RIFF'S NET STATION


 

Pengenalan

Ermmm......channel nie dengan rasminya dibuka pada 13 Ogos 2000 dengan dibarisi oleh watak watak utama yang berada di RIFF'S NET STATION.

So, bila dah lama tu, makin ramai ler orang yang masuk ke channel nie......kiranya meriah la jugak channel nie kalau semuanya berkumpul.....bila geng-geng RIFF'S NET STATION nie dah berkumpul, maka member member yang diaorang kenal nie pun dijemput ler meramai-ramaikan dan memeriahkan channel ini dengan sendirinya.

Founder #RIFF'S nie orang panggil dia hantu_komputer.....dan kalau korang nak tau lagi.....kebanyakkan watak-watak utama dalam channel nie ramai yang guna nick hantu-hantu belaka, so kalau korang masuk channel #RIFF'S nie dan nampak ramai nick hantu tu, maknanya kemungkinan besar semuanya sedang berada di RIFF'S NET STATION, ahaks !!

Tapi jangan cepat terkeliru, ada jugak member member kitaorang guna nick hantu tapi tidak berada di RIFF'S NET STATION, so kalau anda semua was-was, rajin-rajin la bertanya kepada sesapa yang berada di dalam channel #RIFF'S nie, jangan risau sebab semua @OP yang berada di dalam #RIFF'S telah dilatih supaya ramah dengan pengguna, Ahaks !!
 

| Kembali Ke Menu Utama |

Hosted by www.Geocities.ws

1