<BGSOUND SRC="puncakasih.mid" LOOP=INFINITE>
Aku Tak Mampu Mengubah Itu

Kalau kembali
ke pantai itu
janganlah lagi mengharapkan
ombak terus mendebur
pasir terus bertabur

kerana karang sudah terlalu hancur
dan larut
debur ombak kehilangan suara
dan lelah
pasir jadi lumpur
dan landai
aku pun tak mampu mengubah itu

benarlah kata orang :
laut tenang
adakalanya
lebih menakutkan


* Enida
June 16, 1993.
Cherating.
Entah

Apa Sebenarnya

Katakan Hanya

The Pages
Hosted by www.Geocities.ws

1