| |
 |
Assalammualaikum...Nama aku,
Muhammad Azmeer Bin Abd Rahman. Dilahirkan pada 06/08/1984 di Hospital Besar
Taiping, Perak. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kayang,
Perlis pada tahun 1991 sehingga 1996. Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah
Kebangsaan Syed Alwi, Perlis pada tahun 1997. Pada tahun 2000, aku melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis dalam jurusan Pengajian
Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik(PKE). |
| |
Setelah tamat pengajian diperingkat persekolahan,
aku menyambung pelajaran di Kolej Sibertek, Bangi dalam jurusan Pembantu
Juruteknik Sistem Komputer. Aku mula menceburi dalam dunia mIRC ketika dibangku
sekolah lagi. Ini semua bantuan dari salah seorang sahabat aku dalam mendaftar
nick. Pada mulanya aku menggunakan nick BuDaK^KaRaN. Setelah
sekian lama menggunakan nick BuDaK^KaRaN, aku menukar kepada CuPiD^LoVe^U.
Nick ni nampak membosankan, lalu aku menukar kepada nick
STiLL^aLoNe. Ketika menggunakan nick ini, aku mula aktif dalam
membantu user mengenai command mIRC di #malaysian-help
atau sekarang ini lebih dikenali #help.malaysian. Selepas tamat pengajian
dibangku sekolah, aku menukar nick kepada [aM] yang digunakan sehingga
kini. Aku juga mempunyai channel sendiri. Dimana channel
ini sebenarnya diwujudkan oleh sahabat aku untuk komuniti kami ketika dibangku
sekolah. Dan sekarang ini aku mengambil alih channel tersebut. Selama aku
bergiat dalam bidang mIRC, banyak yang aku pelajaran mengenai script,
laman web. Dari sini aku belajar membuat laman web. Atas hasil kegigihan
aku, dapat juga aku menghasilkan laman web ini. Jika anda ada sebarang komen
atau cadangan, e-mailkan ke [email protected]. |