|
h t t p : / / w w w . g e o c i t i e s . c o m / s a h a b a t m g h 8 8 |
|
BERTEMU ATUNG DI KLCC Kiranya perjumpaan kali ini ditunjangi Aeen... dia besemangat benar sedari awal. Dia hubungi semua sahabat yang berada disekitar Lembah Kelang, dan mengaut kehadiran seorang demi seorang, aku cuma lega sekadar mempromosi dilaman web ini. Semangat dan rindu pejap Aeen telah membawa dirinya ke KLCC seawal 9.30 pagi. Dan kami mengusiknya sepanjang hari. Orang nya cukup genit, jika dibanding dengan ku, sepertiga sahaja dia ni. Semua sahabat mengenalinya, atau nama penuhnya Zarina Tahir. (Izinkan aku menulis dedikasi buatnya terlebih dahulu....) Di zaman sekolah, dia menjadi tumpuan untuk menulis dimana sahaja... nama di buku latihan, coretan autograf, atau kata-kata menghiasi buku nota.... dia punya TULISAN TANGAN yang cantik... ingat tak? Sewaktu aku tiba di depan kedai Body Shop... Aeen, Citah dan Atung telah lama sampai dan memilih-millih kasut dan tas tangan di Vincci. Aku jarang membeli di sini, tali kasutnya halus-halus masakan bertahan dengan langkahku yang kasar! Melihat Atung dari celah-celah orang yang berpusu-pusu memilih kegemaran mereka, hatiku berbunga gembira... rindu tak terkata bertemu sahabat lama... Kali terakhir kita bersua semasa majlis Acai, yang terlebih dahulunya Atung dan Bob ke rumahku di Buyau! Pertemua terakhir itu sudah samar-samar warnanya, bertemu kita hari ini adalah menggilap kembali kesuraman oleh masa, maka gemilanglah kembali KENANGAN! Atung hari ini tidak sedikit pun bezanya dengan dulu... atau hari-hari zaman sekolah dulu, cuma usia yang bertambah telah mematangkan kita ( sungguh kah? ) Kami berpelukan gembira dan ketawa, apa peduli orang sekeliling, ini lah keutuhan Sahabat MGH 88, buka mata dan minda, kami insan pengagung persahabatan! Aku gembira hampir berjurai air mata! Semua rasa tidak terjujuk oleh kata, adakalannya senyum dan sentuhan mengganti bicara. Hah...! Bukan lah kami namanya kalau tidak bersuara melawan bingit sekitarnya. Dan kami tak peduli.... jika ada yang mengata 'apa lah mereka ni...' Kami bahgia bertemu di sini.... kami gembira sekali... Menanti sahabat-sahabat yang lain sampai kami ke Picnic Foodcourt, mengalas perut. Mentang-mentanglah ingin bertemu sahabat sejati, bersarapan pagi pun diabaikan. Kita biasa-biasa... merasa makanan antara satu sama lain... komen mengomen yang tak sedap dan yang sedap.... Kasihan Aeen bihun supnya seperti hanya direndam air.... maka kita berkongsi lah apa-apa yang sedap... yang tak sedap pun kita rasa ramai-ramai.... Aduhai... aku sayang kalian semua... Izai sampai kami sambut meriah dengan sapaan mesra. Bob tersenyum melihat telatah para sahabat berjumpa. Dan kami bercerita... segala-galanya... hingga isu sensitif... opps... aku lupa Bob ada... errr... ahh kau pun sebahagian dari kami.... sudilah berkongsi cerita! Ha ha ha.... tak insured mulut aku ni.... Topik hangat nya.... macam mana nak kurus ni.... oleh aku! Dan meriah lagi bila tokey CRONY ada disitu! Chakper sampai bilamana kami sudah hampir siap makan.... Izai baru nak mula. Gambar-gambar yang Atung bawa menjadi rebutan.... 'eh aku tak ada gambar ni!' Bob tersenyum lagi melihat kita seperti anak-anak kecil, berebut gambar dan bercerita tak henti-henti... Aeen berusaha keras mengutip cemburu para sahabat yang tidak hadir... alhamdulillah Chawer dapat dijejaki, dia di Teluk Intan rupanya bersama suami. Memang dia cemburu... aku dapat berbual dengannya walau terpaksa memerangi talian yang kurang jelas dan kebisingan sekitar foodcourt itu... Aku rindu Chawer... banyak kenangan yang aku kongsikan dengan rakan sebelah katilku ini. Banyak rahsia yang kita simpan, hingga kini aku tak ingat satu pun... rahsia hilang bersama masa! Dan kami ada satu persamaan yang paling aku sukai... kami suka menulis... walau tiada bimbingan... coretan kita tetap berkesan! Kami pernah menunlis bersama satu cerita... yang akhirnya aku tulis panjang-panjang... hampir menjadi novel... tapi sedihnya... baru-baru ini kusedari... manuskrip tulisan tangan itu sudah hilang dari simpanan.... ahhhh...salahku jua... Dan Miswati a.k.a Chawer... kita akan bertemu jua nanti.... disuatu hari yang diizinkanNya. Menanti Ain dan Zaidah datang... dan Citah yang terpaksa pergi memenuhi undangan farewell party rakan sekerja. Aku rela dia pergi dan meninggalkan kami, sesungguhnya dunia persahabatan ini tidak terbatas hanya disini... mgh88 menghargai segala jalinan yang termaktub disekeliling kami. Mundar mandir di tingkat bawah KLCC... aku terlihat kelihat seorang kawan lama... kawan semasa menuntut di ITM dulu... tanpa ragu kusapa sebentar, dan ingatan aku memukul kepalanya dengan fail ditangan membuat aku ketawa sungguh-sungguh...kelahiran bumi Kenyalang dan bekerja di Singapura kini, hadirnya bersama dua orang 'mat salleh', rakan sekerja agaknya. Setelah bertukar email dan nombor hubungan dia pergi diiringi soalan-soalan berapi... wey... bila nak kawin ni? Dan aku ketawa... tetapi terasa hambar di hati... Sana sini kita bertemu sahabat... lama dan baru... tapi tak semua memberi bekas seperti kamu semua sahabatku. Sana sini kita berkawan, tapi tak semua boleh menghormati kita dan menjaga keselesaan kita... tak semua memahami siapa kita...! Dengan kalian ... tak perlulah diterangkan kenapa sahabat yang seorang ini... begini dan kenapa lah seorang sahabat itu... begitu, 'dah dia memang macam tu!' dan semua diam tak kisah langsung kenapa dia begini dan begitu.... sepantas kilat lah pula... senyum mula meniti dari bibir ke bibir.... hahhh.... aku sayang kalian semua! Ain sampai... juga disambut sapaan-sapaan mesra yang tak pernah reda... ibu kepada dua cahaya mata yang comel-comel ini mencuri masa kerjanya menemui kami semua di sini! Apabila Zaidah menalifon memberitahu dia tidak dapat untuk turut sama... kerana lain arena dan lain acara... maka aku pulangkan kepada Atung jika dia ingin pulang atau masih ingin bersama kami ... kerana dia juga ada acara malam nanti. Dia ingin pulang ... mestilah perlu dia berehat sebelum majlis makan malam nanti. Ita sampai hampir pukul dua petang, yang tinggal... aku, aeen, ain, izai dan chakper. Sewaktu dia sampai kami sedang melihat-lihat swimming suit... ha ha ha di tingkat paling atas Parkson. Aku turun kebawah menemui Ita di depan Body Shop.... hah iklan Body Shop lagi... Tak dapat aku gambarkan, mungkin kepenatan teramat menjaga ibunya di IJN sedari semalamnya... dia bersandar di dinding luar kedai itu, dengan raut wajah seorang.... ITA! Hey... shes just like a cute little girl waiting to be claim... who wanna claim her anyway.... aku laaa... siapa lagi.... Hari ini... semua sahabat nampaknya jadi anak dara! Hello... anak-anak kalian di mana??? Kami naik ke tingkat atas, tempat di mana mereka yang asyik dengan pakaian mandi tadi ku tinggalkan. Dan mereka TIADA di situ? Hah... jangan lah bermain sorok menyorok duhai kawan.... aku dah penat ni... Kami berpusing sekitar ruang peragaan pakaian itu, sambil mengangkat hidung tinggi-tinggi.... weyy... korang kat mana ni!!! Dan di celah baju mandi yang bersangkut-sangkut itu, ku lihat Chakper tengah sengih-sengih... rupanya yang lain di dalam fitting room... mencuba hasil rekaan berjenama di tubuh mereka... Tak perlu lah aku tuliskan disini tahap volume suara kami di fitting room itu... yang pastinya ketawa berdekah-dekah sampai tercabut anak tekak atau sampai hilang suara... akhirnya tiada siapa pun yang ingin membeli... terbantutkah rancangan kita ingin berenang? Ain ingin pulang, barang rindu pada si askar-askar dirumah agaknya.... atau pun.... siapa tau ya... Kering tekak ketawa... kita menarik kerusi di outlet Teh Boh... dan ketawa lah lagi sampai senak perut bila melihat harga sebungkus nasi lemak 50sen itu menjadi 7.10 disitu. Kami ketawa kerana logiknya tidak ada... dan Ita buat lawak gila tentang harga! Kami tidak mengejar gaya-gayaan, status yang tidak dibawa mati, atau ingin mata yang lalu mengiktiraf sahabat mgh88 senang-senang dan berduit... hanya kerana minum-minum di outlet itu. Kami mampu sebenarnya... kalau kami mahu. Tapi apalah ertinya... segala erti yang ada di situ... bukan itu yang kami cari. Kami naik ke foodcourt semula... di sini lebih selesa bercerita, mengutuk dan tertawa. Aku teringat Chakper ketawa sungguh-sungguh semasa Ita mengutuk-ngutuk harga di buku menu... dan aku masih senyum meleret ketika menullis ini.... kita ini berbakat kawan ku... bakat mengutuk dengan jenaka, sinis pada yang kena! Aeen juga ingin pulang... jam telah mencecah hampir pukul 4 petang, anak-anak dan abahnya di rumah perlu diambil kira. Lain lah aku sebatang kara... ha ha ha... ayam berkokok pun tidak mengapa!!! Yang tinggal kami berempat, dan ide pun segera terjana bila Chakper teringat kek harijadinya yang belum dipotong! Aku yang tak malu ini pantas aja setuju. Dari KLCC ke rumah Chakper, dapat jua bertemu ibunya yang baru keluar hospital... alhamdulillah. Dan aku mencuba CRONY aeen! Ahhh.... korang buat apa kat aku dalam bilik tu hah??? Ini cerita tak boleh tulis sini... nanti kena tangkap... isu sensitif!!! Aku akan menyumbang untuk perniagaan Aeen ni... bagi aku setahun, aihh... 6 bulan cukup lah... catatkan perubahannya! Kita manusia ingin maju.... dan kemajuan jua lah yang kita cari... maka... meh kita jadik kroni aeen!!! Hampir jam 6 petang kita balik, Chakper hantar aku sampai rumah. Ita naik LRT di KLCC, Izai... tak tau sampai mana... sbb dia hantar aku balik dulu... Di rumah, aku masih sengih-sengih teringatkan kalian dan apa yang berlaku. Penat ketawa aku terlena di sofa. Dikejutkan panggilan sahabatku Yah, bertanya tentang perjumpaan hari itu. Dia sahabatku kawan-kawan, sama mulianya dengan persahabatan kalian. Bezanya, kami bertemu semasa di UiTM. Aku berkongsi kegembiraan hari itu dengannya dan nanti semasa majlis BBQ kita, aku akan bawa dia. Selepas itu panggilan dari Nana, juga bertanya hal yang sama, dia juga kawan di UiTM. Itulah... sehari bersama sebahagian dari sahabat-sahabat mgh88! Walau apa pun tugasan masing-masing pasti tanpa gagal, kalian sudi meluangkan masa untuk bertemu. Walaupun seketika, itu sudah memadai... dan kalian selalu dekat di hati! Hingga ketemu lagi di BBQ nanti... insyaAllah. p/s: aku guna bahasa gini bley? Nanti bila gambar dah siap aku letak okey? |
|
h t t p : / / w w w . g e o c i t i e s . c o m / s a h a b a t m g h 8 8 |