SULIT 1249 / 2
1249/2
Sejarah
Kertas 2
Mei
2007
2 ½ jam
JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG
UJIAN PENGESANAN TAHAP PENCAPAIAN SPM 2007
SEJARAH
Kertas
2 Dua
jam tiga puluh minit

SKEMA JAWAPAN
SKEMA PEMARKAHAN
BAHAGIAN A
(40 markah)
Soalan 1.
a) Berikan tiga ciri masyarakat yang hidup pada zaman Paleolitik.
i. Hidup secara nomad/ berpindah randah
ii Tinggal ddi tepi tasik/ sungai/ gua
iii Hidup dallam kelompok keluarga/ secara berkumpulan
iv Memungut hhasil hutan
v Memburu
vi Menangkap ikan
vii Peralatan batu kasar/ mengutamakan fungsi
(1 fakta 1 markah = mak 3 markah)
b) Namakan dua pertempatan awal zaman Paleolitik di Malaysia.
i Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
ii Kota Tampan, Perak
iii Bukit Jawa, Perak
iv Gua Niah, Sarawak
v Tingkayu, Sabah
(1 fakta 1 markah = mak 2 markah)
c) Nyatakan dua kegiatan ekonomi masyarakat Neolitik.
i Menternak binatang
ii Bercucuk tanam
iii Menghasilkan tembikar
iv Menangkap ikan
v Melebur logam
(1 fakta 1 markah = mak 2 markah)
d) Mengapakah lembah sungai menjadi lokasi pertempatan masyarakat tamadun awal manusia?
i Tanah subur/ lanar/ pamah/ rata sesuai untuk pertanian
ii Mudah mendapat bekalan air
iii Sumber makanan/ protein/ ikan
iv Kemudahan pengangkutan/ perhubungan
v Kegunaan harian/ minum/ membasuh/ mandi manda
vi Pertahanan
(1 fakta 1 markah = mak 3 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]
Soalan 2.
a) Apakah isi kandungan perjanjian Aqabah pertama?
i. suku Aus dan Khazraj hendak beriman kepada Allah dan Rasul
ii berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
iii tidak akan melakukan amalan jahiliah
iv tidak akan mencuri
v tidak akan minum arak
vi tidak akan membunuh bayi perempuan
(iv – vi pilih mana-mana satu)
( 1 fakta 1 markah = mak 3 markah)
b) Senaraikan tiga golongan penduduk Madinah sebelum hijrah.
i Suku Aus
ii Suku Khazraj
iii Orang Yahudi
iv Bani Quraizah
v Bani Qainuqa’
vi Bani Nadhir
( 1 fakta 1 markah = mak 3 markah )
c) Apakah kesan perjanjian Aqabah kedua yang dimeterai oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan orang Madinah?
i. Islam tersebar ke Madinah
ii Berlaku penghijrahan orang islam Mekah ke Madinah
iii Orang Madinah menerima orang islam Mekah sebagai saudara
iv Nabi Muhammad S.A.W dilantik sebagai pemimpin Madinah
( 1 fakta 1 markah = mak 2 markah)
d) Mengapakah Nabi Muhammad S.A.W memilih Madinah sebagai meneruskan penyebaran Islam
i. Jaminan keselamatan
ii. Kesanggupan/kesediaan orang Madinah mempertahankan Islam
iii. Strategi penyebaran Islam
iv. Kedudukannya stategik
v. Untuk menyelesaikan pergeseran/ pergaduhan penduduk Madinah
( 1 fakta 1 markah = mak 2 markah )
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]
Soalan 3.
a) Berikan empat ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.
i Bersifat setempat
ii Tidak berorganisasi
iii Isu kebudayaan/ agama/ hak pribumi
iv Dipelopori golongan pertengahan/ pendidikan Barat/ Asia Barat (agama)
v Menekankan kesedaran politik
vi Tidak menuntut kemerdekaan/ bersifat sederhana
vii Menuntut hak dikembalikan
( 1 fakta 1 markah = mak 4 markah)
b) Nyatakan tiga faktor munculnya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand.
i Rakyat gelisah kerana kerabat di raja menguasai politik
ii Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak
iii Perkembangan system pendidikan barat
iv Rakyat terdedah dengan sistem demokrasi dan raja berpelembagaan
v Kelemahan system pentadbiran
vi Sikap boros Raja Vajiravudh
( 1 fakta 1 markah = mak 3 markah)
c) Apakah peranan Phibul Songram dalam gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand.
i Meluluskann undang-undang menyekat penguasaan ekonomi oleh orang cina
ii Sekolah Cina dibubarkan
iii Akhbar Cina dibubarkan
iv Menggalakkan penduduk pribumi menceburi aktiviti ekonomi
v Jawatan tertinggi dalam kerajaan diberi kepada penganut Buddha
vi Menukar nama Siam kepada Thailand
(1 fakta 1 markah = mak 3 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]
Soalan 4
a) Apakah faktor-faktor yang mendorong penggubalan perlembagaan di atas?
i. Keinginan pemerintah Johor membentuk kerajaan bercorak demokrasi
ii. Menggantikan pemerintah raja berkuasa mutlak
( 1 fakta 1 markah = mak 2 markah)
b) Tuliskan tiga syarat yang membolehkan seseorang dilantik sebagai sultan mengikut perlembagaan di atas.
i Berbangsa Melayu
ii Beragama Islam
iii Waris pemerintah Johor
iv Lelaki
(1 fakta 1 markah = mak 3 markah)
c) Berikan dua kesan daripada pengisytiharan perlembagaan di atas.
i. Sistem pentadbiran dapat dimantapkan
ii Menghalang rancangan British menguasai Johor
iii Pemerintahan bercorak demokrasi
( 1 fakta 1 markah = mak 2 markah)
d) Nyatakan tiga perbezaan antara perlembagaan di atas dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
i. Nama Undang-undang/ perlembagaan
ii. Tahun diperkenalkan ( Johor 1895/ Terengganu 1911)
iii. Tokoh yanng memperkenalkan ( Johor – Sultan Abu Bakar/ Terengganu Sultan Zainal Abidin III
( 1 fakta 1 markah = mak 3 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]
BAHAGIAN B
Soalan 5
(a) Huraikan peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada
termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.
F1 Pada tahun 628 M rombongan orang Islam telah ke Makkah kerana ingin menunaikan umrah
F2 Orang Islam disekat di Hudaibiyah
H2a Nabi Muhammad s.a.w menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka
H2b Uthman dipilih untuk ke Makkah kerana Uthman mempunyai ramai saudara mara di Makkah
H2c Uthman merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain
H2d Sifat Uthman lemah lembut dan bertolak ansur
F3 Orang Islam yang mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah bersumpah setia yang dikenali dengan Baiah al Ridwan
H3a Orang Arab Quraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam
H3b Mereka /orang Arab Quraisy menemui Nabi Muhammad s.a.w
H3c Baginda bersedia mengadakan perjanjian
H3d Termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w (Islam) dengan Suhail bin Amru ( Quraisy )
( 1 isi x 1 markah = mak 6 markah )
(b) Jelaskan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.
F1 Bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selama 10 tahun
F2 Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah
F3 Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
F4 Orang Ouraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula
F5 Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya ( 7 Hijrah )
( 1 x 1 markah = mak 4 markah )
(c) Terangkan kepentingan pembukaan semula Kota Makkah.
F1 Pengislaman Abu Suffian/Abbas memudahkan kota Makkah dikuasai orang Islam
H1a Orang Arab Quraisy yang lain turut sama memeluk Islam
H1b Nabi Muhammad s.a.w telah memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan Kota Makkah
F2 Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w terhadap orang Arab Quraisy
C2 Nabi Muhammad s.a.w tidak membalas dendam terhadap penduduk Makkah yang memusuhi Islam
H2 Amalan sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam seterusnya
F3 Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
H3a Agama menyembah berhala yang menjadi amalan masyarakat jahiliah dihapuskan dan digantikan dengan Islam
H3b Masyarakat Islam telah mendalami ilmu pengetahuan Islam
F4 Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam
H4a Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk melakukan ibadat
H4b Membuktikan Negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w
F5 Pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
H5a Dakwah Islam tersebar secara aman
H5b Masyarakat Islam memeluk Islam secara sukarela/ tanpa paksaan
F6 Mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat
H6a Madinah dijadikan pusat pentadbiran Islam
H6b Makkah dijadikan sebagai salah sebuah wilayah Islam
H6c Baginda telah melantik wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam
F7 Melambangkan Islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh
H7 Tamadun Islam yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan pemerintah Islam seterusnya
( 1 isi x 1 markah = mak 10 markah
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]
Soalan 6.
(a) Terangkan fungsi candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara.
F1 Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
F2 Sebagai rumah ibadat
F3 Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
F4 Tempat menyimpan patung dewa utama
F5 Lambang kepada keagungan seseorang pemerintah
F6 Lambang kehebatan seni binanya
F7 Melambangkan orde kosmos
( 1 isi x 1 markah = mak 6 markah )
(b) Nyatakan ciri-ciri penting Candi Borobudur yang melambangkan ajaran Buddha.
F1 Mewakili agama Buddha Mahayana
F2 Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan
H2a Diwakili oleh patung Stupa dan patung Buddha
H2b Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
H2c Tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan
C2 Sila, Samadhi dan Panna
F3 Candi Borobudur dibina dalam masa 75 tahun
( 1 isi x 1 markah = mak 7 markah )
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]
(c) Bincangkan cara-cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara.
F1 Dibawa dan disebarkan oleh golongan Ksyatria/tentera
H1 Semasa menakluk tanah jajahan di Asia Tenggara
F2 Dibawa oleh golongan Vaisya/pedagang
H2a Penerimaan aspek kebudayaan India didorong oleh perdagangan
H2b Rom memberhentikan perdagangan logam emas dengan India
H2c Usaha mendapatkan logam emas membuka ruang terhadap perdagangan antara India dengan Asia Tenggara
F3 Dibawa oleh golongan Brahmin/pendeta
F4 Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan
F5 Setiap pemerintah mengambil aspek-aspek yang berbeza
( 1 isi x 1 markah = mak 7 markah )
Soalan 7
a) Huraikan faktor-faktor tercetusnya Renaissance di Eropah
F1 Kemunculan aliran pemikiran humanisme
H1a Manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya
H1b Kemunculan tokoh-tokoh yang mempelopori aliran humanisme
C1a Seperti Francisco Petrarch / Niccolo Machiavelli / Giovanni Bocaccio
F2 Pertembungan budaya di bandar-bandar di Itali
F3 Pertembungan bahasa di bandar-bandar di Itali
F4 Pertembungan agama di bandar-bandar di Itali
F5 Pedagang kaya yang menjadi patron / penaung kegiatan cendekiawan
F6 Kunjungan tokoh-tokoh renaissance dari satu bandar ke bandar lain membantu penyebaran idea Renaissance
F7 Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman / cendekiawan
F8 Perkembangan semangat individualisme di kalangan cendekiawan
F9 Semangat membina kemahiran dalam semua aspek intelektual
(1 isi x 1 markah = mak 8 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]
(b) Jelaskan kesan-kesan zaman Renaissance kepada masyarakat Eropah.
F1 Kemunculan monarki baru
H1 Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat
F2 Kuasa Gereja / golongan bangsawan berkurangan
F3 Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
F4 Sistem perdagangan semakin berkembang
H4 Berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan
F5 Merintis jalan ke arah perkembangan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan
H5 Munculnya seniman dalam masyarakat
F6 Perubahan sikap masyarakat yang menekankan pemikiran logik dan saintifik
H6 Melahirkan budaya yang mengutamakan keyakinan diri
F7 Menyuburkan sikap berani meneroka perkara baru
(1 isi x 1 markah = mak 8 markah)
(c) Jelaskan idea – idea Reformasi yang diperjuangkan oleh Martin Luther
F1 Menentang amalan Indulgences
F2 Manusia harus bergantung kepada kekuatan rohaninya
F3 Mencabar kedudukan Gereja Roman Katolik
H3a Pendirian dan ajaran Luther dikenali sebagai mazhab Protestan
H3b Perkataan ‘protesting’ bermaksud membantah
F4 Mencabar kewibawaan paderi
(1 isi x 1 markah = mak 4 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]
Soalan 8
a) Terangkan Dasar Pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1941 – 1945.
F1 Menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu
H1a Memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya dan yang bergerak di bawah pengawasannya.
C1a Ahmad Boestamam telah menubuhkan Barisan Pemuda di Perak yang menyatukan pemuda-pemuda Melayu
C1b Dilatih berkawad sebagai tentera sukarela Jepun
F2 Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum itu
F3 Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Jepun
C3 Utusan Melayu ditukar kepada Malai Shimbun
F4 Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar
F5 Nilai dan budaya Jepun diperkenalkan
(1 isi x 1 markah = max 7)
b) Jelaskan pertubuhan - pertubuhan yang telah ditubuhkan di Tanah Melayu untuk menentang pemerintahan Jepun.
F1 Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun
H1a MPAJA disokong oleh British yang memberi bantuan senjata
H1b MPAJA dan British berkerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun
F2 Pasukan Bintang Tiga yang dianggotai oleh orang Melayu, Cina dan India juga ditubuhkan
F3 Orang Melayu pula menubuhkan Force 136
H3a Force 136 dianggotai oleh pegawai-pegawai tadbir Melayu yang berkerjasama dengan tentera British
H3b Pasukan ini bertindak secara gerila dan aktif di Kedah dan Pahang
F4 Pasukan Wataniah Pahang juga ditubuhkan oleh orang Melayu
H4a Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela menentang Jepun
H4b Anggotanya terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampong yang sedar tentang penindasan Jepun
F5 Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah ditubuhkan
H5a Tugasnya adalah untuk menubuhkan Melayu Raya dan Indonesia Raya.
H5b Kongres Pemuda KRIS diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan kemerdekaan dengan Indonesia.
(1 isi x 1 markah = max 7)
c) Jelaskan isu-isu sosial dan pendidikan yang dibangkitkan oleh akhbar dalam menaikkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
F1 memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
F2 menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
F3 menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif
F4 menggalakkan tabungan dalam kalangan orang Melayu
F5 mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu
F6 mementingkan pendidikan bahasa Inggeris
F7 meminta taraf sekolah Melayu dibaiki
F8 memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
F9 menyeru orang Melayu tidak meninggalkan pendidikan Islam
F10 mengekalkan nilai-nilai baik orang Melayu
(1 isi x 1 markah = max 6 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]
Soalan 9.
(a) Terangkan faktor yang mendorong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
F1 Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union.
H1 Perpaduan orang Melayu dapat mengatasi pihak yang menyokong Malayan Union.
F2 Bekas pegawai British menolak dasar menakluk Tanah Melayu.
C2 Sir Frank Swettenham / R.O Winstedt / Sir George Maxwell / Cecil Clementi
F3 Sokongan daripada pegawai tinggi British.
C3 Sir Malcolm MacDonald / Sir Edward Gent / L.D. Gammans
F4 Sikap politik orang Melayu yang sederhana.
H4a Orang Melayu hanya membuat bantahan secara menulis melalui akhbar
H4b berdemonstrasi
H4c berkongres
H4d memujuk Raja-Raja Melayu
H4e bukannya menentang secara kekerasan.
F5 Orang Melayu hanya menolak Malayan Union. bukannya menuntut kemerdekaan daripada British.
H5 British bimbang orang Melayu dipengaruhi oleh gerakan radikal.
F6 Piagam Atlantik PBB meminta negara-negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.
(1 isi x 1 markah = mak 10 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]
( b ) Senaraikan cadangan – cadangan golongan Melayu radikal melalui Perlembagaan Rakyat 1947
F1 Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
F2 Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
F3 Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar
F4 Keistimewaan orang Melayu dikembalikan
F5 Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
F6 Kerakyatan yang sama rata
F7 Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
F8 Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
F9 Pertahanan dan hal ehwal luar negeri tanggungjawab British dan Tanah Melayu
F10 Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu
(1 isi x 1 markah = 6 markah)
( c ) Apakah ciri - ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?
F1 Sebuah persekutuan dengan gabungan sebelas buah negeri
F2 Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
F3 Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
F4 Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
F5 Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga.
(1 isi x 1 markah = mak 4 markah)
1249/2©2007 Hak Cipta JPN Pulau Pinang SULIT]