h  t  t  p  :  /  /  w  w  w  .  g  e  o  c  i  t  i  e  s   .  c  o  m  /  s  a  h  a  b  a  t  m  g  h  8  8


[ Jan ] [ Feb ] [ Mac ] [ April ] [ May ] [ June ] [ July ] [ Aug ]

scroll down for lates coverup...

Perjalanan kita... perjalanan ini...

2 Aug 2002

Hari kedua di sini, adjusting time goes on fine. Tak ramai pekerja di sini, dan aku tak ambil pusing. Tengah hari semalam paksa Ain datang teman lunch. Hari ni pulak pergi MNI lunch kat sana... her treat... Dia sibuk ajak swimming, well.... aku tenggelam Ain... takut lah...

Tinggi lah kat sini... manusia kat bawah nampak tak nampak aje, sayup sungguh... tak berani nak pandang bawah... takut lah...

Untuk Jedah T A H N I A H kerana dapat kerja baru tu. Ayuh kita mulakan hidup baru.... hehhehe... dan kita punya rangcangan besar-besar lepas ni... sapa tau...

Petang ni an nak balik kampung, Yah tunggu kat Seremban. Untuk sahabat itu, maaf tak dapat menyertai agenda pertemuan kalian, mungkin dikesempatan lain... segan lah... ;)

5 Aug 2002

Hujung minggu yang padat.... hehhehe... acara bergayut di dahan rambutan dan manggis! Hari Jumaat Yah tunggu di Seremban, komuter lambat saja jalannya, hari hujan landasan licin. Perjalanan yang selalunya satu jam sudah jadi satu jam setengah. Sampai Seremban hampir jam 8 malam. Pening-pening pilih baju Yah, satu pun tak menarik. Kami pergi makan, sesuatu kurang sempurna di Kenny Rogers itu, mungkin aku tak pergi lagi!!!

Sepanjang perjalanan ke Buyau lewat 9.30 malam itu, kami dengan padatnya membincangkan satu isu. Tak perlulah ditulis di sini, barang takut terlalu peribadi, tapi kongklusinya aku nak kongsi. Hidup kita ini, diri kita ini, hati kita ini, ibarat partition hard disk juga kawan. Andaikan drive yang perlu dibaca sebenarnya adalah drive C, semuanya well program di situ, tapi sering kali juga apa yang berlaku sebenarnnya dan tanpa disedari drive yang dibaca ialah D, E... atau silap-silap removable drive yang dah kena virus.... paham ke... hehehe.... tak pe Yah paham...

Esok pepagi lagi, mengarak tangga menebas akar, ambil buah manggis. Yah is having a good time atas pokok. Mak ketawakan kami dari jauh... Yah kata harvesting time.... manggis plucking....hehehhe... dalam semak, banyak nyamuk, pedulik apa... objektif ada.... manggis untuk Kak Ngah Yah.

Tengah hari settle dengan penat yang teramat... Ida pulak sampai bersama setepawe gulai keladi yang best sangat. Acara makan di Buyau ya Ida... dengan rendang mak, gulai sardin dengan buah cepu (buah asam yang macam tometo tu laaa...), kaw-kaw.... sila kengkawan makan sampai kenyang... Sudah makan Yah nak balik Jelebu dah... Ida tinggal menemankan hari Sabtu ku. Layan Hindustan sket... dah tak ada apa nak buat... sembang pun tak larat dan badan pun penat.

Lepas ambil buah petang tu, Ida balik. Berganti pulak dengan Along dan acara memangkas rambutan hingga maghrib, Ongah belum sampai lagi. Lepas maghrib baru dia sekeluarga sampai. Esoknya acaara yg sama juga... Nak katakan buah tu banyak tak juga, tapi hasilnya cukup banyak. Kami bahagi-bahagikan untuk bawa balik ke KL, nak bagi kawan-kawan dan jiran-jiran.

Lunch tengahari Ahad tu memang hebat... dengan gulai daun kayu tempoyak mak... nasik kering seperiuk. Bila call Jedah dia nak balik awal, aku putih tapak kaki mengambil rambutan, mana tak nya... buah2 tu ada atas pokok lagi... Hampir 4.30ptg aku masuk siap-siap tunggu Jedah sampai, Aeen call...... hehhehe...marieee marieee....... Aeen datang dengan Zul, Hakim, Anis dan Sofea. Diorang nak pi mah Acai, tengok member sorang tu yang mengeram tu... Tak lama lepas Aeen sampai Jedah pulak sampai... sembang sekejap...dan menghala pulang. Penat Tuhan aje yang tahu.

Terus ke Pandan Indah hantar Nor balik dulu, maghrib dirumahnya dan makan di gerai berhampiran, hampir jam 9 mlm beransur pulang, hantar adik ke vista angkasa dan Jedah hantar aku ke Kelana Jaya. Tiba di rumah Nana sudah tidur... aku juga mahu melelapkan mata....... ponekkkkk.........esok nak kerja lagi....

6 Aug 2002

Perjalanan yang agak ceria awal pagi ini pertamanya dihambat kelewatan bas feeder, yang dilengkapkan sepenuhnya oleh kerosakkan teknikal Putra LRT itu sendiri. Boringkan... jika mood baik seawal pagi jadi korup sebegini. Sampai ofis 9.30pg... memang cantik... hari keempat di sini sudah jadi begini, walaupun aku sudah keluar rumah seawal 7.50pg. Masing-masing bersesak-sesak membolos kan diri kedalam gerabak dua kerat yang sudah sedia padat. Penumpang yang di dalam pejap-pejap mengeraskan tulang selangka, manalah tau kurang kalsium, boleh patah kurasa.

Dalam padat-padat LRT itu, mujurlah tidak ada warga tua. Ramai juga penumpang yang terkandas di setiap stesen, semestinya mereka juga akan lambat dan mungkin jauh lebih lambat dariku. Ya lah... selama dua jam terkini, perkhidmatannya hanya antara stesen Kelana Jaya dan Setiawangsa saja, penumpang terpaksa naik bas feeder untuk ke stesen seterusnya...

Bebanan kerja memberangsangkan, cuma harap ku... beberapa kes tidak professional semalam tak berlaku lagi, walaupun ia tidak ada kena mengena dengan aku, tetapi sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi kerjaku! Manusia itu berbagai ragamnya kawan, kadang-kadang ada yang merasakan diri mereka sudah jauh terkehadapan dari orang lain, justeru bicara mereka hebat-hebat belaka, aduhai jangan lah begitu, siapa tahu dalam hati orang-orang kerdil di kiri-kanan kamu mentertawakan saja bicaramu itu.

Semuanya baik-baik di sini kawan, usah lah kuatir, semua itu sekadar garapan aku yang membelakangkan mereka, manalah tau mereka ikhlas. Keikhlasan itu bukan semuanya dapat dikesan pancaindera kita.

Bila sudah biasa dengan senario pejabat yang punya privasi, aku jadi kalut bila semua kerja ku jadi tontonan (secara live), bukan lah aku kisah sangat, cuma untuk berkarya aku lebih selesa ada ruang sendiri. Karya agung pun terhasil dari palitan warna yang hodoh-hodoh, maka agak kurang selesa jika sewaktu memalit contengan-contengan karat itu ada pula mata memerhati, di situ contengan aku mati!

Bila sudah terlalu selesa, tidak selesa sedikit pun meramas hati, memedihkan jantung. Bila sudah biasa lagu-lagu sumbang menyuntik idea, sunyi-sunyi sudah merampasnya pergi.

[ siapa yang menjengah ke sini ya... counter naik bagai nak rak... tapi tak ada jejak... suspicious.... ( well .... not really) ]

7 Aug 2002

Semalam... lewat petang, enset ku berdering nyanyi... hehehheh.... the number read as 038XXXXXXX... wondering sapa ni... so the hello part goes on laa.... guess who.....??? I M U I H.... rupanya.... ya si Imuih ... apa lagi... lima minit pertama hanya acara jerit-jerit saja!!!

Macam2 cerita... dia di Chelet jugak... best lah budak tu...duk kampung...jeles!!! Tanya mak dia... along dia... dia baru tau Ziah dah bersalin anak ke-7... punya lah suprise dia... aku miintak dia carik Hamidah... dia kata insyaAllah dia tolong carik kan...

Tak tertulis di sini semua butir bicara maklumlah terlalu banyak... dia tanya tentang semua orang... maka aku pun cerita lah secara kasar perkembangan kalian. Bila cerita ujung minggu ni nak cycling kat Bkt Cerakah... dia berminat dan mungkin nak ajak husband dia pi Bkt Cerakah.... hey.... thats great... mana tau nanti boleh jumpa kan kan kan???

Miss her so much lah... we were laughing macam dulu-dulu.... itu uniknya kita ni... we never change!!! Walaupun dah lama tak jumpa... Thanks Mus.... for the call, nanti kita sembang lagi... to those yg nak no Imuih a.k.a Musfirah Hashim here we go.... 012-285 3817 & 03-8706 3759. Selamat bersembang dengan cikgu Mus... hehehhe ingat dulu masa aku ngajar bebudak sek. ren convent komputer.... dia dekat padang ajar bebudak pancaragam.... ko kelllasss lah Imuih.... ngamhooo..... 2 thumbs up utk cikgu kita ni!!!

Kat luar mendung, kat dalam ni beku.... aaahhhh.... nak balik.....

11 Aug 2002

Salam Kakak Tua...

Penat belum hilang. Raihah sudah lelap. Oleh kerana mesin ini ada bersamaku, marilah kuabadikan sepagi yang kukongsikan bersama sahabat lama dan baru.

Seperti janjinya, Citah sampai Kelana Jaya 8.45pagi. Aku dan Raihah bergegas turun. Citah bawa office matenya Kak Baiti, kami berkenalan. Menuju Shah Alam... 9 lebih kami sudah sampai di rumah Jedah dan Netty. Jedah tak ikut kali ni... dia balik kampung, abahnya admitted ke hospital.

Jadinya kali ini kami berlima saja, tidak mengapa... lain kali kita pergi lagi. Dari awal aku sudah mengira-ngira, mungkin tak terkayuh basikal tu nanti. Acara bermula dengan sarapan pagi di Bukit Cerakah yang begitu best sekali... kuew tiau Citah dan tuna sandwich Netty... aku tukang makan saja...hehhehe...

Dapat basikal merah.... yea...basikal merah...yea yea... best basikal ni... laju... dan aku menghala ke kiri seperti yang telah kuangankan semenjak berbasikal kali pertama dulu. Memang best... mula-mula sessi melawat binatang... cute laaa monyet tu...eh... monyet ke beruk haaa.... mcm mana nak bezakan monyet ngan beruk... tapi aku rasa...binatang tu beruk...apa-apa lah... :)

Anak beruk yang malu-malu tu mencuit hati kami.... dia makan kuaci... bila dah ambil dari koleh makanan dia tu...dia pergi satu corner dan makan di situ... menoleh sikit-sikit melihat kami yang tercongok kat luar cage dia tu dengan muka beruk dia tu.... ahhh comel betul lah... kuchii kuchiiii.....baaaa.... hehhehe.... ke aku yang dah tukar jadi beruk pulak....hehehehe.....

Kemudian yang paling menarik sekali telatah burung kakak tua warna putih... "assalamualaikum...." hah! kami terkejut dan ketawa.... dia bersiul-siul, membebel dan beri salam.... kalau dah burung pun beri salam... tak malu ke kalau kita ni manusia tapi tak reti-reti jugak nak bagi salam.... lama jugak kat situ main-main dgn dia... Sebelum tu dia memekik-mekik, kami hairan jugak kenapa.... rupanya dia memekik panggil penjaga dia yang nak pergi dah tu. Hai... manja betul burung ni dgn tuan dia... bila abang tu patah balik dan tanya dia kenapa... apa masalah dia... dia cool... angguk-angguk.... lepas tu baru dia layan kitorang...beri salam dan ngorat Netty!!!! Hahahahhaha.....

Kemudian tengok kura-kura dan labi-labi, landak juga.... yang sedang tidur.... woit bangun aaa dah tengahari...ehhehhe.. Turun kesebelah bawahnya tengok KAMBING.....best.... kambing2 tu seme bau kambing.... busyuk laaa... hehhehe... tapi semenya dok lepak-lepak... mungkin kekenyangan lepas diberi makan a.k.a sarapan pagi.... Kuda pun asyik makan saja.... makan dedak... terkelip-kelip kuda tu kena agah kat aku hehehhe... korang agak apa kuda tu kata dlm hati dia hah...? Masa ni Citah temankan Kak Baiti kat sawah padi.... savoring the kampung feel agaknya....

Lepas tu tengok Seladang kemdian keldai... aku suka betul kaldai tu... dari jauh aku dah lambai-lambai dia...lentok-lentok kepala ikut dia, mesti keldai tu kata... "waa... another species of kaldai dah marieee...", dia datang dekat dan minta dibelai.... aku pun apa lagi gosok2 muka dia... aku call Citah, ajak dia datang kat situ... agaknya keldai tu boring lah pulak tengok aku cakap kat tepon, dia blah.... hehehhe...sori lerrr keldai... aku tak tau ko sensitip ngan tepon ehhhehe.... then kami lepak2 tunggu Citah sambil melepaskan lelah berbasikal secopot tadi....

Berbasikal lagi ke arah taman empat musim tu pula... termengah-mengah dengan keringat yang berlumba-lumba keluar dari kilangnya. Letak basikal tepi tasik tu dah menapak ke rumah empat musim tu.... rupanya dalam penyelenggaraan, sebab perpindahan antara musim sejuk dan musin bunga.... aku, Netty dan Raihah mendapat layanan baik dari akak yang bertugas kat situ... masuk free...hehhehe ... akak tu pula kenalkan kitorang kat husband dia yang tengah dok sodok salji kat tengah-tengah 'laman' tu... abang tu pulak offer kitorang main kat dalam tu... kitorang pun kata... tak apa laaa... lagipun kitorang tak bawak kamera... hehhehe... kata abang tu esok dia nak pi ambil tulip katKLIA, didatangkan dari Holand, dan bunga-bunga yang selebihnya disemai di Fraser Hill... "Datanglah minggu depan, tengok bunga..." bersungguh-sungguh abang tu mengajak kami. Aku senyum lebar-lebar kerana keramahannya melayan kami... dalam hati minggu depan balik kampung tengok mak.... hehhehhe.... bunga-bunga mak mekar juga... lagi harum.... "Nanti kami datang.... mungkin dua minggu lagi lah..." aku memberi janji di angin dan senyum lebar-lebar sambil mengucapkan terima kasih pada suami isteri yang bahagia menguruskan rumah iklim tu, anak kecil seusia 6 tahun berlari-lari menggigil kesejukkan.... "Di sini cinta mereka bersemi" bisikku pada Raihah dan Netty.... mereka ketawa... tapi aku maksudkan apa yang kukata...!

Keluar dari rumah iklim.... cermin mata kami bertiga berkabus... meraba-raba kami menggilap cermin mata dengan hujung baju.... dan ketawa melihat pokok-pokok semuanya kembang-kembang tak berbentuk... ahhh rabun....rabun.... syukur Tuhan kami masih boleh melihat kurniaanmu yang warna-warni ini...

Berbasikal keluar laju-laju.... korang tau speed aku kan... sementara boleh kayuh aku kayuh lah, kalau dah tak larat aku berhenti... Kak Baiti dengan Citah melambai-lambai dari atas bas pelawat.... kami mengayuh bersemangat.... tak lah... sapa kata aku nak kejar bas tu... Pulangkan basikal dan balik.... di kereta sempat merasa air mangga Citah yang manis sekali.

Setelah hantar Netty kereta Citah meluncur di federal highway, hantar aku dan Raihah pulang dan dia pun balik.... ada rancangan tak berjanji... kalau rajin dan penat dah hilang kami nak shopping-shopping petang ni... hehhehe.... aku tak rasa pun begitu... nak lepak rumah lah pulak...

Sahabat.... terima kasih untuk hari seindah ini... Heyyy.... korang yang lain... jom lah ikut kami cycling di Bukit Cerakah lagi..... best tau.... Raihah dan Kak Baiti yang menyertai buat kali pertama beriya-iya ingin datang lagi.... kami akan datang lagi!!!

[ Teringat sahabat itu... adakah ibunya sudah sihat??? Sejahteralah hendaknya ibu itu... supaya gelisah terusir dari jiwa sahabatku ]

14 Aug 2002

Sibuk sikit minggu ni, but I'm happy... semalam balik hampir jam 8.30mlm, puas hati presentation material siap. Hari ni aku mula concerntrate dengan architecture design portal IHC. Baru satu Modul aku jelajah... itu pun belum siap lagi... agak bernasib baik sumber sudah ada. Apa-apa pun biar aku siapkan senibinanya dulu, sekadar penerangan diorang tak tahu banyak mana kerja-kerja yang perlu dilakukan. Agaknya nanti kalau sudah siap... mahu sedinding pelan portal tu agaknya. Masa tu baru orang boleh faham mcm mana hensemnya work load aku... Itu pun baru pelan... belum prosesnya.... ehhehehe.... masa tu mesti diorang carikan 'kawan' utk tolong aku ngan menda seme nih...

Tadi sempat pergi our office Level 44 KLCC, longgar lutut.... memang seram betul, bukan seram takut hantu... tapi takut tinggi... mau kecut aku kat sana nanti... tak boleh bayangkan macamana starting from next month aku kena pi sana hari-hari.... ngeri sungguh... naik crem kaki aku.... ish... Ongah suruh aku pakai parachute 24 jam... incase of imergency ada parachute kat belakang... apsal laa msc status kena paksa sewa bangunan ni... nak bunuh org msc kut... bukan ler bunuh secara kasar... tapi secara halus... hehhehe... sewanya pulak wuiiiiiihhhhh.....

16 Aug 2002

Warkah Rindu Ini

Rindulah namanya bila dada berdebar-debar, jejari terketar mencapai koleh panas di sebelah monitor, udara jadi nipis... ahh... sesak alam jadinya.

Telefon bimbit telah lunak kurenung, mencari ruang kiranya dapat berhubung. Di luar sana matahari pagi semakin garang menjamah puncak-puncak ini. Tersenyum sumbing mengingatkan aku tak pernah mimpi sampai ke sini, tapi mungkin sudah aturan dan aku akur tanpa bantahan. Pun begitu hati masih tidak tenteram, debarnya masih galak, kerap dan dalam.

Aku tak suka begini, tak suka rindu begini. Aku damai pada rindu yang kenyal, nyaman dan biru! Aku suka pada rindu yang... senyum meleret-leret dan bersemangat. Aku suka pada rindu yang menjadikan dunia tiba-tiba beresolusi tinggi. Bukan penuh animasi yang berselirat begini.... aduh...

Mengapa rindu yang satu ini mengalirkan gelombang besar-besar? Terasa ingin lari agar tidak lemas... terasa ingin mendakapnya erat-erat... agar hangatnya mencairkan beku hati ini... agar tidak rindu lagi...

Matahari semakin tinggi... panasnya tidak sampai kesini.

Duhai kekasih...

Telah lama kupendamkan, kiranya hari ini semuanya jadi tidak tertahan. Rindu apa begini, hari ku jadi tidak keruan? Rindu apa ini, tika lena mata tidak terpejam?

Rindu namanya jika terus-terusan warna-warna jadi pusam.
Rindu namanya bila wajah lampau terbayang-bayang.
Rindu namanya bila namamu mengungsi seluruh saraf dalam kepala ini....!

Rindu pada waktu lalu...
Rindu pada tawa itu...
Rindu pada ceritamu...
Rindu pada jenakamu...
... pada jeritan malam mencecah pagi di pantai Dickson
... pada janji jelajah keliling negara
... pada jalan-jalan di bandar kecil itu sambil bernyanyi
... pada waktu kita sekadar baring-baring dan bicara soal hidup
... pada lunaknya suaramu mendendang lagu syahdu
... pada keutuhan kasih sayang yang jitu
... pada bahu yang utuh tempat tangisku mereda

jua ... pada kerang lapan kilo itu

Ahhh.... banyak sekali rindu itu, jika kuhimpunkan muzium pun bisa penuh sesak.

Rasanya tidak terperi gejolak perasaan ini.... alat hubungkait itu kudesak memapar namamu, melihat namamu tertera disitu sudah membuat debarku memencak laju. Menunggu kau menggapai talian itu, sudah membuat ketingku menggila gigilnya. Aku mundar-mandir di dalam bilik serba beku ini... matahari di luar tidak membantu menghangatkan aku yang serba beku dan serba berdebar ini.

Dan....

"Hooooooooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................ idop lagie ke....... amennnnnnnnndaaaaaaaa laaaa.... mana lu pigi.....hehehhehe!!!" tawa kami panjang sahut bersahutan, bahgia kami selari dengan garang matahari yang memamah puncak ini.

"Aku rindu.... aku rindu kau..." aku ketawa berkedip-kedip.... rindu sudah usai... rindu sudah bersambut... kami tertawa meniti ingatan-ingatan.

Rindu pada Ita sudah terubat barang seketika, entah bila boleh bersua, sudah lama kita tidak manja-manja, ayuh kita rindu-rinduan lagi....

18 Aug 2002

Pagi-pagi lagi mak sudah goreng pisang... best! Kemudian mak nak ajarkan macam mana nak buat jem rambutan. Buah-buah rambutan masam digunakan dalam kes ini. Kata mak, rambutan lekang keras isinya, renyah kerjanya, terpaksa dihiris-hiris pulak. Isi-isi rambutan yang dah dibuang kulit tu direbus sampai isinya tertanggal. Disejukkan... kemdian isik rambutan yg dah lembut tu 'dikelucehkan' ... hehehee.... amik ko.... dikelucehkan dengan jejari selembut sutra aku ni... hehehhe... best...

Dah siap semua dan bijinya telah dinyah isikan itu... mako... disukat laaaa... byk mana isik rambutan itu tadi dengan menggunakan tempayan....eh bukan.... guna cawan jer... secawan isik rambutan secawan gak gula dia... tapi tadi aku kurangkan gula dia ... kurangkan gula tak elok manis2 ni....hehhehe...

Kemdian di masak sehingga gula cair dan naik pekat semula... rasa-rasa jem itu berdaya sapuan keatas roti maka... tutup laaa api dia... dah siap.... eh nanti.... cicir lak ramuan istana yg penting tu... asam limau.... korang kena bubuh asam limau nipis sikit.... mak kata mesti limau nipis.. limau lain tak kick...

Pergh sedap nya jem rambutan hasil usaha sama aku dengan mak beta.... kekekkeke.... mak nak buat lagi untuk Ongah pulak... thee heheh... bukan lah susah pun.... jom terai reramai.... mungkin korang dah tau buat menda ni.. aku jer yang ketinggalan ketapi... takpe lambat-lambat pun aku sampai jugak... usaha jaya mara!!!

Dalam bas express di Bukit Putus menuju Seremban, mak call, bagi tau Mak Tih sudah meninggal... Innalillah... dia di Rawang rumah anak perempuannya. Sayu hati mengingatkan liku-liku hidupnya... dunia yang fana ini telah ditinggalkannya.... semoga jalannya ke alam barzah lurus dan bercahaya.... dan semoga rohnya ditempatkan disisi roh-roh muslimin dan muslima tyang beriman.... al-fatihah....

Malam Ongah sekeluarga datang... kita makan-makan kat gerai depan rumah tu aja... mungkin esok nak pergi ziarah...

27 August 2002

Sudah lama tidak sempat ke sini. Maaf.

Ya... aku punya alasan... untuk bagi korang semua kenyang sebulan... aku sibuk sikit... err sibuk banyak sebenarnnya... :)

Sekejap... teringat kat Izai... nak call dia, apa khabar orang ntv7 agaknya... tadi call mesen jer jawap...

hmmm... mesen tu jugak yang jawap... anyway aku dah tinggal mesej dah... mungkin dia pun macam aku jugak... sibuk... hehhehe...

Ni pun alhamdulillah... otak crem aku pi lari kat sini sekejap...

Cerita? Ada cerita... cerita best pun ada... dan ada orang janji nak tolong tuliskan cerita tu utk aku... tapi hari ni 'orang tu' tak jawap pun aku sergah dia kat MSN.... aiiiiyaaa... takkan janji tinggal janji kawan... sedey laa beta!

Meh laa aku kasik sinopsis... sementara crem otak blom reda... hari ahad lepas 25/8, on the way dr S'ban Citah hambat aku kat KL Sentral, dia ajak pi teman dia pi tengok Merdeka! Merdeka! Merdeka! kat IB. Mungkin member tu terkejut kena letupan yang mengtepeleotkan kaki 'Tan Cheng Lock' tu, sampai laa ni ulasan pi IB tu tak kluar-kluar... Pementasan tu cukup hebat dari kacamata a.k.a spectacle aku yang rabun ni. Dengan kesan bunyi dan live musicnya. Cahaya dan lampunya. Kepandaian pelakon2nya. Sekurang-kurangnya aku paham lah jalan ceritanya. Dan... I'm quite suprise that Man Bai boleh berlakon teater sebegitu bagus... watak Onn Jaafar yang dibawanya aku bagi B+. Nak bagi A aku tak reti menilai teater! Satu jer aku nak komplen kat teater arahan Dato' Jins kita ni... ada part yang terlalu detail... sampai aku nak telelap dah... Satu part yang aku suka pulak ialah masa flyers dijatuhkan dari kapal terbang tu... turut dijatuhkan ke atas riba kami semua (penonton) dan its really like those old time... kualiti kertas, baunya... juga bahasanya. Citah simpan kertas ni... IB bagus... sistem bunyi terutamanya... aku mmg peka pada bunyi yang tak senoneng ni... kelancaran pertukaran setting pun bagus... ish bagus lah... dan lagi bagus... aku pergi tu free ajer.... :)

... over to you Citah for details... ( ko kolo tak siap ulasan ni, den kurung ko dlm jamban!!! Gigi den dah tajam dah ni )

30 August 2002

Petang... hujan memesrai bumi, kuntum-kuntum lili kecil penghias laman KLCC kegembiraan. Aku lebih gembira lagi bila seawal pagi kuntum-kuntum mekar itu menyambut kehadiranku di sini. Dan aku tersenyum melirik esok kita di bumi Mlaysia ini bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 45. Tak pernah aku mengalami gejolak gembira dan penuh semangat begini, tapi tahun ini berbeza. Aku punya erti yang tersendiri menyambutnya... dimulai dengan teater merdeka, malam ini menyertai ribuan orang di klcc dan esok untuk menyaksikan mini konsert pheonix bangkit mnasir.

Bukan sekadar berhibur ya... di teater merdeka aku mendapat banyak input dan kesimpulan yang jugak buat aku senyum sinis... kerana sejarah yang sentiasa diulang-ulang... ada tujuan yang bergetar... ada juga yang luruh... ada juga yang terpesong... ada juga yang melatah... meskipun masih ada yang masih menyusur denai yang lurus... heh... ada juga yang sudah lupa... ahhh... terlupa pula... "melayu mudah lupa...." :)

Untuk sahabat semua... selamat menyambut hari ulang tahun kemerdekaan... sesungguhnya jika kutuliskan di sini pun bakal menjadi terlalu panjang, dan kita ada pengertian masing-masing untuk mengisi kemerdekaan ini. Semoga kita akan terus merdeka dan menuju kejayaan... aminnn....

 


h  t  t  p  :  /  /  w  w  w  .  g  e  o  c  i  t  i  e  s   .  c  o  m  /  s  a  h  a  b  a  t  m  g  h  8  8

 

Hosted by www.Geocities.ws

1 1