|
h t t p : / / w w w . g e o c i t i e s . c o m / s a h a b a t m g h 8 8 G a t h e r i n g r u m a h I da y u Sajo lah kengkawan... asyik warna kain hostel aje... meh kita work base on putih lak yea... putih macam baju sekolah kita dulu... putih macam tudung kita... macam tudung yang an slalu pakai kat gate... disamping menunjuk keterror-an den memakai tudung tak berceremin!!!
Yang hadir dari kiri Zaidah, Jamiah, Shamsida, Idayu (of course laaa), Zarina (Chakper), Masitah, Masliza, Irfan (anak Ain) dan Nurul'Ain. Gambar kat bawah tambah Izaedahwati. Eh.. Aeen mana hah? Dia tukang amik gambar ...
Rasanya masa ni all the hubby dah dapat sesuaikan diri dan bersembang sesama mereka, ye lah they all pun dah selalu jumpa kan... Rasa macam tak caye je... anak-anak korang dah besar-besar sekarang...dan an masih membawa anak tekak! Ada jugak mak-mak yang berwawasan nak membesankan diri... aku pioneer! Bila diingatkan dulu time kita sekolah... jauh sangat hari-hari yang kita alami sekarang... bila sebut tahun 2000 tu... macam satu anjakan raksaksa... semua elektronik dan cyber, orang time tu pakai baju getah warna silver, kereta terbang-terbang, komunikasi pantas ada kat jam aje... kita memandang tahun 2000 tu sebagai sesuatu yang jauh sangat... An ingat sesuatu yang Chawer tulis dalam auto an.... kira macam time line lah what is going to happen in the future. Dan pada tahun 2000 dia tulis something like.... aku kawin tahun tu ke... Masa tu punya lah rasa ish lambatnya.... dan hari ni ditahun 2002... memangpun dah lambat...ahaks!!! 10 Feb 2002, di rumah mak Idayu sebenarnya, kita masih setia berkongsi kenangan manis dan manja! Tetambah lagi Chakper bawak gambar-gambar zaman sekolah dan hostel dulu... so semua berebut-rebut nak tengok... actually masa kat rumah Zam lagi kita dah berebut nak tengok dah... kira sambung lagi ka rumah Ayu lah tu... ingat kalau ada masa lagi lepas ni karang aku nak scan pulak gambar-gambar tu semua... sebelum kena sound kat Chakper. Di rumah
Ayu.... Kita
disana... Kita
disana... Kupanjatkan doa pada Ilahi semoga kita diberkati kali ini, dan untuk masa-masa yang akan datang kita beroleh masa dan kesempatan lagi untuk berkongsi saat-saat manis seperti ini. Aku hargai setiap inci dan zarah yang kalian kongsikan padaku... kerana semua tu merintiskan satu kebahgiaan yang sukar sekali aku tuliskan disini. Aku bahgia melihat kalian bertemu, bercerita dan ketawa. Dan keutuhan dan kemurnian persahabatan sebegini akan kubawa ke akhir hayatku. Semoga nanti ada zuriatku untuk kuceritakan betapa aku pernah dan sentiasa dibedung kasih sayang kalian. Semoga nanti anak-anak kita bisa punya erti persahabatan mereka sendiri... dalam rangka masa mereka... dengan cara mereka sendiri.
Kudoakan masa depan kita cerah... ceria, gembira, sejahtera selalu didunia ini mahupun pada kehidupan sesudah mati. Terima kasih sahabat... kerana memiliki hati semurni yang kalian punyai... insyaAllah kita akan berjumpa lagi...
p/s: dalam kemeriahan perjumpaan itu... aku sebenarnya mencongak-congak jalan apakah yang sahabatku yang satu itu lalui hari itu... kerana dia tiada disisi... adakalanya hati bergelora, barang takut jika hidupnya dilawati duka... alhamdulillah dia biasa saja dan sejahtera... h t t p : / /
w w w . g e o c i
t i e s . c o m
/ s a h a b a t m
g h 8 8
|