Kepada;
Ruangan Pendapat Utusan Malaysia.
DISEBALIK ARTIKEL- Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada akhbar Utusan kerana menyiarkan beberapa artikel saya
sebelum ini. Saya sebenarnya bukannya seorang penulis yang prolifik dan
professional malah saya akui bahawa mutu bahasa saya amat teruk namun
semuanya saya cuba juga menulis untuk mengutarakan maksud dan idea
kepada semua orang. Samada buah fikiran saya ini pragmatik atau hanya
omongan kosong saja, tuhan sahaja yang tahu, namun semoga ianya menjadi
satu daripada pemikiran kolektif dalam pembinaan negara. Maka
diharapkan artikel yang berikut ini dapat menyelamatkan Akhbar Utusan
Melayu.
Saudara Pengarang,
PAKEJ TAMBAHAN UNTUK MENYELAMATKAN UTUSAN MELAYU
Tulisan jawi tidak lagi dominan di hati umat Melayu di Malaysia namun
ianya amat diperlukan untuk menunjukkan ciri-ciri Melayu yang
asal. Walau ianya tidak akan menjadi tulisan kegunaan seharian,
sekurang-kurangnya ianya perlu berada dekat di hati insan bernama
melayu. Kelebihan mengunakan jawi boleh dijadikan alat kerahsiaan dalam
memperkatakan strategi pemikiran melayu, mengubah dasar ekonomi dan
menobatkan umat Melayu sebagai bangsa antara terbaik di dunia.
Pada pendapat saya, Utusan Melayu dan tenaga kerjanya sudah terlalu
‘uzur’ untuk menjadi akhbar harian tetapi sebenarnya kematangan Utusan
Melayu dan kakitangasnnya lebih diperlukan untuk memberikan pandangan
setiap isu terkini yang melanda. Sebelum tragedi Januari 2003,
saya telah mengumpulkan idea-idea unik untuk memartabatkan semula
Utusan Melayu semenjak awal tahun 2000 lagi. Berikut adalah
strategi baru yang unik untuk mengembalikan semula Utusan Melayu yang
bertulisan jawi;
PAKEJ KONSEP UNTUK UTUSAN MELAYU
- Utusan Melayu berfungsi seperti akhbar miingguan tabloid terbitan
sekali atau dua kali seminggu, mempunyai ciri penekanan kepada teks
yang kaya dan kurang disegi gambar visual, imej gambar majoriti hitam
putih dan kecil kurang sesuku daiz tabloid. Harga dicadangkan kurang RM
1.50.
- Akhbar menumpukan pengulasan berita secarra mingguan sementara segmen
yang lain menumpukan artikel keilmuan sesegi keagamaan, sejarah,
ekonomi, geografi, budaya seni dan sains teknologi.
- Artikel ilmiah disertakan terjemahan Ingggeris yang bertulisan rumi,
ini adalah strategi serampang dua mata untuk meningkatkan kebolehan
anak muda Melayu berbahasa Inggeris. Saiz teks Inggeris lebih kurang
separuh dari teks Jawi. Cara ini juga boleh menarik perhatian bukan
Islam atau mualaf memahami teks mengenai Islam tanpa perlu tahu
berbahasa Melayu. Tenaga kerjanya boleh diambil para graduan Universiti
Islam yang fasih berbahasa Inggeris dan berpendidikan bahasa Arab.
- Manakala iklan dibenarkan dalam tulisan rrumi berbahasa Melayu atau
Inggeris, ini untuk meningkatkan nilai komersil dan menghasilkan sumber
pendapatan akhbar. Langkah ini hanya untuk sementara, jika jumlah
naskah jualan tinggi dan stabil maka iklan boleh digunakan tulisan jawi
sepenuhnya.
PAKEJ KONSEP UNTUK UTUSAN ZAMAN
- Utusan Zaman berfungsi sebagai majalah buulanan yang diterbitkan
sekali sebulan, pengisian majalah lebih menumpukan kepada pengulasan
isu semasa secara bulanan. Artikel-artikel lain menumpukan kepada
sosio-budaya Melayu-Islam dimana liputan majalah menumpukankan aspek
visual dengan imej gambar yang banyak, besar dan berwarna-warni. Harga
dicadangkan dibawah RM 2.
- Yang lain bersamaan dengan Utusan Melayu..
Cadangan Perincian Pengisian Utusan Melayu ;
1- Muka Depan- gambar berwarna memaparkan isu semasa
2- Penterjemahan al-Quran- ruangan tetap, mempunyai terjemahan
Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 03
3- Penafsiran al-Quran- ruangan tetap, mempunyai terjemahan
Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 05
4- Hadis Nabi yang sahih- ruangan tetap, mempunyai terjemahan
Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul – 07
5- Sejarah lengkap Nabi Muhammad- ruangan tetap, mempunyai terjemahan
Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 09
6- Sejarah Lengkap Nabi dan Rasul lain- ruangan tetap, mempunyai
terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul -
11
7- Sejarah Lengkap Para Sahabat- ruangan tetap, mempunyai terjemahan
Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 12
8- Sejarah Lengkap Empayar Islam- ruangan tetap, mempunyai terjemahan
Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 13
9- Sejarah Temadun Manusia secara ringkas- ruangan tetap, mempunyai
terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul -
15
10- Sejarah Tanah Melayu daripada zaman Melaka- ruangan tetap,
mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat
terkumpul - 17
11- Pengetahuan Geografi setiap Negara Islam- ruangan tetap, mempunyai
terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul -
18
12- Artikel Sains Gunaan seperti kimia,fizik dan biologi secara am-
ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1
mukasurat. Mukasurat terkumpul - 19
13- Biodata saintis Islam dahulu kala- ruangan tetap, mempunyai
terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul -
20
14- Biodata pemimpin dan negarawan Malaysia zaman pra-merdeka- ruangan
tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat.
Mukasurat terkumpul - 21
15- Artikel berkenaan alam-sekitar- ruangan tetap, mempunyai terjemahan
Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 22
16- Artikel berkenaan teknologi terkini- ruangan tetap, mempunyai
terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul -
23
17- Ruangan belajar dengan ringkas bahasa
Arab-Mandarin-Tamil-Inggeris-Perancis- peruntukan 1 mukasurat Mukasurat
terkumpul - 24
18- Pengalaman dan latar belakang warga emas- peruntukan 1 mukasurat.
Mukasurat terkumpul - 25
19- Resepi masakan- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 26
20- Panduan berkebun dan lanskap- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat
terkumpul - 27
21- Hiasan dalaman dan fesyen busana terkini- peruntukan 1 mukasurat.
Mukasurat terkumpul -28
22- Segmen warisan meliputi alat-perkakas lama- peruntukan 1 mukasurat.
Mukasurat terkumpul - 29
23- Lokasi Pelancongan- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 30
24- Lokasi tempat makan- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul -
31
25- Kumpulan hadis lemah disertakan penjelasan dan hujah kelemahan
hadis, terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat
terkumpul – 33
26- Teks Hikayat Melayu Purba- ruangan tetap, peruntukan 2 mukasurat
disertakan terjemahan Rumi-Inggeris. Mukasurat terkumpul - 35
27- Teks Sastera Melayu moden seperti siri novel masyhur yang melebihi
usia 30 tahun, ruangan tetap, peruntukan 2 mukasurat dan disertakan
terjemahan Rumi-Inggeris. Mukasurat terkumpul - 37
28- Muka belakang sekali- gambar permandangan bertemakan Islam, manusia
dan alam sekitar, sumbangan orangramai, berwarna. Mukasurat terkumpul –
36
Maka diharapkan penambahan inovasi ini dapat mengembalikan Utusan
Melayu ke majoriti rumah orang Melayu. Saya cuma mencadangkan idea
sahaja, terpulanglah kepada pihak pengurusan Utusan Melayu untuk
membuat beberapa perubahan demi kelangsungan Utusan Melayu.
Sumbangan – Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Terengganu
Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri Bin Muda Sila
lawat:www.geocities/ramzamuda/ramz1.html
I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kampung Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang Terengganu
No.tel.: 013 952 29 18
Pendidikan: Bac.Sc. Biotechnology, UPM Serdang 1992-1998