|
TARIAN
TRADISIONAL SABAH
|
TARIAN
SUMAZAU
|
 |
Tarian
ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat
terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian
tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi
pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk
mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam
dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat,
dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah
perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan
wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan
kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan
diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan
keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya
Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis
jamuan.
|
|
|
| Tarian
ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian
Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki
yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan
pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian
Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara
khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk
melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa
tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke
rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai
lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang. |
|
|
TARIAN
MAGUNATIP
|
| Tarian
Maunatip ini
merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari
suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan apit'
di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari
terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau
tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan
iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan
menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian
Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan. |
|
|
TARIAN
ADAI-ADAI
|
| Adai-adai
pada mulanya merupakan nyanyian yang digunakan sebagai suara beramai
pada sebuah pantun yang dinyanyikan. Tarian ini tidak menggunakan
sebarang alat muzik ketika menyanyikannya. Bunyi yang mengiringi
nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan atau
perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit. Tarian
ini dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia merupakan tarian
masyarakat suku Berunai yang mendiami pekan Weston, Saba |
|
TARIAN
DALING-DALING
|
 |
Tarian
ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna,
sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau.
Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi,
maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang
menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada
perkataan Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini
adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya
berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.
|
Sumber
di perolehi daripada Perpustakaan Negeri Sabah
|