|
BBQ
Nite Sahabat MGH 88 Setelah agak lama merancang, berangan-angan, mencongak-congak maka akhirnya malam minggu yang lepas angan-angan itu menjadi kenyataan juga. Para sahabat MGH88 berjaya dikumpulkan dalam satu majlis yang tidak kurang hebatnya... dan penuh asap! Antara hadirin ialah: Citah Khas: Yang gagal dan sebab-sebabnya: Izai - mak cik dia
meninggal dunia... Innalillah... Petang tu lebih kurang pukul 6.30 gitu, an masih sibuk didapur... membakar separa masak BBQ kita tu sambil mencairkan gula. Tetibo... Nora, Ain, Aziah dan Kak Zaini sudah sampai... mau nye tidak... panik giler aku... masa tu Citah ngan Jedah pergi jemput Suraya kat Pantai Dalam. Nasib baik koreng semua tolong hidang-hidangkan. Bila aku turun semula lepas mandi, lagi lah ramai yang dah sampai. Aeen dah sampai, Nash pun sampai... wow wiiee... aku dah tak ada kata-kata masa ni... lama tak jumpa Nash, rasanya ever since the first re-union! Dia dengan dua orang anaknya yang comel-comel... ahhh anak-anak kalian sememangnya comel-comel! Masa ni anak-anak semua kelihatan sepuluh kali lebih hepi dari mak-bapak dia... errr.... kita nak borak pun susah kan... nak lawan suara mereka yang lebih kuat dan nyaring! Awo (Kak Zaini) begitu tekun dengan profession terbarunya sebagai assistant pembakar satay dan ayam. Manager of bakar ayam tentu lah Zul... yang terlebih dahulu secara intensif terlibat dengan penyediaan tempat dan bahan bakar!!! *tepuk *tepuk *tepuk Aku rasa Aeen sekeluarga paling banyak membantu kitoreng... Tabik 40 ribu kali kat koreng berdua... dan 40 ribu terima kasih atas sumbangan yang tak ternilai tu. Majlis kita meriah... tak dapatlah aku nak tulis semua inti-pati perbualan kalian tapi kita semua cukup gembira. Mahupun begitu kita semua tak pernah lupa tentang Zam yang di hospital! Mereka yang tidak update dengan berita terkini Zam, menangguk maklumat malam itu. Bila Svet sampai aku hilang suara menjerit... its almost a miracle... heh heh ye ke? Aku dah lama tak jumpa member sorang ni... ever since habih form 5. Rupanya dia buat law di UK tapi bila balik sini lain plak menda yang dia buat! Tapi menurutnya she will be practicing law by the end of this year! OK lah tu... MGH88 punya lawyer sekarang.... anything... see you in court! Aku nak saman semut yang banyak kat rumah Citah tu. Seperti lazimnya masing-masing mendapatkan no phone terkini semorang... walaupun aku dah letak nombor tu sume kat sini... heh heh heh.... aku picit-picik koreng nanti! Aku tau sesetengah sahabat tidak ada laluan internet... Svet kata dia buta IT... ahhh karut... cendikiawan bicara demikian! Arisa punya cooktail mendapat pujian meluas... sana-sini sahabat bertanyakan resepinya... hahaha... aku dengan lagak pendekar bukit cooktail menyenaraikan bahan-bahannya. Banyak mulut yang terlopong kerana tak percaya semudah itu... ya kengkawan semudah itu lah... campur aje semua benda dalam tin tu dan taruk susu cair dan ais... siapppp! Acara bergambar memedihkan mata... kesian tengok mata anak-anak berair menahan lampu kamera kawan-kawan mamanya. Aku bangga dgn anak-anak korang berebut-rebut nak amik gambar... mereka tahu agaknya gambar mereka nak diletak kat sini... heh heh kecik-kecik sudah tau publisiti! Tapi ada sorang budak kecik tu.... nama dia Imran... dia ni lain ceritanya... duk mengejar kamera... pelik tul aku... anak org lain sebuk beratur posing lelawa... dia dok pi hadang kamera... elok je dia menuju kat aku... aishhh... advance budak ni.... hmmm sapa lagi mak nye kalau tak si Nayan tuh!!! Bila anak-anak terus-terusan berlari berkejaran dan bermain ditangga... maka saranan Awo supaya cerita hantu dipasangkan nampaknya berjaya 200%. Masing-masing senyap berbaris berbaring sambil tengok cerita hantu! Mak-maknya lega... tak payah nak jerit kuat-kuat melawan suara anak-anak untuk berbual! Ahhh... baik sekali anak-anak kalian!!! Kita mengabadikan kenangan dan kasih sayang... dan makanan! Kita berkongsi cerita lama zaman sekolah dan keceriaan.... dan makanan! Kita mengingati kawan kawan yang tak dapat hadir, menalipon yang tak hadir.... dan makan!!! Bila jam melewati 11 malam... para sahabat mula meminta diri, ya barang kali kerana anak-nak sudah keletihan sepanjang malam berlarian. Anak-anak sudah bertemu kawan-kawan sendiri, mungkin nanti mereka juga akan mengelolakan majlis seperti ini, sesama mereka dan dalam ruang masa mereka! Jawer sampai hampir jam 12tgh malam... kasihan dia sahabat lain sudah pulang. TAPI dia mendapat layanan istimewa... mungkin ada topik yang menarik entah-entah terlalu menarik, hinggakan suaminya berbual hingga jam tiga pagi bersama abang Citah! Kitorang pulak bila Jawer dah balik, terus berkemas.... semata-mata kerana SEMUT!!! Nasib baik ada semut... kalau tidak... tentu terpaksa berkemas lagi esoknya! Jedah ngan Citah hyper betul pagi tu... all wrapped-up! Canggih... dah mandi seme... agaknya hampir kul 4.30pagi kita tidos... nothing else matter... mission accomplished!!! Penatnya sampai hari ni masih berbaki... tapi aku puas hati, tersenyum lebar dan bersyukur. Majlis kita berjaya kerana:
Cukup lah sepuluh tu... walaupun rasa sedey sbb Ita, Izai, Chakper dan Dillah tak dapat hadir sepertiyang dijanjikan, aku tetap bersyukur semuanya OK! Untuk Zam, jgn sedey, nanti kita buat kenduri khas untuk awak tau... as soon as Zam sembuh!!! InsyaAllah! Jika para sahabat ada sebarang komen dan cadangan terhadap majlis BBQ kita tu... jgn memalu sila lah tulih kat gesbuk kita tuh... Gambar2 sila tunggu...sabar sket... ok...sekian.. p/s: Citah... haaa sesaba yo... den upload ni... by the way mcm tu ler raso eh kalau jejenguk tak de org sain gesbuk... heh heh heh kukah kih kih... p/ss: TAHNIAH Citah kerana menjadi host yang berjaya.....!!! Semoga Tuhan membalas segala kebaikan dan jasamu!
Sehari selepas BBQ Nite Pagi ahad kitoreng bangun lambat... heh heh... penat beb... lepas breakfast sakan kitoreng nak pergi tengok Zam pulak. Lebih kurang kol 1 tgh hari gitu kitoreng pun pergi laa... Dalam perjalanan aku tak sabar nak berbual dengan Zam, tentu dia dah bertambah sehat. Ida sempat melawat Zam sebelum balik. Tak lama kami disitu, bila melihat Zam perlu berehat. Sebelum balik kami sempat bergambar bersama Zam, kelak ku abadikan disini. Sampai di KL Central, kami minum-minum dulu di mekdonel... ya aku ketagih eskrim berharga seringgit itu! Kami sembang-sembang dan bergambar lagi menanti komuter ke Seremban, kami pelawat dari jauh... jauh sekali... sebab itu kami ingin bergambar ditengah-tengah KL Cental ini! 3.48petang Ida menuju jalan pulang. Aku , Jedah dan Citah kembali semula ke rumah Citah... rehat-rehat sekejap, makan-makan (lagi...) hujan lebat tersangat lebat dan angin kencang menakluki Kuala Lumpur petang semalam... syukur yaAllah... petang itu bukan petang Sabtu! Comfirm Tuhan sayang aku... kan Citah kan... Tuhan sayang kita semua! Hampir 6.30ptg bila hujan telah reda, aku menghala rumah dihatar oleh Jedah yang dalam perjalanan ke rumah abangnya. Keletihan yang amat rasanya aku tidur awal... seawal 8 malam, Atung call dari JB lebih kurang pukul 9mlm, bertanya itu ini... dah tentu suara ku benyek... dan pulak bateri enset aku dah lembik jugak selembik tuannya... maaf Atung, perbualan kita jadi rengkas. Aku tahu Atung kepingin sekali untuk hadir... keadaan tidak mengizinkan, tapi kami tidak pernah lupa kamu! Lain kali kita pasti bertemu jika diizinkan Allah. [ masih lagi bermimpi di majlis BBQ itu... dan mimpi itu jadi sedih bila ITA tidak ada bersama!!! ] [ harap para sahabat membawa pulang kenangan-kenangan manis BBQ Nite kita dan bau asap BBQ! ] [ sesapa yang tak datang tu.... jeles laaa... jeles laaa... lain kali datang tau! ] |