![]() |
| Lovemail...Hari ini seperti biasa rasa ketagih ku untuk berchatting menghantui diri ku kembali.Setelah sekian lama ku tinggalkan laman ini...begitu banyak nostalgia dan kenangan manis membuatkan senyuman ku kembali bernafsu. Apa khabar teman teman lama yang seangkatan dengan ku dahulu? Entah lah, semakin ramai yang ku rindui...aku mesti kembali ke alam khayalan ini. Aku tersenyum lagi...senyuman yang hanya aku sendiri memahami nya. Lovemail memang tidak semeriah dahulu. Kalau dahulu nak masuk kelaman Bilik Malaysia mesti menunggu giliran dan adakala nya seharian menongkat dagu menunggu dan terus menunggu. Tapi di musim ini bagi ku Lovemail semakin hambar. Dimanakah kalian semua teman teman ku? Oh!...aku memang bosan Arah tuju kehidupan ku tidak begitu mengasyikkan. Rumah tangga ku sepi. Isteri ku masih tetap dengan perangai lama nya yang sering membuat hati ku memberontak. Sikap cemburu yang keterlaluan....sialan! Mata ku tidak lepas mencari nama nama wanita yang boleh menjadi teman sembang ku. Dinda, Ida Sayang, Sarah, Farah Honey Dew, Seri...aghhh Ratu pun ada...ya lah...admin lah katakan!!! Dan hati ku semakin bosan. Aku perlu lebih mengayat untuk dikenali seperti dahulu. Hanya ini sahaja cara ku mendapat tempat dilaman ini. Ya!!!..aku perlu menjadi lebih gatal lagi...hehehehehe.... Biarkan Mat 3 Suku, Romeo, Playboy, Mr Shake, Abang Reez, Spy Leman dan Hawk berlalu dengan cara nya kerana kini aku ingin bersemadi sebagai yang terbaharu. Namun sikap menghormati atau mengasihi kaum hawa tidak dapat ku elakkan. "Hai sayang..." begitu lah setiap kali aku menegur kaum hawa yang ku rasakan boleh di-ayat jiwangkan. "Boleh kenal kenal tak ni?...Wangi nya you...You ni nampak cantik lah malam ni..." hehehehehe begitu lah linechat ku bila mengayat. Bermacam-macam teknik ku lakukan bagi memperluaskan pengaruh miang ku asalkan rasa bosan ku terhapus. Kembali nya seorang buaya....begitu lah antara serpihan sindiran yang ku terima. Biar lah apa sahaja diri ku mereka anggap...yang pasti...aku ingin tersadai lagi di persada khayalan ini. Terlalu banyak ku meneliti dan memerhati kerenah demi kerenah yang berlaku di Lovemail. Pembohongan dunia cyber masih ujud. Penyamaran identiti masih menjadi tradisi segelintir chatters yang mencari publisiti murahan. Nickname Forl@nz mengaku penuntut kolej berusia belasan tahun...walhal bapak budak berusia hampir 50an...rumah kata pergi...kubur kata mari! Payung 'Seri' Mahkota...hmmmm... nickname yang begitu seni sekali mengaku si gadis ayu berbadan ramping lagi seksi...hakikat nya si tembam debab! Ratu si admin channel ini juga tidak kurang hebat dengan drama bermusim nya....mengaku punyai suami tetapi...hehehehehe...biar lah ianya juga menjadi isi poket ku yang semakin sendat dengan seribu satu macam rahsia dan banyak lagi penyamaran dan kesah kesah misteri. Biar lah mereka dengan illusi tersendiri kerana aku juga pernah sebegitu suatu ketika dahulu. Kini aku kembali ke Lovemail dengan ujud diri ku yang sebenar. Aku mahu dikenali dengan ujud ku di alam nyata. Dan diantara pulohan drama yang berepisod di Lovemail...terdapat satu siri ala ala " Kuch Kuch Hota Hai.." yang membuat aku begitu tertarik. Suatu kesah yang panas apabila berlaku perebutan lelaki. Aghhhhh... aku perlu menyertai komuniti ini...perlu menjadi Hero atau apa sahaja. Aku tak mahu ketinggalan, Gia, Seri, Dinda dan Ratu antara empat nama yang merebut seorang jejaka duda. Terasa diri ku tidak sehebat jejaka duda ini. Walau status duda tapi tampak hebat...syabas!!! Man @ Sakai. Dalam diam aku mengeluarkan jarum lama ku. Aku tahu diri ku juga tidak kurang hebat nya jika dibandingkan dengan duda ini. Pasti salah seorang akan ku tundukkan...errr maksud ku salah seorang wanita berempat ini. Semakin kerap aku melayari laman ini dan semakin banyak kesah yang mempersonakan. Dan diantara ke empat nama ini...nama Gia begitu popular ku perhatikan. Cara nya begitu terserlah...linechat nya begitu halus...pasti cantik juga orang nya....hehehehe...aku tersenyum sinis. Senyuman penuh bermakna. Aku mesti mengenali wanita bernama Gia ini. Aku mesti...!!! "Hai Gia..." Aku menegur memulakan sesi perkenalan. "Hai bro..." balas Gia menyahut teguran ku. Ini peluang bagus. Tidak sombong sidia. Kepada Dinda, Seri, Ida Sayang mau pun setiap wanita yang menghiasi skrin Lovemail, aku juga tidak kurang mendekati. Malahan hampir semua wanita ingin ku miliki sebagai sahaba...atau apa sahaja...jadi kekasih gelap pun aku sanggup.. hehehehehe... Aku semakin berani mendekati Gia. Asala nampak sahaja nama nya ujud di layar...hati ku berdebar...terasa sesuatu yang bakal berlaku antara aku dengan dia. Sekian lama perkenalan aku dengan Gia menjadi intim. Aku tahu Gia mempunyai kekasih...namun cara Gia melayani ku membuatkan aku lupa diri. Dunia cyber bagi ku tidak pernah punyai persaingan yang serious. Bagi ku siapa handal dia lah juara. Cinta hanya metos yang mudah di ungkap...nukilan rasa hanya ujud jika perasaan dibuai dengan seribu keindahan kata. Begitu juga dengan Gia...setiap perkataan ku bagaikan menambat sukma nya. Dari hanya sekadar hubungan adik dan dan abang...akhir nya terbukti Gia juga tidak dapat menolak suntikan gelora kasih nya terhadap diri ku. "Hey bro ..." bisik hati ku. "Kau jangan mudah mengalah...hanya kerana kau tahu Gia sudah punyai kekasih...Usah kau pedulikan..ikut kata hati mu.." begitu lah perasan ku memujuk hati agar terus mendekati Gia yang istimewa ku rasakan. Perasaan ku semakin tak pasti...tidak keruan mencari jawapan bagi erti perhubungan ini yang sebenar. Mungkin kah aku menaruh hati pada Gia? Mungkin kah Gia juga memiliki perasaan pada ku? Oh Tidak....aku hanya mengharap pada bayangan...dan akhir nya aku sedar betapa Gia tidak boleh jauh dari ku. Hubungan yang terjalin semakin mesra sehinggakan setiap malam Gia pasti menemani sepi ku. Semakin lama kami mulai saling merindui. Perbualan adik abang berubah rentak...kini berirama kasih dan percintaan. Andai sehari Gia menghilang, hidup ku menjadi sepi... terasa bagaikan kehilangan dan jiwa ku lesu dalam penantian. Namun Gia tetap ujud dalam hidup ku setiap malam. Seolah olah menjadi satu kemestian bagi aku dan Gia untuk melayari rindu rinduan dan berkasih mesra. Malam malam ku kian berwarna dengan pelbagai corak luahan hati antara Gia dan aku. Pasti jauh di sanubari kami terdapat sesuatu rahsia yang tersembunyi. "Bro..Gia akan bertunang nanti!" Suatu malam Gia memberitahu ku. Berita ini ku terima dengan hati yang tenang kerana bagi ku perhubungan dalam dunia cyber ini bagaikan satu sandiwara. Andai bakal bertunang mengapa hampir setiap malam diri ku dilayan dengan begitu asyik sekali? Aghhhhhh..persetankan!!!! Cuma aku menjadi takut sekiranya setelah pertunangan tersebut Gia akan menjauhkan diri dari ku. Tidak!!!! Gia pasti tidak sanggup berpisah dengan kemesraan yang kami ujudkan bersama. |
| Semoga kenangan bersama mu Gia akan sentiasa berkekalan selamanya..... |
![]() |
| 18SX |