Gadis dan bunga...Tribute untuk Zaidah...

Cantik... itu lah yang terlintas difikiran bila aku melihat gambar yang dalam simpanan Aeen ini. Gambar ini diambil semasa dia menuntut di University of Louiseville, Kentuky US. Gambar ini dikirimkan kepada Aeen. Aku mintak pinjam dengan Aeen semalam sebab aku rasa gambar ni menarik, begitu segar, bersemangat dan CERIA! Ini lah Zaidah yang kukenal, seorang kawan yang tak pernah lekang senyuman dan suka ketawa... siapa boleh lupa ketawa Zaidah!
Sewaktu menuntut di US Zaidah selalu menulis surat kepada kawan-kawan disini, ceritanya menarik sekali... dia pernah menulis beberapa pucuk untukku... nanti kalau dapat cari I'll put it here. Rasanya tak mustahil kalau dia menulis sesuatu disini. Malangnya masanya kini begitu suntuk dengan bebanan tugas. Aku faham dan selalu mengerti.
Dia adalah satu-satunya sahabat mgh88 yang melanjutkan pelajaran keluar negara sejurus selepas SPM, yang lain mungkin Rozaimah dan Ain selepas tamat Diploma UiTM.

Ini merupakan salah satu dari gambar yang dikirimkannya padaku. Bila melihat timbunan gambar-gambar Zaidah di US sewaktu berkunjung kerumahnya beberapa tahun lalu terasa juga ingin melihat negara orang... heh heh... setakat hari ini masih sebati jadi mimpi! Mungkin ada para sahabat yang dah tengok gambar-gambar tu... cantik-cantik dan penuh kenangan... kan Jedah kan...kan... kan...