Sup Ekor

Bahan � bahan
1 batang ekor lembu
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 bungkus rempah sup
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 keping kayu manis
Sedikit serbuk lada sulah
2 labu bawang besar
2 biji ubi kentang
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Garam dan serbuk perasa
Cara membuatnya
1. Ekor dipotong kecil-kecil dan dibersihkan
2. Masukkan ke dalam periuk bersama dengan air
3. Masukkan bawang putih dan halia yang telah diketuk-ketuk, rempah sup, garam.
4. Biarkan ia mendidih
5. Setelah kelihatan hampir empuk, masukkan ubi kentang
6. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
7. Goreng bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga
8. Tuangkan ke dalam periuk yang berisi sup tadi
9. Bila hampir masak, masukkan bawang besar yang dipotong empat
10.Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk perasa
11.Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng semasa menghidang
Sign My Guessbook
Thank You |
|
All Rights Reserved © 2002 Yusnida
|