OLEH:

LOW YUEH CHING

JUMAIN BAMBANG

SHARIF MOHD FAISAL B. SH. MAHMUD

 

 

Upah Minimum menjadi persoalan penting masa kini. Berdasarkan kajian kes di Malaysia, bincangkan setakat mana undang-undang upah minimum diamalkan dan kesannya terhadap sistem hubungan industri.

 

 

Pengenalan

 

Isu upah minimum memang menjadi satu isu yang agak hangat di negara kita kebelakangan ini. Contohnya di negara kita sekarang terdapat lebih kurang dua juta pekerja Malaysia yang menerima gaji di bawah RM 600 sebulan. Pendapatan sedemikian meletakan ramai pekerja Malaysia di bawah atau pada paras kemiskinan. Selain daripada itu, terdapat lebih kurang 0.3 juta pekerja ladang seluruh negara menuntut gaji bulanan. Soalan pokok di sini ialah pekerja ini hanya meminta gaji yang minima untuk menjalankan kehidupan seharian mereka dan keluargan mereka dalam keadaan yang sempurna. Namun demikian banyak alasan dikemukan untuk menolak cadangan itu. Isu upah minimum telah berlarutan sehingga sekarang tidak selesai.

Isu upah minimum ini sebenarnya adalah disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad sendiri dengan meminta pandangan dari MTUC (Malaysia Trade Union Congress) pada 7hb Ogos 1998. Senator Zainal Rampak telah mencadangkan upah minimum sebanyak RM1200 adalah wajar bagi meningkatkan tahap hidup pekerja Malaysia. Ini kerana pelaksanaan gaji yang minimum ini akan dapat membela nasib 4.5 juta pekerja yang berpendapatan kurang daripada RM600.1

Apabila isu upah minimum ini dikemukakan bermacam-macam alasan dilemparkan. Untuk mendalami persoalan, pengkaji akan menerokai apa itu upah dan upah minimum.

 

Menurut Akta Kerja 1955 (seksyen 2) telah memdefinisikan upah sebagai :

upah asas dan segala bayaran tunai yang harus dibayar kepada pekerja kerana kerja yang dibuat mengenai kontrak perkhidmatan tetapi tidak termasuk…”2

 

Berdasarkan definisi di atas Akta Kerja 1955 jelas menerangkan definisi upah dan upah tidak termasuk elaun tempat tinggal, apa-apa caruman oleh majikan seperti KWSP, elaun perjalanan, bayaran kepada pekerja yang menanggung perbelanjaan khas, apa-apa ganjaran yang dibayar atas pemberhentian atau penamatan dan bonus tahuanan.

            Manakala menurut kamus dewan, upah adalah wang dan lain-lain yang diberi kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sebagai pembalas jasa, ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan.3 Dari pandang ekonomi pula, upah adalah jumlah bayaran dalam bentuk wang yang diterima oleh para pekerja untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka kepada firma.4

 

Diskusi: Setakat mana pengamalan undang-undang upah minimum di Malaysia.

 

            Melalui perangkaan yang ditunjukkan oleh Bank Dunia, kadar upah pekerja di Malaysia adalah rendah dan hanya cukup untuk memenuhi keperluan asas minima dan hidup di atas garis kemiskinan. Pendapatan bulanan sebanyak RM252 seorang diperlukan pada tahun 1970-an atau RM400 untuk setiap isirumah dengan saiz 5.4 orang seisirumah pada tahun 1980-an. Manakala mengikut laporan International Labor Orgaization (ILO) sebanyak 2 juta pekerja Malaysia adalah penerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Justeru itu, isu upah minimum menjadi topik perbualan hari ini.

Sistem perhubungan industri Malaysia umumnya dipengaruhi oleh tiga peruntukan undang-undang yakni Akta Kerja 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Industri 1967. ketiga-tiga akta ini terletak dibawah kuasa Kementerian Sumber Manusia dengan satu tujuan yang umum iaitu untuk mewujudkan suatu iklim hubungan industri yang sihat.

            Secara ringkasnya, Akta kerja 1955 tidak menetapkan upah minimum dan ia hanya memperuntukkan hak-hak minimum persoalan pekerjaan yang sepatutnya diterima oleh pekerja dari majikan. Ia telah mengariskan beberapa peruntukan untuk menjamin hak pekerja yang berpendapatan di bawah paras gaji RM1500 supaya mereka tidak ditindas oleh para majikan.5 Contohnya gaji dan imbuhan, jumlah minimum hari bekerja, cuti tahunan, umum dan sakit, faedah perubatan, keselamatan sosial, caruman KWSP dan skim persaraan.

            Manakala Akta Perhubungan Industri 1967 diperkenalkan dengan tujuan menyelesaikan konflik industri antara pekerja dan majikan mengenai syarat pekerjaan demi menjaga keharmonian di tempat kerja. Akta Kesatuan Sekerja 1959 pula menggariskan syarat-syarat tentang penubuhan kesatuan sekerja dan kawalan kepada tindak-tanduknya untuk menjamin perhubungan antara majikan dan pekerja. Ketiga-tiga akta ini akan membela pekerja tidak terlibat dalam industri yang disebut dalam Akta Majlis Upah 1947.

Dalam usaha meningkatkan pembangunan negara, kerajaan Malaysia telah melancarkan dasar penggalakkan pelaburan asing yang difikirkan dapat membantu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini. Bagaimanapun, suatu masalah terpaksa ditanggung oleh kerajaan iaitu risiko ‘upah yang murah’ dan juga  penawaran upah buruh yang tinggi. Hal ini kerana kedua-dua faktor itu merupakan daya tarikan kepada pelabur asing untuk masuk ke negara kita. Untuk menjaga serta menggalakkan kemasukan pelabur ke negara kita, kerajaan telah membenarkan industri sendiri menentukan kadar bayaran upah. Oleh itu Akta Kerja 1955 tidak menyatakan apa itu upah minimum. Ia hanya menyatakan definisi upah, sistem hak dan keutamaan pembayaran upah sahaja. Tambahan pula, sebarang bentuk bayaran tambahan kepada upah seperti komisen, bonus, bayaran perkhidmatan dan bayaran-bayaran lain tidak dianggap sebagai upah.

Makhmah Perusahaan dan Makhmah Sivil tidak mempunyai kuasa menentukan jumlah upah minimum seseorang pekerja kecuali melalui peruntukan Akta Majlis Upah 1947. Kuasa Makhmah Perusahaan hanya terhad kepada kes-kes Perjanjian Kolektif.6 Justeru, pekerja yang tidak dilindungi oleh Akta Majlis Upah, konsep upah minimum tidak wujud.

            Oleh itu ada pihak yang mendakwa negara kita secara keseluruhannya tidak mempunyai upah minimum kecuali sebilangan kecil industri yang upahnya dilindungi oleh Majlis Upah dan ia tidak pernah diperbaharui. Dalam Akta Majlis Upah 1947 ini terpakai di Semenanjung Malaysia sejak 1hb September 1947, Sarawak 1hb Januari 1965, dan Sabah 2hb Febuari 1967. Akta ini memperuntukan bagi penubuhan sebuah Majlis Penetapan Gaji dan memberi kuasa kepada Majlis tersebut membuat perintah gaji minimum bagi kategori-kategori pekerja di sektor-sektor pekerjaan tertentu yang difikirkan perlu untuk di lindungi. Pada masa sekarang terdapat perintah peraturan gaji minimum seperti berikut:

1.Perintah Peraturan Gaji (Pembantu-Pembantu Kedai) 1981.

 Peraturan ini adalah mengenai gaji minimum dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pembantu kedai. Kadar gaji minimum yang ditetapkan mengikut kawasan. Perintah ini terpakai di semua Majlis Daerah, Majlis Bandaran, Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya. Perniagaan yang tertakluk kepada perintah ini adalah seperti yang menjalankan jualan runcit, pajak gadai, tukang gunting, kedai dobi, pesolek rambut dan apa-apa perniagaan yang berdampingan dengan premis di mana jualan runcit dijalanakan.

2. Perintah Peraturan Gaji (Perhidangan Dan Hotel) 1967.

 Ia adalah mengenai kadar upah dan syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja perhidangan dan hotel. Kadar yang di tetapkan mengikut umur pekerja. Perintah ini terpakai di semua Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya. Meliputi perniagaan membekalkan makanan, minuman kepada orang ramai di premis termasuk kedai kopi, kedai makan, hotel, rumah penginapan, restoran dan premis yang digunakan untuk menjual minuman keras.

3. Perintah Peraturan Gaji (Pekerja-Pekerja Wayang Gambar) 1981.

Ia mengenai kadar gaji minimum dan syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja wayang gambar yang ditetapkan mengikut kategori-kategori tertentu. Perintah ini terpakai di semua tempat di Semenanjung Malaysia. Pekerja seperti penjual tiket, operator, mekanik, juruteknik dan penulis poster dilindungi dibawah perintah ini.

4. Perintah Peraturan Gaji (Pemunggahan Dan Pengendalian Kargo) Pelabuhan Pulau Pinang 1977.

Ia adalah mengenai kadar upah, syarat perkhidmatan dan waktu kerja bagi pekerja pemunggah dan pengendali kargo di Pelabuhan Pulau Pinang. Perintah ini terpakai kepada pekerja di Pelabuhan Pulau Pinang sahaja. Kadar gaji ditetapkan mengikut shift.

Kamil Halil Hassan;1990 telah merumuskan Akta Majlis Upah 1947 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya adalah berkaitan dengan peruntukan upah minimum bagi pembantu kedai, pekerja di kedai kopi, restoran, hotel, bar, pemunggah di Pelabuhan Pulau Pinang dan pengendali kapal kargo dan pengangkut dan perahu (Lighterman) dan pekerja panggung wayang adalah RM250 sebulan7.

Persoalannya, apakah justifikasinya upah minimum hanya terpakai kepada sebilangan kecil industri. Ini adalah kerana pada masa pembentukan Akta Majlis Upah 1947, industri yang wujud di negara kita pada masa itu terhad. Maka apabila upah minimum digubal hanya terpakai kepada industri yang wujud pada masa itu iaitu sekitar tahun 1947 hingga 1970-an. Selain daripada itu, menurut Maimunah Aminnuddin (1999), Akta Majlis Upah ditubuhkan bertujuan untuk memberi upah yang minimum kepada pekerja-pekerja pada masa iu yang tidak mempunyai kesatuan sekerja. 8

Tambahan pula, sistem pembanyaran gaji di negara kita pada masa itu adalah berdasarkan kepada dua sistem yang utama, iaitu sistem pembayaran mengikut masa dan hasil. Contohnya gaji pekerja pemungahan di Pelabuhan Pulau Pinang adalah berdasarkan kepada jumlah muatan yang dapat dibawa oleh seseorang pekerja dalam sehari, umpamanya satu guni $0.20, sekiranya ia dapat punggah 20 guni maka dia akan dibayar $4. Manakala bagi pekerja di panggung wayang, gajinya dikira bergantung kepada hari itu ada tayang filem maka adalah gaji dan sebaliknya. Maka untuk melindungi pekerja daripada tindasan majikan upah minimum pekerja $250 sebulan diperuntukan dan  mereka akan dapat sekurang-kurangnya $9 sehari supaya cukup untuk menyara keluarganya.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dna Industri (MITI), Datuk Seri Rafidah Aziz  “pemberian gaji sekarang adalah berasaskan produktiviti dan tugas, oleh itu penetapan paras upah minimum tidak boleh digunapakai sekarang”.9 Penentuan pengaplikasian upah minimum kena mengambil kira banyak faktor. Umpamanya, menurut Pengarah Eksekutif MEF, Shamsudin Bardan, pelaksanaan upah minimum akan menyebabkan syarikat kecil ‘gulung tikar’ kerana tidak mampu menangung kos upah yang tinggi. Malahan ia akan menjejaskan daya saingan barangan tempatan di pasaran antarabangsa. Operasi syarikat yang kecil dengan modal yang terhad sudah tentu akan mengalami kesukaran dengan peningkatan kos operasi.10

Ringkasnya, semua pekerja adalah dilindungi oleh akta atau perundangan. Pada masa kini dari aspek perundangan, pekerja yang tidak dilindung oleh Akta Majlis Upah 1947 akan dilindungi oleh Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan sebaliknya

 

 

Kajian Kes 1: Jabatan Buruh Sabah.

 

Hasil temuramah yang dibuat, wakil dari pihak Jabatan Buruh Sabah menyatakan bahawa pihak mereka juga belum bersedia untuk menerima cadangan pihak MTUC yang berkaitan dengan isu upah minimum. Bagi pihak Jabatan Buruh, mereka menyokong penuh tindakan kerajaan yang mahukan MTUC menilai semula tuntutan upah minimum sebelum melaksanakan sistem upah tersebut. Keadaan ini berlaku disebabkan Jabatan ini merasakan penetapan upah minimum akan menyebabkan peningkatan kos buruh, mengurangkan daya saing industri dan mengurangkan pelaburan langsung asing (FDI). Jabatan ini turut mengakui bahawa paras gaji minimum dalam sebahagian sektor hanya mencecah sekitar RM400 sebulan. Mereka bersetuju jika keadaan ini diselaraskan dengan kerja dan tenaga yang dicurahkan tetapi ini tidak pula bermakna MTUC boleh dengan sewenang-wenangnya meminta upah minimum sehingga 200% iaitu kepada RM1200 sebulan. Keadaan ini disebabkan memandangkan ia akan mendatangkan banyak masalah dan merumitkan pihak majikan.

 

 

Kajian Kes 2: Gaji Pekerja Ladang (Berita Harian 6 Jun 1999).

 

            Dengan merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia iaitu sepanjang 4 tahun yang lalu menunjukkan bahawa gaji penoreh getah telah meningkat iaitu dari RM195 sebulan kepada RM210 dalam tempoh 25 tahun. Selain itu, hasil kajian juga turut mendapati bahawa penoreh getah pada masa kini adalah lebih miskin daripada penoreh getah pada masa dahulu iaitu dengan merujuk kepada kadar inflasi sepanjang tempoh yang sama bagi dua tempoh masa tersebut.

            Seterusnya, merujuk kepada gaji penoreh getah, secara puratanya pendapatan bulanan bagi pasangan suami isteri yang bekerja sebagai penoreh getah hanya pada sekitar RM700 iaitu selepas potongan tertentu untuk perbelanjaan bulanan keluarga yang lazimnya mempunyai 4 orang anak. Keadaan ini jika dilihat secara logiknya sudah tentu tidak memadai dengan keadaan pertumbuhan ekonomi yang semakin peasat dan ditambah pula dengan kadar harga barangan yang kini semakin meningkat. Oleh itu, usaha yang bersungguh-sungguh harus seperti usaha mengubal undang-undang perlu dijalankan bagi menyelaraskan gaji para pekerja ladang.

            Selain itu, perundingan yang terakhir yang dijalankan di antara Malayan Agricultural Producers Association (MAPA) dengan National Union of Plantation Workers (NUPW) pada Januari 1999 telah memberikan kenaikan gaji sebanyak 5% sahaja berbanding inflasi antara tahun 1995 hingga 1999 yang melebihi 16%. Gaji pekerja ladang tidak banyak berbeza walaupun negara mengalami pembangunan ekonomi di seluruh negeri di Malaysia yang pesat di semua sektor yang turut meningkatkan harga komoditi getah.

            Koperasi Permodalan Tanah Kebangsaan (NLFCS) pula sudah memulakan program perintis selama 6 bulan bagi membayar gaji bulanan di 16 buah ladang di bawah permilikannnya, namun kadar yang dijanjikan itu masih tidak memadai. Oleh itu, adalah menjadi satu harapan agar pihak kerajaan mengambil satu langkah yang proaktif dalam mengubal undang-undang berkaitan upah atau gaji khusus untuk pekerja ladang iaitu dengan menetapkan kadar upah minimum bagi memastikan peningkatan taraf sosioekonomi rakyat terjamin dan tidak diperlakukan secara tidak adil oleh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dengan keadaan tersebut.

Seterusnya adalah contoh kes Asia Motor (KL) Sdn Bhd lwn. Ram Raj dan Lain-lain.[1985] 2 M.L.J 202 dalam kes ini defenden adalah wakil jualan yang diambil bekerja oleh perayu. Di bawah perenggan 4 (i) Perintah Peraturan Upah (Pembantu-pembantu Kedai) 1970, defenden berhak dibayar Saraan Minimum Berkanun (Statutory Minimum Remuneration) sebanyak $250 sebulan, tetapi sebenarnya dibayar lebih rendah daripada itu. Mereka telah mengadu kepada pengarah Buruh bahawa seharusnya bayar $2440. Pengarah Buruh yang bertindak di bawah seksyen 69 Akta kerja mengeluarkan saman kepada perayu, mengadakan siasatan serta memberi perintah memihak kepada pekerja. Ini menunjukkan pekerja sedar akan hak mereka yang dilindungi di bawah Akta Majlis Upah 1974.11

 

 

Faktor yang membawa kepada mengapa pekerja menuntut kadar upah minimum di Malaysia.

 

Terdapat pelbagai faktor yang boleh mendorong kepada tuntutan kepada penetapan kadar upah minimum di Malaysia. Faktor pertama ialah faktor perundangan, sistem perundangan yang terdapat di Malaysia dalam Akta Kerja 1950 ada menyatakan tentang hak pembayaran upah kepada pekerja serta terma dan syarat yang berkaitan dengan pemberian upah kepada pekerja, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci tentang pembayaran upah minimum terhadap pekerja. Akta Majlis Upah 1947 pula hanya melindungi sebahagian kecil sahaja para pekerja di Malaysia, disebabkan faktor ketiadaan perlindungan upah minimum kepada pekerja yang selebihnya pekerja terdesak untuk menuntuk hak yang sepatutnya mereka terima seperti pekerja lain. Peranan kesatuan pekerja disini berfungsi sebagai penghubung kepada majikan untuk mewakili ahlinya.

            Faktor kedua ialah faktor ekonomi, dimana pergolakan ekonomi yang tidak menentu akibat daripada pasaran matawang dunia menyebabkan kadar upah pekerja turut berubah. Kekukuhan ekonomi yang dapat bertambah dalam negara Malaysia sememangnya akan menyebabkan kepada peningkatan ekonomi negara, sekaligus ini akan mendorong kepada kenaikan kadar upah kepada pekerja, maka pekerja akan berusaha mengambil peluang ini untuk menuntut kepada peningkatan kadar upah mereka. Mengikut perangkaan Bank Dunia, untuk memenuhi keperluan asas minimum dan untuk hidup diatas garis kemiskinan, pendaptan bulanan sebanyak RM 33 seorang perlu .Pada tahun 1970, didapati sejumlah RM 400 untuk setiap isi rumah dengan purata 5.4 orang seisi rumah pada pertengahan tahun 1980-an (INSAN, 1937:14).

            Faktor seterusnya ialah faktor globalisasi, perubahan globalisasi yang berlaku sekarang sememangnya dapat mempengaruhi kepada tuntutan upah minimum daripada pihak yang berkenaan. Ini berikutan daripada peningkatan produktiviti di dalam organisasi yang amat besar, tetapi perubahan terhadap kadar upah amatlah sedikit. Jadi, ini menunjukkan kadar upah yang diberikan adalah tidak berbaloi dengan kenaikan produktiviti organisasi. Sebagai contoh dalam tahun 1981 hingga tahun 1989, sektor perkilangan telah menghasilkan kadar pertumbuhan produktiviti sebesar 6.2%, sedangkan pertumbuhan kadar upah hanya meningkat sebanyak  5.2% sahaja. Tidak hairanlah pihak pekerja meminta hak mereka sebagai tenaga kerja yang membawa kepada peningkatan produktiviti organisasi.

            Melihat keadaan ini pihak majikan dan kerajaan seharusnya melihat kepada keadaan pasaran dimana penetapan kadar upah minimum yang ingin di lancarkan akan membawa kepada keharmonian sistem hubungan industri di Malaysia. Bukan hanya melihat setakat mana pihak majikan dan kerajaan dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti tanpa melihat tenaga kerja yang menjadi aset penting dalam mana-mana jua organisasi.

 

Kesan Upah Minimum terhadap sistem hubungan industri

 

            Upah minimum sememangnya merupakan isu yang agak sensetif dikalangan pekerja dan majikan ini kerana salah satu tuntutan pekerja yang sering diajukan kepada majikan dalam perundingan bersama adalah tuntutan upah. Kesan akibat keengganan majikan untuk menuruti tuntutan pekerja seterusnya akan membawa kepada mogok.

            Selain itu, kesan yang boleh dilihat secara terperinci dalam sistem hubungan industri adalah kesan kepada majikan, pekerja dan kerajaan. Pertama adalah kesan upah minimum terhadap pekerja, kesan upah minimum disini dapat dilihat dari sudut positif dan negatifnya terhadap pekerja, iaitu apakah kesan akibat daripada kenaikan dan kejatuhan upah minimum terhadap pekerja. Secara positifnya, upah minimum dapat memberikan kepuasan kepada pekerja untuk menjalankan pekerjaannya sekiranya, pekerja dapat menerima upah yang berbaloi dengan usahanya dan seterusnya dapat memotivasikan pekerja agar dapat melakukan kerjanya dengan baik dan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja mereka. Selain itu, kenaikan upah minimum juga dapat membantu pekerja menambahkan pendapatan mereka dan dapat menampung kehidupan mereka terutama bagi pekerja yang mempunyai ramai ahli keluarga.

            Kenaikan kadar upah minimum juga boleh membawa kepada keburukan kepada pekerja, menurut teori persamaan Adams orang yang menerima upah atau gaji yang ‘berlebihan’ juga mungkin akan merasa tidak puas, sama seperti individu yang menerima upah dan gaji yang ‘kurang’. misalnya pemecatan. Pemecatan ini akan berlaku akibat daripada pihak majikan untuk mengurangkan kos pengeluarannya, ini kerana kos pengeluaran yang tinggi akan memberikan beban kepada pihak majikan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum akibat pemecatan tersebut akan menyebabkan wujudnya ketidakpuasan dalam diri pekerja, kerana mereka terpaksa menganggur sebelum mendapatkan kerja yang kekal. Menurut French (1978), Upah ataupun gaji yang diberikan bukan sahaja menjadi pendorong tetapi juga merupakan satu faktor yang mengakibatkan ketidak puasan dalam diri pekerja.

            Kesan perubahan upah minimum kepada pihak majikan pula ialah, pihak majikan dapat menguruskan para pekerjanya dengan lebih terancang di mana kos buruh adalah tetap dan pekerja dapat memberikan perkhidmatan yang dapat meningkatkan produktiviti kerja mereka demi kebaikan organisasinya. Keburukan upah minimum terhadap majikan pula ialah terpaksa menanggung kerugian akibat daripada kenaikan kos pengeluaran (kos buruh) iaitu kenaikan kadar upah, ini menyebabkan majikan sukar untuk mengimbangi kos pengeluaranya. Seterusnya, akibat kenaikan upah minimum, majikan juga terpaksa memberhentikan pekerjanya. Hal ini kerana majikan akan mengurangkan pekerja untuk mengurangkan dan  juga mungkin akan menambah masa bekerja pekerja dengan alasan kenaikan upah tersebut. Tambahan pula bagi syarikat atau industri yang kecil akan mengalami masalah kewangan kerana mereka hanya mempunyai modal yang sedikit. Ini bukan hanya mempengaruhi satu atau dua syarikat malah beratus-ratus industri kecil di seluruh negara akan mengalami masalah krisis kewangan atau modal.

Berdasarkan kepada artikel Berita Harian 7hb Jannuari 2000, lebih kurang 3,000 kesatuan majikan tidak bersetuju dengan perlaksanaan upah minimum dan menyifatkan upah minimum sebagai anti pertumbuhan ekonomi. Ini bermaksud ketidakberjayaan perlaksanaan dasar upah minimum yang dilancarkan untuk membasmi kemiskinan telah mengakibatkan kerugian kepada pertumbuhan ekonomi negara.

            Seterusnya, kesan kadar upah minimum terhadap kerajaan. Kerajaan akan mengalami dua kesan yang ketara. Pertama, kesan baik di mana kenaikan atau kemasukan pelabur asing ke Malaysia. Tarikan pelabur asing untuk melabur di Malaysia adalah disebabkan kadar upah minimum yang diberikan di Malaysia adalah lebih rendah dan ini memudahkan pelabur asing mendapatkan tenaga kerja yang ramai dengan pembayaran upah yang minimum. Akibatnya, kerajaan akan mendapat keuntungan daripada pelaburan asing di Malaysia. Kedua, peningkatan upah minimum turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara melalui cukai pendapatan. Di mana  jumlah pendapatan boleh cukai yang minimum adalah RM2500. Sekiranya upah minimum RM600 dilaksanakan, jumlah pendapatan seorang adalah RM7200, maka ia boleh dikenakan cukai 3% atau RM25. Kesan buruknya pula adalah kemasukan pekerja asing yang berlebihan, ini adalah kesan daripada pengambilan pekerja asing oleh syarikat-syarikat yang mengamalkan upah minimum. Kemasukan pekerja asing akan memberikan beban kepada kerajaan untuk menguruskan penghantaraan dan alternatif lain yang melibatkan kesan kemasukan pekerja asing seperti masalah sosial, setinggan dan pengangguran. Semuanya ini akan melibatkan kos yang tinggi.

            Selain itu, kerajaan juga terpaksa menanggung pengangguran yang tinggi dalam negara. Ini adalah berikutan daripada pemecatan yang dilakukan oleh majikan dan kemasukan pekerja asing yang mengisi pekerjaan di Malaysia. Masalah sosial akan timbul dengan keadaan pengangguran seperti jenayah rompakan dan pecah rumah. Kerajaan terpaksa menyelesaikan masalah-masalah sebegini untuk mengurangkan kes pengangguran yang semakin menjadi-jadi akibat daripada upah yang tidak stabil diberikan dalam merancang pembangunan ekonomi negara.

Kesimpulan

            Setiap negara mempunyai sistem hubungan industri yang tersendiri. Contohnya isu upah minimum ini, di negara United Kingdom upah minimum diamalkan dengan meluasnya, iaitu NMW (National Minimum Wage). Upah minimum UK adalah berasaskan konsep “once-and-for-all” dan ia diaplikasi mengikut perbezaan industri dan had yang tertentu dan ia adalah berbeza mengikut negerinya.12 Contohnya kita melihat negara jiran kita, Indonesia atau Filipina walaupun negara tersebut mengamalkan upah minimum, namun masih banyak yang berhijrah ke negara kita.

Oleh itu melalui hasil daripada pemerhatian ini, dapatlah disimpulkan bahawa isu upah minimum sememangnya tidak boleh dipandang sebagai masalah yang remeh sahaja, kerana ianya melibatkan jatuh bangunnya sistem hubungan industri dinegara kita. Ketidakpekaan semua pihak terhadap perkara ini akan menyebabkan pelbagai masalah lagi akan timbul dan kesannya akan ditanggung oleh semua masyarakat selagi ianya bergelar pekerja, majikan dan kerajaan. Perundingan, pakatan dan kerjasama daripada semua pihak amatlah perlu bagi mewujudkan suasana yang harmoni dalam sistem hubungan industri di Malaysia. Adalah rasional jika upah minimum ditentukan berdasarkan industri tertentu namun begitu ia memerlukan kajian yang terperinci untuk menjamin keberkesanannya.

 

 

                                            Lampiran 1

                            Pendapatan Garis Kemiskinan (RM), Malaysia

Tahun

Semenanjung Malaysia

Sabah

Sarawak

1977

252

-

 

1978

-

401

332

1987

350

533

429

1989

370

544

452

1993

405

582

495

1995

425

601

516

 

                                    Saiz Isirumah Purata

 

1977/78

1989/90

1993

1995

Semenanjung Malaysia

5.4

5.1

4.8

4.6

Sabah

5.4

5.4

5.1

4.9

Sarawak

5.6

5.2

5.1

4.8

 

Sumber: [Harun Hashim (1991): Malaysia (1993,1996)] MANU: Journal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa: UMS. MS.86

  

 

                                                     Lampiran 2

                                              Analisis Gaji Penoreh Getah 1995-1999

                                Perjanjian MAPA-NUPW dan skim gaji bulanan NLFCS

 

MAPA-NUPW

1995

MAPA-NUPW

1999

NLFCS

1999

Gaji pokok

RM10.40 sehari

RM11.50 sehari*

RM 380 sebulan #

Bonus mengikut harga getah di pasaran dunia

0 hingga RM2 mengikut harga getah

sama

sama

Bonus susu getah 

 ( setiap kg selepas 11kg sehari )

31 sen hingga 51 sen mengikut harga getah

sama

Sama

Getah sekerap

17 sen per kg

sama

sama

 

·        * jika ada kerja, tiada bayaran gaji pokok, tiada hari kerja minimum yang terjamin

·        # dikehendaki bekerja 26 har sebulan, jika majikan tidak tawarkan kerja, gaji tidak dipotong, tetapi jika mengambil cuti tanpa kebenaran, RM 14.60 akan dipotong setiap hari.

 


1Jamariah Jaafar, Wan Hazmir Bakar dan Mohd Zin Ali. Berita Harian. “Penetapan Gaji Minimum Idea PM”. April 2000. MS 4

2 Akta Kerja 1955 (Akta 265) Dan Peraturan-Peraturan (Hingga 10th Febuari 2000), International Law Book services. MS 14-15

3 kamus Dewan; Terbitan Dewan Bahasa Pustaka;1995

4 H.S.Lim, “Mikro Ekonomi”. Pustaka Sarjana Sdn Bhd:Kuala Lumpur. MS407

5 Abdul Razak dan Zainal Ariffin Ahmad;1999.”Perhubungan Industri Di Malaysia”.Penerbit UMS.MS 51

6 Kamal Halil Hassan;1990.”Hubungan Undang-Undang Majikan Dan Pekerja”.KL:DBP. MS 48

7 ibid

8 Maimunah Aminuddin;1992.”Pengurusan Sumber Manusia”.Fajar Bakti Sdn Bhd. MS102

9 Ann Abdullah, “Wajarkah Penetapan Kadar Gaji Minimum dilaksanakan”.Dewan Masyarakat,Jun 2000. MS 38

10 Ibid

11 Kamal Halil Hassan;1990.”Hubungan Undang-Undang Majikan Dan Pekerja”.KL:DBP. MS 47

 

12 Stephen Bazen, “On The Employement Effects of Introducing A National Minimum Wage In The UK”. British Journal of Industrial Relations vol 28:2 July 1990

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1