<BGSOUND SRC="alone.mid" LOOP=INFINITE>

Perasa

Kebelakangan ini
hidup rasanya
terkurang gula
manisnya tak terasa

dengan apalah
mahu kuubahkan
atau
mahu kuubatkan

apakah pahit ubat
bisa memaniskan siksa ?
seperti mampukah garam
memasamkan cuka ?

kadang-kadang
aku lupa
tawar yang hambar
lebih sering jadi penawar.

Enida
* August 22, 1995.
   DECTAR UKM, Bangi.


Berhenti

Nasi Lemak Daun Pisang

Katakan Padaku

Email Enida

Pages
Hosted by www.Geocities.ws

1