Trik-trik dan langkah praktis apa untuk melakukan         penelitian bidang perpustakaan? 

(panduan dan tips ampuh untuk skripsiawan dan skripsiawati JIP-FSUI)



Apakah pustakawan di Indonesia masih dianggap seperti mereka di mata pemakai??

1.

Kenal pasti topik anda

Nyatakan topik anda dalam bentuk soalan. Misalnya jika anda berminat untuk mengetahui mengenai tabiat membaca di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir, anda boleh mengutarakan persoalan seperti "Apakah faktor yang mempengaruhi tabiat membaca di kalangan pelajar tahun akhir?" Kenalpasti konsep-konsep atau katapunca-katapunca utama dalam soalan anda itu.

 

 

2.

Dapatkan maklumat latarbelakang

Apabila anda telah mengenalpasti topik dan katapunca utama untuk penyelidikan yang hendak dibuat, dapatkan satu atau lebih sumber untuk maklumat latarbelakang. Sumber ini akan membantu anda memahami penyelidikan anda dalam konteks yang lebih luas dan memberitahu anda secara umum apa yang diketahui tentang topik anda itu. Sumber latarbelakang yang sering digunakan ialah ensaiklopedia, kamus dan bibliografi. Buku teks juga boleh menjadi sumber untuk bacaan latarbelakang.

 

 

 

a)

Ensiklopedia dan Kamus

Apakah terdapat ensaiklopedia, kamus yang khusus memfokuskan tentang subjek/topik yang anda pilih. Semak melalui OPAC atau rujuk kepada Pustakawan di Kaunter Pertanyaan. Atau anda boleh ‘browse’ di rak di kawasan nombor panggilan bagi subjek tersebut di Koleksi Rujukan.

 

 

b)

Bibliografi

 

 

Baca maklumat latarbelakang dan catitkan sumber-sumber penting (buku, artikel jurnal/majalah, dll.) yang disenaraikan dalam bibliografi di akhir artikel ensaiklopedia atau entri kamus. Sumber-sumber yang dipetik dalam bibliografi tersebut merupakan ‘starting points’ yang bagus untuk penyelidikan seterusnya.

 

Dapatkan sumber-sumber ini dalam OPAc dan indeks periodikal. Perhatikan ‘tajuk perkara’ (subject heading) bagi buku tesebut (seperti yang dinyatakan dalam OPAC). Kemudian, buat pencarian melalui perkara menggunakan ‘tajuk perkara’ berkenaan untuk mendapatkan judul-judul tambahan.

 

Ingat bahawa buku atau artikel yang telah anda temui itu sendiri mempunyai bibliografi. Semak bibliografi-bibliografi ini untuk mendapatkan sumber-sumber tambahan yang berkaitan dengan topik penyelidikan anda. 

 

Adakah terdapat bibliografi yang menyenaraikan buku-buku dan artikel mengenai topik anda. Bibliografi biasanya memasukkan anotasi atau komen tentang buku/artikel yang disenaraikan dan ini boleh membantu anda dalam memilih sumber yang paling berkaitan dengan keperluan penyelidikan anda. (Buat pencarian dalam OPAC melalui perkara dan tambahkan perkataan Bibliographies kepada subjek anda, misalnya Women – Bibliographies).

 

 

 

3.

Mencari Buku

Sumber yang pertama untuk digunakan bagi mencari buku di Perpustakaan UUM ialah Katalog Perpustakaan (OPAC). Buat pencarian melalui subjek menggunakan istilah-istilah yang berkaitan topik anda. Jika anda menghadapi kesukaran mendapatkan istilah berkaitan topik anda:

 

Rujuk Library of Congress Subject Headings untuk mendapatkan istilah yang tepat dan berkaitan. (Buku LCSH ini terdapat sebanyak 4 volum berhampiran setiap terminal OPAC).

Minta bantuan Pustakawan di Kaunter Rujukan.

 

Sekiranya anda telah mempunyai judul buku tertentu dan setelah disemak melalui OPAC didapati buku tersebut tidak ada dalam koleksi Perpustakaan, anda boleh dapatkannya melalui Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) di Bahagian Sirkulasi.

 

 

4.

Mencari Periodikal dan Artikel Periodikal

Periodikal ialah penerbitan yang berterusan/berkala seperti jurnal, majalah atau suratkhabar. Ianya diterbitkan berkala (harian, mingguan, bulanan atau suku tahunan). Di Perpustakaan UUM, anda boleh mencari judul bahan periodikal melalui OPAC atau Senarai Terbitan Bersiri. Bagaimanapun OPAC tidak menyenaraikan maklumat mengenai kandungan artikel dalam periodikal. Untuk mendapatkan artikel periodikal, gunakan indeks periodikal.

 

 

 

a)

Jika anda tidak mempunyai ‘citation’ untuk sesuatu artikel, gunakan Indeks Periodikal.

 

 

Bagi mendapatkan artikel yang berkaitan topik anda, gunakan indeks periodikal (yang biasanya khusus mengikut subjek) yang bersesuaian. Indeks Periodikal terdapat dalam bentuk buku (di Bahagian Siri – Paras 4) atau dalam bentuk CD-ROM (di Bahagian Rujukan – Paras 3). Lihat brosur Pangkalan Data CD-ROM untuk mengenalpasti pangkalan data yang bersesuaian dengan topik anda atau rujuk kepada Pustakawan di Kaunter Rujukan.

 

 

 

5.

Menyemak Lain-Lain Sumber Maklumat

Lain-lain sumber maklumat yang mungkin berguna untuk anda termasuklah : dokumen-dokumen kerajaan – termasuk statistik; statistik dari sumber-sumber lain; ulasan buku; dan laporan. Rujuk kepada Pegawai di Kaunter Rujukan bagi mengetahui cara yang berkesan untuk mengakses sumber-sumber ini.

 

 

 

6.

Menilai Bahan-bahan yang telah diperolehi

Semak maklumat/bahan-bahan yang telah berjaya dikumpul. Jika terlalu banyak/terlalu sedikit, anda mungkin perlu mengecilkan/meluaskan skop topik anda.

Menilai sesuatu bahan boleh dilakukan sebelum bahan tersebut berada di tangan lagi. Anda boleh membuat penilaian awal sesuatu sumber/bahan dengan meneliti ‘bibligorafi citation’ – iaitu deskripsi bertulis sesuatu bahan. Ia mempunyai 3 komponen utama iaitu pengarang, judul dan maklumat penerbitan. Komponen-komponen ini boleh membantu anda mengenalpasti kepentingan-kepentingan sesuatu sumber itu untuk penyelidikan anda.

 

 

 

 

2 tahap penilaian

 

 

 

1)

Penilaian Awal (Initial Appraisal)

 

 

 

Buat penilaian mengenai

 

- Pengarang

 

- Tahun Penerbitan

 

- Edisi

 

- Penerbit

 

- Judul Jurnal

 

 

 

 

2)

Analisa Kandungan (Content Analysis)

 

 

 

 

 

Setelah membuat penilaian awal, sekarang anda seharusnya meniliti kandungan bahan tersebut. Baca perkata untuk mengenalpasti tujuan penulis buku ini. Skan halaman kandungan dan indeks untuk mendapat satu gambaran umum tentang kandungan keseluruhan bahan tersebut. Perhatikan sama ada terdapat bibliografi atau tidak. baca bab yang khusus memperkatakan topik anda.

 

 

 

 

 

Buat penilaian mengenai

 

Sasaran pembaca

Hujah yang objektif

Liputan

Gaya penulisan

Ulasan oleh pengulas lain

 

 

 

*

Indeks/abstrak periodikal dalam bentuk CD-ROM lebih mudah untuk digunakan dan hasil pencarian anda mungkin lebih tepat kerana anda boleh menggunakan strategi pencarian untuk mendapatkan bahan yang berkaitan keperluan penyelidikan anda.

 

 

 

 

 

*

Bagi mendapatkan artikel-artikel dari jurnal/majalah yang diterbitkan di Malaysia anda tidak boleh menggunakan Indeks Periodikal dalam bentuk CD-ROM kerana ianya tidak disenaraikan. Anda perlu menggunakan Indeks Periodikal dalam bentuk buku iaitu Indeks Majalah Malaysia yang terdapat di Paras 4, Bahagian Siri.

 

 

 

 

 

b.

Jika anda mempunyai ‘citation’ sesuatu artikel, gunakan Katalog Perpustakaan (OPAC) atau Senarai Terbitan Bersiri.

 

 

 

 

 

*

Masukkan judul dengan perkataan yang penuh (bukannya diringkaskan), masukkan beberapa perkataan awal pada judul; jangan masukkan ‘a’, ‘an’, ‘the’ di awal judul. Buat pencarian menggunakan Title dan masukkan judul jurnal/majalah berkenaan.

 

 

 

 

 

-

Jika anda ingin mencari judul, The Internal Auditor

 

 

Masukkan: Internal Auditor (tinggalkan the)

 

 

 

 

 

 

-

Jika anda mencari judul, Journal of Organizational Behavior

 

 

Masukkan: Journal of Organizational Behavior (Jangan masukkan J Org Beha.)

 

 

 

 

 

c.

Bagi mencari artikel suratkhabar, anda ada 2 pilihan:

(Lihat Panduan Bagaimana Mencari Artikel Suratkhabar di Perpustakaan)

 

 

 

 

 

*

Gunakan pangkalan data suratkhabar melalui Sistem Imejan. Anda boleh menggunakan sendiri sistem ini di Paras 3, Bahagian Rujukan. Ia adalah pangkalan data berbentuk teks penuh di mana anda boleh mencetak terus artikel berkenaan. Sistem Imejan mengandungi hanya artikel-artikel terpilih untuk topik tertentu saja (seperti yang tersenarai dalam Senarai Keratan Akhbar Imaging System) dari Suratkhabar Utusan Malaysia dan Star.

 

 

 

 

 

*

Gunakan pangkalan data suratkhabar melalui NSTP Online.

Anda tidak boleh menggunakan sendiri sistem ini dan pencarian akan dibuat oleh Pegawai Bahagian Rujukan. Anda boleh memohon topik dikehendaki dengan mengisi borang. Ia mengandungi semua artikel yang terdapat dalam suratkhabar Berita Harian, Minda Pelajar, Harian Metro, New Straits Times, Business Times, Malay Mail, singapore Straits Times, Singapore Business Times.

 

 

 

 

7.

Menulis

Terdapat banyak buku-buku yang boleh membantu anda menyusun, membuat format dan menulis hasil penyelidikan anda.

 

 

 

a)

Memilih topik, mengambil nota dan menyusun draf

 

i.

Turabian, Kate L.

 

Students’ Guide for Writing College Papers. 3rd ed.

 

Chicago : University of Chicago, 1976

 

[LB2369 T929s 1976]

 

 

 

 

b)

Menulis : Gaya dan Penggunaan

 

i.

Hodges, John C. and Mary E. Whitten

 

Harbrace College Handbook, 9th ed.

 

N. York : Harcourt, 1994

 

[PE1112 H255 1994]

 

 

c)

Hasil Akhir : Format dan Dokumentasi

 

i.

Publication Manual of the American Psychological Association.

 

Washington : APA, 1983

 

[BF76.7 P976 1983]

 

 

ii.

Turabian, Kate L.

 

A Manual for Writers of Term Papers, Theses, and Dissertations.

 

Chicago : University of Chicago, 1973

 

[LB2369 T929u 1973]

 

 

iii.

Winkler, Anthony C and Jo Ray McCuen

 

Writing the Research Paper : a Handbook with both the MLA and APA Documentation Styles. 4th ed.

 

Forth Worth : Harcourt, 1994

 

[LB2369 W775w 1994]

 

 

 

Sumber elektronik

 

 

1.

.

APA Style Guide

http://libweb.sonoma.edu/instruction/guides/style/apa.html

 

 

2.

MLA Style of Citation

http://libweb.sonoma.edu/instruction/guides/style/mlastyle.html

 

 

Sumber :  http://www.lib.uum.edu.my/ref/service/bpeny.html

 

Hosted by www.Geocities.ws

1