Sayur Goreng Campur

Bahan � bahan
100 gm udang
100 gm kacang pis
1 paket jagung muda
5 biji cendawan butang
1 biji lobak merah
2 keping cendawan kering - direndam
2 biji bawang putih - diketuk
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 cawan stok ayam
Garam secukupnya
Cili merah )
Timun ) untuk hiasan
Tomato )
Cara membuatnya
1. Semua sayuran dipotong mengikut citarasa anda dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
3. Masukkan semua sayuran, sedikit serbuk perasa dan garam. Gaul hingga sebati.
4. Tambahkan stok ayam dan sos tiram. Biarkan ia mendidih seketika. Kemudian masukkan tepung jagung.
5. Setelah digaul rata dan masak bolehlah diangkat. Hias ikut citarasa anda dan hidangkan dengan nasi. Atau jika suka boleh juga dimakan begitu sahaja.
Sign My Guessbook
Thank You |
|
All Rights Reserved © 2002 Yusnida
|