again! Be strong and start totally new thing... coz... to my opinion, we're only ruining our life for being in that dark-time-of-life for too long. Life is short sayang, so make sure we made it worth while!!!

Kalau aku boleh kata dengan dia...
Don't give up... try again. Take it as a challenge. Ada ramai orang sokong dia, mcm yang boleh aku tengok malam tadi. I did heard about all those difficulties including losing her office and so on (during economic down turn 1997) but... things can be good again. Bersedialah membina kerjaya semula... aku akan support dia dalam usaha murni dia sebagai seorang penghibur ( yg lain-lain aku tak support ek..) bermula dengan membeli Ilham Bicara!

And... what would u say....? Let me know ok...

p/s: hari ahad lepas plak aku tgk DJ Dave nye HMI... peh dahsyat... dia maintain wei... just like the old days... its the vocal yg buat aku respect. Dulu aku mana suka dengar dia nyanyi... akak aku slalu bukak lagu dia... aku laa punya bengang... tapi that day bila dengar.... yaaa... hes good... some of his singer friend yang satu batch mcm uji rashid, hail amir dah mcm payah nak teran suara... dia selamba aje... aku rasa satu benda ajaib dia dah guna tu... the thing is PRACTICE!!! Practice make perfect!!! Yaaaa... aku pun kena practice bebanyak jugak dlm programming ni kalau tidak.... slamat babai laa jawapnya!

 


h  t  t  p  :  /  /  w  w  w  .  g  e  o  c  i  t  i  e  s   .  c  o  m  /  s  a  h  a  b  a  t  m  g  h  8  8
Hosted by www.Geocities.ws

1