Bismillahirrahmannirahim,.
Kontribusi : Nurhatini
(Dipetik dari buku ``Peringatan Bagi Yg Lalai``)
~Tanbihul Qhafillin~
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ``Mengapa aku
melihat kau berubah muka?``
Jawabnya: ``Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah
menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan
siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
daripadanya.``
Lalu nabi s.a.w. bersabda: ``Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.``
Jawabnya: ``Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah
padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
karena panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur\'an itu diletakkan di atas
bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya
akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam
itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya
yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
Nabi s.a.w. bertanya: ``Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?``
Jawabnya: ``Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah
dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.`` (nota kefahaman: yaitu yg lebih
bawah lebih panas).
Tanya Rasulullah s.a.w.: ``Siapakah penduduk masing-masing
pintu?``
Jawab Jibril: ``Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang- orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta
keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.``
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:``Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?``
Jawabnya: ``Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu
yg sampai mati belum sempat bertaubat.``
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar
kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: ``Ya Jibril, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan
masuk ke dalam neraka?``
Jawabnya: ``Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.``
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian
nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sholat
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sholat selalu
menangis dan minta kepada Allah.
Dari Hadith Qudsi:
"Bagaimana kamu masih terus melakukan maksiat sedangkan kamu
tidak tahan dengan panasnya terik matahariKu ???. Tahukah kamu bahwa neraka
jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat"
Ya Allah, ampunilah kami... jangankanlah Engkau masukkan kami ke
dalam Neraka....
Wawllahu a'lam bishowab
----------------------------------------------------------------------------------------
"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain" (H.R. Bukhari)