Salam kasih sahabat semua... Aku tahu ramai yang sudah tidak lagi menjenguk site kita ini. Aku sendiri sudah jarang berkesempatan ke mari. Bukan lupa, atau menghindari... cuma kesempatan tidak diperolehi. Aku harap hari ini ada bibir yang tersenyum dan ada hati yang berbunga melihat aku berkesempatan meniggalkan kata-kata di sini. Malah rasanya... cukup bagi menawar kerinduan yang membedung kemas rasa hati kalian. Maaf, aku menulis dalam nada begini, mungkin sudah setahun lebih aku menulis begini jadinya kata hatiku pantas saja melakar ayat yang sedemikian ini. Mungkin beberapa perenggan ke bawah nanti aku bisa menurunkan bait bahasa harian kita. Aku sihat sahaja, kalian bagaimana? Baru petang tadi, tugasan yang membelenggu selang beberapa minggu ini usai buat sementara waktu. Jadinya hari ini aku pulang awal. Teringat kalian... aku melakar sesuatu di sini. Sebetulnya sahabat, hujung minggu yang lepas Ida, Jedah dan Ita kuundang ke Buyau. Terlanjur Nana nak ke Buyau aku sertakan mereka bertiga. Yah pula tiba hari Ahadnya. Sempat kita menghijaukan mesra dan berkubang gembira. Cuma aku ralat Citah tidak dapat turut serta. aku tahu dia punya urusan yang lebih penting... Ita datang bersama adik ipar serta anak-anaknya sampai bersama Jedah. Waktu itu aku dan Nana sudah lena diulit kepenatan perjalanan dan kekurangan tidur malam sebelumnya menonton Lord of the Rings di TGV KLCC hingga jam 3.39pagi. Aku tidak mahu mengulas filem itu di sini, jika aku rajin pun mungkin di MitH. {menguap..... haaaarrgghhhhh..... baru jam sepuluh mataku sudah mahu pejam.... nanti dulu.... biar kubingkiskan sesuatu buat teman-teman kesayanganku ini...} Ya... mereka sampai sekitar jam 6petang. Sejurus kemudiannya kami menjemput Ida, dan sempat mengunjungi Hasnah di rumah mertuanya. Kami ajak juga... kalau-kalau dia punya kesempatan meluangkan masa bersama kami malam itu. Tapi dia punya tanggung jawap sendiri. Kami pulang selepas maghrib. Sampai di rumah, aku selaku chef kehormat yang tidak bertauliah... mula beraksi. Bihun meletop aku siap tak berapa ketika selepas itu. Manakan tidaknya, adik ipar ita sudah siapkan ramuan perencah semua... aku balik melaksanakan sahaja... heh heh heh... Siap bihun, aku jenguk keluar. Majoriti mereka ada di luar rumah... dan sudah kekenyangan ketawa. Nampaknya bara-bara tak siap lagi... aku turun padang.. heh heh... "Mende leee ko Ta... api pun tak idop!!!!... aku jugakkkk...." Ita gagal dalam tugasan yang kuberi, sementara Jedah menyediakan minuman tidak sampai sepuluh minit pun. Aku kurang perkataan untuk menuliskan peristiwa itu di sini.... justeru... kalian lihat sendiri..... for... picture speaks a thousand words...
Maaf mutu gambar kurang memuaskan... aku terlupa bawa tripod stand balik...
Sempat melawat Fauziha dan bayi sulungnya. Comel sungguh!!! Siapa namanya??? Puteri Izzaira something... hebat nama dia.... nasib baik tak Puteri Elaira Eliza... kalau tidak ... heh heh heh.... turun takhta laa beta jawapnya...
Puteri Izzaira vs Puteri Elaira
Cekap sekalli sahabat di dapur... hingga aku duduk lepak-lepak sahaja... aku tolong makan saja ya ya ya....
Chef bertauliah at work...
Ko rasa... ko ayu tak Ta??? kekekke... kenapa duri kektus tu... kenapa???
Jedah... rumah aku ada extra selimut...kekkekeke.... aku tau lah Buyau sejuk...bagus tul Jedah... siap ngan persediaan musim sejuknya....
Yah dan Nana
Sayang Uwan....
Ensem menantu aku... kekkekekke.... rilek Ta... tahun ni... aku janji ni.... sungguh... hehehhehe
tiga serangkai...
Ini Uwan kiter.... Terima kasih sahabat... kalian buat hidupku begitu bermakna. Terubat rindu tidak bertemu kalian sekian lama. Aku bercadang untuk berkumpul begini lagi. Maaf ramai antara kalian tidak kusertakan... ia perancangan minit terakhir. Mereka yang hadir pun atas dasar paksaan. Terima kasih pada Jedah kerana sudi hubungi Haslina, walaupun dia tidak dapat hadir. Maaf juga tidak dapat hubungi kalian yang lainnya... aku kehabisan kredit talifon. Aku harap persediaanku yang tidak seberapa itu sekurang-kurangnya mampu mengeratkan silaturrahim persahabatan emas kita ini. Rasanya cukup setakat ini dahulu... jam sudah hampir 11.40mlm, mata enggan terbuka lagi... esok aku masuk pejabat... sudah beberapa hari kerja luar... terlalu banyak tugasan yang terbengkalai di pejabat... dan esok ia perlu selesai sebelum tugasan baru sampai. Hingga kesempatan lain... daa.... {Ita...
ekau jgn byk sekadak layi yo... den dah updet ni haaa.... panjang umo
den updet layi yo.... ai lap biu...!!! muahhh muahhh muahhh.... hehehehhe...
erkkk.... apo samseng bona menantu den tu haa? apo ko bori kek sufi tu
Ta??? semacam jo den nengok tu ha... kekekkekke} |