1249/2
Sejarah
Kertas 2
Mei
2007
2 ½ jam
JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG
UJIAN PENGESANAN TAHAP PENCAPAIAN SPM 2007
SEJARAH
Kertas
2 Dua
jam tiga puluh minit

Bahagian |
Soalan |
Markah |
|
A |
1 |
|
|
2 |
|
|
|
3 |
|
|
|
4 |
|
|
B |
5 |
|
|
6 |
|
|
|
7 |
|
|
|
8 |
|
|
|
9 |
|
|
JUMLAH |
|
|
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan
tiga soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan.
4. Jawapan Bahagian B hendaklah ditulis dalam
Kertas A4.
5. Kertas soalan ini hendaklah diikat dan dihantar bersama dengan kertas jawapan Bahagian B.
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT
Jawab semua soalan
1. Zaman Prasejarah ialah zaman manusia masih belum mengenali sistem tulisan. Kajian terhadap zaman ini dan budayanya dijalankan oleh ahli arkeologi.
(a) Berikan tiga ciri masyarakat yang hidup pada zaman Paleolitik.
i.
ii
iii
(3 markah)
(b) Namakan dua petempatan awal zaman Paleolitik di Malaysia.
i
ii
(2 markah)
(c) Nyatakan dua kegiatan ekonomi masyarakat Neolitik.
i
ii
(2 markah)
(d) Mengapakah lembah sungai menjadi lokasi petempatan masyarakat tamadun awal manusia?
i
ii
iii
(3 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT
2. Pertemuan antara suku Aus dan Khazraj dengan Nabi Muhammad s.a.w di Aqabah pada tahun 621M telah membuka lembaran baru dalam sejarah Madinah.
(a) Apakah isi kandungan Perjanjian Aqabah pertama?
i
ii
iii
(3 markah)
(b) Senaraikan tiga golongan penduduk Madinah sebelum hijrah.
i
ii
iii
(3 markah)
(c) Apakah kesan Perjanjian Aqabah kedua yang dimeterai oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan orang Madinah?
i
ii
(2 markah)
d) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w memilih Madinah sebagai tempat meneruskan penyebaran Islam ?
i
ii
(2 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT
3. Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua tahap.
a) Berikan empat ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.
i
ii
iii
iv
(4 markah)
b) Nyatakan tiga faktor munculnya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand.
i
ii
iii
(3 markah)
c) Apakah peranan Phibul Songram dalam gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand.
i
ii
iii
(3 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT
![]() |
4. (a) Apakah faktor-faktor yang mendorong penggubalan perlembagaan di atas?
i.
ii.
(2 markah)
(b) Tuliskan tiga syarat yang membolehkan seseorang dilantik sebagai sultan mengikut perlembagaan di atas.
i
ii
iii
(3 markah)
(c) Berikan dua kesan daripada pengisytiharan perlembagaan di atas.
i
ii
(2 markah)
(d) Nyatakan tiga perbezaan antara perlembagaan di atas dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
i
ii
iii ...........................................................................................................
(3 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT
BAHAGIAN B
[ 60 markah ]
Jawab tiga soalan sahaja.
5 Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis ke arah pembukaan semula Kota Makkah.
(a) Huraikan peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada
termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.
[ 6 markah ]
(b) Jelaskan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.
[ 4 markah ]
(c) Terangkan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.
[ 10 markah ]
6 Candi merupakan antara monumen yang menjadi peninggalan penting kerajaan awal di Asia Tenggara.
(a) Terangkan fungsi candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara.
[ 6 markah ]
(b) Nyatakan ciri-ciri penting Candi Borobudur yang melambangkan ajaran Buddha.
[ 6 markah ]
(c) Bincangkan cara-cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara.
[ 8 markah ]
7 Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah telah diikuti oleh Zaman Renaissance dan Zaman Reformation.
(a) Huraikan faktor-faktor tercetusnya Renaissance di Eropah.
[8 markah]
(b) Jelaskan kesan-kesan zaman Renaissance kepada masyarakat Eropah.
[8 markah]
(c) Jelaskan idea-idea Reformasi yang diperjuangkan oleh Martin Luther.
[4 markah]
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT
8 Pendudukan Jepun telah melahirkan semangat menentang penjajah melalui gerakan bawah tanah.
(a) Terangkan Dasar Pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1941 1945.
[7 markah]
(b) Jelaskan pertubuhan-pertubuhan yang telah ditubuhkan di Tanah Melayu untuk menentang pemerintahan Jepun.
[7 markah]
(c) Jelaskan isu-isu sosial dan pendidikan yang dibangkitkan oleh akhbar dalam menaikkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
[6 markah]
9. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.
(a) Terangkan ffaktor-faktor yang mendorong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[10 markah]
(b) Senaraikan cadangan-cadangan golongan Melayu radikal melalui Perlembagaan Rakyat 1947.
[6 markah]
(c) Apakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948?
[4 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT