Planet Uranus,tahun 4247 Masihi,satu koloni makhluk asing sedang menuju ke bumi...Mereka dipercayai mahkluk Zerg yang datang dari sebuah sistem suria yang berlainan...Tujuan mereka mungkin mahu menguasai sistem suria ini...

Dalam pada itu,ketiga-tiga negara di dunia iaitu Republik Benua Amerika yang dikuasai Amerika Syarikat,Kesatuan Eropah Bersatu yang dikuasai Russia,dan Asia Timur Raya yang dikuasai Jepun selama ini berperang meluaskan jajahan masing-masing ke benua Afrika dan Asia Selatan...Benua Afrika dan Asia Selatan telah hancur akibat perang Nuklear ke empat...Tetapi manusia mula bersatu apabila mendapati mereka sedang menghadapi bahaya yang lebih besar akibat perluasan koloni ke seluruh Galaksi Bima Sakti yang dijalankan oleh Zerg...Oleh itu manusia telah mendirikan pangkalan rahsia yang dinamakan Norad II di seluruh Planet Bumi...

Tanpa disedari,satu lagi mahkluk yang datang dari galaksi yang berlainan ingin menguasai galaksi Bima Sakti...Mereka yang dikenali sebagai Protos telah menuju ke bumi dalam usaha menghapuskan dua mahkluk Bima Sakti iaitu Manusia dan Zerg...

Protos...Mahkluk yang paling maju mempunyai kapal-kapal angkasa yang begitu besar dan berkuasa...Mampukah  manusia menghalang kemaraan mereka dengan peperangan menentang Zerg dan krisis antara negara di Bumi...

Manusia telah bersiap sedia menghadapi Zerg dan Protos dengan mencipta sebuah kapal angkasa yang dinamakan New Gettysburg...Dengan rekaan bentuk ciptaan Amerika,enjin ciptaan Russia,dan senjata Yamato Gun ciptaan Jepun manusia menjangkakan mereka pasti dapat mempertahankan Planet Bumi dari serangan Zerg dan Protos...
Dengan kekuatan New Gettysburg,tidak mustahil untuk Manusia mengalahkan Zerg...Setiap pangkalan Zerg dapat dimusnahkan dengan mudah...Dengan kekalahan Zerg,mudahlah untuk Manusia memusnahkan Protos...

Apa yang disangkakan tidak tepat...Senjata Protos jauh lebih hebat daripada senjata manusia...satu demi satu Kapal New Gettysburg dimusnahkan...Harapan manusia untuk menghalang kemaraan Protos semakin kabur...

Apakah yang akan berlaku pada bumi...Mampukah Protos memusnahkan koloni Manusia dan Zerg...Adakah Manusia akan mencipta senjata yang lebih berkuasa...Apa yang pasti Manusia mempunyai pilihan terakhir untuk memusnahkan Protos...Iaitu dengan mengumpulkan semua senjata Nuklear di dunia untuk dilancarkan kepada setiap kapal-kapal induk Protos...Dengan itu mudahlah Manusia memusnahkan Protos...Tetapi apa yang pasti kesan radiasi yang dikeluarkan mampu menyebabkan kepupusan Manusia...

Hosted by www.Geocities.ws

1