OLEH:
SHARIF MOHD FAISAL B. SH. MAHMUD
LIONG YIN CHEONG
JEFFRY MARTINIS
SENI TARIAN MASYARAKAT CINA DAN MELAYU DI MALAYSIA.
SENI TARIAN MASYARAKAT CINA
Dalam seni Cina ia bermula pada abad ke- 19 dengan perhijrahan secara beramai-ramai orang Cina dari negara selatan China ke Tanah Melayu atau dikenali (Malaysia). Pada masa itu, pendatang Cina ini bekerja sebagai buruh di lombong biji timah, peniaga dan petani di tanah melayu. Menurut temuramah di antara kumpulan kami dengan Pengarah Persatuan Hakka Sabah iaitu Encik Liew Han Vun. Beliau telah memberi penjelasan bahawa pada awalnya, masyarakat Cina hanya berminat untuk bekerja bagi menampung kehidupan yang agak sukar pada masa itu. Penduduk pada masa itu tidak merancang untuk menetap secara tetap di Tanah Melayu atau memperkembangkan kebudayaan Cina bagi penduduk tempatan. Namun demikian, lama-kelamaan orang Cina akhirnya menyimpan hasrat untuk menetap tetap di Tanah Melayu sehingga masa pada kini dan seterrusnya memperkembangkan kebudayaan kaum Cina di Malaysia.
Di sini, kumpulan kami akan cuba menerangkan secara lebih lanjut tentang Seni Cina di dalam seni tarian masyarakat Cina di Malaysia. Bagi aspek tarian, umumnya semua mengetahui bahawa dalam konteks masyarakat cina terdapat satu tarian paling popular iaitu 'Tarian Singa'. Walaupun begitu, tarian singa bagi suku-suku kaum Cina mempunyai perbezaan antaranya jika dilihat pada tarian singa yang ada pada masyarakat Cina Hakka, didapati tarian singa masyarakat Cina Hakka adalah berbeza dengan tarian masyarakat Cina lain seperti kaum Hokkien dan lain-lain. Dalam hal ini, tarian masyarakat Cina Hakka yang paling mashyur dikenali sebagai 'Ki Ling' yang mana bentuk singanya adalah lebih kecil berbanding dengan tarian singa masyarakat Cina yang lain. Selain itu, tarian singa "unicorn" juga merupakan tarian yang popular bagi kaum ini iaitu singa yang dikatakan hanya mempunyai satu tanduk. Pada kebiasaannya, tarian ini akan didendangkan atau dimainkan bilamana adanya upacara-upacara khas. Sebagai contoh, ialah ketika menyambut perayaan tahun baru Cina, upacara parkahwinan, pembukaan atau perasmian sebuah premis perniagaan dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis tarian yang terkenal di kalangan masyarakat Cina antaranya seperti Seni Tarian Binatang Rusa (Hai Lu), Seni Tarian Musim Bunga (Chun Hua Siang), Seni Tarian Kipas Cina (San Wu) , Seni Tarian Mengutip Buah-buahan (Chai Hwa Ko), Seni Tarian Pedang (Zhiang Wu) dan Seni Tarian Anak Panah. Seni Tarian Hai Lu (gambar di atas) merupakan sejenis tarian yang lebih bercorak kepada pergerakan seekor rusa. Jenis tarian ini biasanya ditari oleh kaum perempuan dan dianggotai 5 orang anggota. Tarian ini bermaksud masyarakat harus menyanjung sifat rusa yang dikatakan bijaksana. Ini kerana rusa merupakan binatang yang rajin dan mempunyai pergerakan yang halus. Jenis tarian ini biasanya dimainkan di Negara Utara China.
Seni tarian pada gambar di atas ialah Seni Tarian Chun Hua Siang. Jenis tarian ini ditari oleh kaum perempuan dan ditari lebih 10 orang anggota. Jenis tarian ini bertujuan untuk menyambut musim bunga yang bererti bahawa musim tahun baru cina akan menjelang tiba. Jenis tarian ini menggunakan iringan muzik tahun baru cina bagi mengadptasi tarian Chua Hua Siang.
Seni Tarian Kipas Cina merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai “ Fung shui” iaitu suatu kepercayaan masayarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau “Fung Shui” yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.
Seni Tarian Mengutip Buah-buahan ini pula merupakan sejenis tarian yang membawa erti bahawa anggota penari mempamerkan aksi atau gaya ada dalam mengutip hasil buah-buahan yang ditanam. Ini kerana masyarakat Cina pada suatu masa dahulu lebih menumpukan perhatian mereka kepada aktiviti pertanian, di mana kaum lelaki menanam buah-buahan dan kaum wanita pula mengutip hasil buah-buahan. Misalnya, di Negara China di mana kaum wanita bertanggungjawab mengutip buah-buahan. Jadi, seni tarian ini cuba memperkayakan dan mempamerkan seni anggota badan di dalam pergerakan badan yang begitu halus di dalam sesuatu masyarakat.
Seni Tarian Pedang seperti dalam gambar di atas merupakan sejenis tarian yang bersifat bercampuraduk sama ada lelaki atau perempuan, di mana ahli kumpulan ini mesti mempunyai kemahiran dalam menggunakan alat seni Pedang Cina. Jenis tarian ini menyakinkan bahawa masyarakat Cina pada suatu ketika dahulu amat mementingkan seni pedang di dalam melatih seni mempertahankan diri dan juga untuk sebagai aktiviti dalam menyihatkan badan. Tujuan seni tarian ini adalah untuk menunjukkan bahawa masyarakat cina mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam penggunaan alat pedang. Tarian ini juga bertujuan untuk mempamerkan aksi gaya pengguanaan pedang yang halus dan menarik dan diiringi muzik.
Jenis tarian yang terakhir ialah Seni Tarian Anak Panah. Jenis tarian ini menunjukkan martabat masyarakat cina pada suatu ketika dahulu menggunakan anak panah untuk memburu dan untuk mendapatkan makanan. Tarian ini mempunyai anggota sama ada lelaki dan perempuan. Tarian ini mempunyai maksud lengenda di mana seorang lelaki berbangsa cina ingin mencapai impiannya dengan melepaskan anak panah ke bulan supaya hasrat lelaki itu tercapai. Misalnya, terdapat legenda dalam tarian ini menyatakan bahawa seorang lelaki cina yang ingin memikat hati dengan seorang perempuan dengan melepaskan anak panah ke bulan sebagai tanda kasih lelaki itu kepada perempuan itu.
SENI TARIAN MASYARAKAT MELAYU
Dalam masyarakat Melayu, kesenian sememangnya adalah merupakan satu elemen yang amat popular dalam perkembangan ketamadunan melayu itu sendiri. Kesenian ada kaitannya dengan kebudayaan dalam alam melayu. Kesenian Melayu adalah merupakan satu tinggalan lama yang kebanyakannya masih kekal kini dan ia adalah merupakan satu elemen yang amat dibanggakan oleh masyarakat melayu dan juga oleh masyarakat luar yang mengakui mengenai mengenai kemasyuran seni melayu itu sendiri.
Jika ditinjau dari aspek persejarahan, kesenian Melayu sebenarnya sudah wujud sejak zaman dahulu lagi dan salah satu contoh tamadun Melayu yang menonjolkan aspek kesenian melayu yang begitu terserlah ialah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mana pada masa itu adalah merupakan salah satu empayar Melayu yang teragung di Nusantara.
Kesenian adalah melambangkan identiti sesuatu masyarakat itu. Justeru itu, adalah amat penting bagi semua anggota masyarakat kita untuk mengekalkannya melalui proses menurunkan seni ini dengan generasi baru. Antara kesenian masyarakat Melayu yang paling popular hingga ke hari ini ialah seni tari. Seni tari sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengandengan manusia dan alam. Tarian dalam alam Melayu diertikan sebagai seni yang halus Di sebalik kehalusan gerak-geri yang ditunjukkan melalui lenggang-lenggok dan ayunan tangan yang lembut itu sebenarnya terdapat cerita-cerita yang menarik. Manakala menurut sarjana Barat yang bernama S.Sachs, beliau telah mendefinisikan seni tari itu sebagai gerakan yang berirama dan menurut beliau lagi, seni tari adalah merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Selalunya tarian Melayu sering dipersembahkan bilamana adanya majlis-malis keramaian.
Antara seni tari masyarakat Melayu yang masih kekal hingga ke hari ini adalah seperti tarian joget, inang dan banyak lagi. Dalam menggayakan ataupun menarikan tarian-tarian ini, masyarakat Melayu selalunya mengambil unsur-unsur fenomena semulajadi seperti ribut, kemarau, gempa bumi dan sebagainya untuk tujuan dijadikan motif dalam merencanakan lenggok tari tarian yang dipersembahkan.secara umumnya seni tarian masyarakat Melayu boleh dikategorikan kepada beberapa jenis yang utama, antaranya adalah seperti yang berikut:
Seterusnya, bila membicarakan mengenai seni tarian mansyarakat Melayu, sebenarnya tarian masyarakat melayu adalah terdiri daripada jenis-jenis yang pelbagai yang mana ianya adalah bergantung kepada upacara yang hendak disambut ataupun yang dijalankan. Antara jenis tarian Melayu yang sering dipersembahkan oleh masyarakat melayu pada zaman dahulu dan kini adalah seperti yang berikut:
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu Melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu Melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
TARIAN ASYIK
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih. Oleh itu, tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu, lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab, gambang dan gedombak.
TARIAN AYAM DIDIK
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
TARIAN BALAI
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.
CANGGUNG
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua
TARIAN SITI WAU BULAN
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.
TARIAN CINTA SAYANG
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.
TARIAN DABUS
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali.
TARIAN GAMBUS
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.
TARIAN INAI
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.
TARIAN JOGET
Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.
TARIAN KUDA KEPANG
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.
TARIAN MAK INANG
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
TARIAN ZAPIN
Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi. Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju Melayu.
Dalam proses persembahan seni tarian Melayu ini, terdapat beberapa peralatan muzik yang digunakan bagi mengiringi ataupun mengalunkan irama muzik yang bakal ditarikan oleh para penari. Antara alat muzik yang biasa digunakan untuk tujuan ini adalah seperti gendang, rebab, serunai dan juga gong.
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa seni tarian masyarakat Cina dan Melayu adalah terdiri daripada beberapa jenis dan juga turut mempunyai keunikan seninya yang tersendiri yang berlainan antara satu dengan yang lain. Walaupun demikian, matlamat sebenarnya adalah satu iaitu untuk menghiburkan ataupun sebagai bahan hiburan dari dahulu hinggalah ke pada hari ini. Oleh itu, adalah diharapkan tarian dua masyarakat yang berlainan ini akan berkekalan hinggalah ke generasi yang seterusnya.
James J.Y.Liu (terjemahan Lim Kim Hui), 1995. Teori Kesusasteraan Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Malaysia.
Jurnal Persatuan Cina Hakka Sabah (Versi Bahasa Cina),1998. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Buku Prospektus Persatuan Cina Hakka Sabah (Versi Bahasa Cina),2000. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
www.geocities.com/ong_mingthong/