![]() |
![]() |
| Nazar Tak sesal mengahwini dia meski dalam jiwa tak terhidup cinta tak apa-apa tak sesal tak mengahwinimu meski sejak itu ku ditimpa malang bertalu-talu antara bumi dan langit bedanya tak terungkit engkau waris terbilang Sultan Mahmud mangkat dijulang di tanganmu tahta dunia raja di Riau-Lingga antara laut dan darat asingnya tak termartabat dia mempusakai papa ayah bonda si jelata digalasnya beban kedana dunia rimas dek marijuana carilah waris lain, Tuanku. Arus zaman tak mencairkan darah Nenda Engku Putri ke aku sama merah. Sebetulnya jodoh ini kerana nazar dia mencari ubat mengisi jiwa yang taubat dan aku tak kuasa melawan redha yang sudahnya menjadi cinta tapak tangan Nenda Daeng masih memayungi engkau di kanan aku di kiri tak sedekat sejarak padi tak sejauh langit dan bumi Tuanku, restuilah perpisahan ini. * Enida June 6, 1996. Bentan, Riau. |
![]() |
|
| Ke sayup bintang.... |