Saudara pengarang,
Fenomena kenaikan harga minyak yang
terlalu membebankan penduduk dunia termasuklah kebanyakan rakyat di negara
kita mengheret seluruh dunia ke arah merudumnya ekonomi sejagat kerana kenaikan
harga minyak bermakna kenaikan kos semua perkara dalam kehidupan manusia.
Kenaikan kos sejagat dan penurunan kadar pengeluaran makanan dunia akibat
cuaca dunia yang tidak menentu menambahkan lagi ketidakstabilan ekonomi dunia
kerana harga makanan asas telah meningkat berkali-ganda mencetuskan inflasi
yang tidak boleh dielakkan lagi.
Maka itu pengurangan kebergantungan kepada sumber tenaga minyak sedang hangat
diperdebatkan dimana tenaga nuklear adalah diantara yang dipertimbangkan.
Penghasilan elektrik daripada tenaga nuklear sememangnya bersih tetapi terdapat
risiko tinggi yang perlu ditanggung iaitu risiko kebocoran radioaktif dan
sekiranya berlaku pengulangan ''Peristiwa Chernobyl'', kesan liputan pencemaran
adalah bersaiz Asia Tenggara ini dan akan
mengambil masa setengah abad untuk pulih sepenuhnya. Disamping itu kos bahan
mentah seauns adalah lebih mahal dari emas atau berlian manakala kos pembinaan
loji tenaga juga amat tinggi dan mengambil masa yang lama untuk dibina. Bahan
mentah uranium juga agak terhad dan amat sukar diperolehi. Dianggarkan sumber tenaga nuklear hanya
bertahan kurang 50 tahun sahaja sekiranya semua sumber mentahnya digunakan
semua negara dunia. Tenaga nuklear lebih diperlukan untuk tujuan penyelidikan
dan perlu disimpan untuk kegunaan masa
hadapan ( untuk pengembaraan angkasa lepas atau sebagai pertahanan bumi
dimana boleh diguna untuk melindungi daripada ancaman luar jangka hentaman
asteroid atau komet ).
Namun begitu terdapat sumber tenaga lain yang lebih praktikal untuk negara
kita yang beriklim tropika ini iaitu sumber tenaga biomass. Tenaga
biomass adalah sumber tenaga yang tertua yang pernah manusia ketahui. Penemuan
penggunaan api daripada pembakaran kayu untuk memasak makanan membezakan
manusia dengan makhluk tuhan yang lain di muka bumi.
Sumber tenaga biomass juga amat mudah diperolehi disamping ia adalah sumber
yang murah dan sentiasa diperolehi. Jika kita mengungkitkan tentang pencemaran
akibat pengunaan bahan bakar biomass, pada hakikatnya keseimbangan karbon
dioksida adalah sifar kerana setiap gas karbon dioksida dihasil diserap-semula
oleh tanaman biomass. Manakala pembakaran biomass adalah semulajadi, bebas
dioksin dan tiada bahan CFC.
Sumber bahan biomass yang sedia ada di negara kita contohnya adalah sampah organik bandaran (
mestilah bebas daripada bahan plastik dan getah terubah-suai ) , jerami padi,
sisa kilang kelapa sawit,
sisa ladang getah dan ladang kelapa sawit.
Kaedah penghasilan elektrik daripada tenaga biomass boleh disepadukan dengan
operasi insinerator seperti mana yang banyak terdapat di negara Jepun. Malah
industri tenaga biomass boleh mengembangkan industri sampingan yang lain
seperti aktiviti penanaman ladang biomass dan aktiviti pengasingan sampah.
Penggunaan sumber biomass secara komersial akan menambah kualiti alam sekitar kerana
penanaman pokok biomass yang lebih banyak akan menyerap lebih banyak gas
karbon dioksida.
Penanaman pokok sumber biomass boleh dibuat di kawasan tanah terbiar, tepian jalanraya
dan kawasan pantai terbiar. Manakala jenis pokok sumber biomass cepat tumbuh
yang sesuai ditanam adalah seperti beberapa spesies buluh, rhu , akasia mangium
malah rumput lalang pun boleh digunakan.
Model ujian loji tenaga biomass secara kecil-kecilan boleh dilaksanakan seberapa
segera dengan berpandukan teknologi dari Jepun sebelum dinaiktaraf
kepada loji yang lebih besar apabila kita lebih berpengalaman.
Penguasaan teknologi biomass juga membolehkan kita mengeksport semula kepakaran
teknologi tersebut ke negara-negara membangun yang lain. Teknologi tenaga
biomass jika dilaksanakan secara besar-besaran di peringkat global akan turut
menyumbang keseimbangan alam sekitar yang lebih baik. Ia juga menjanjikan
masa depan planet bumi yang lebih aman, makmur dan bahagia.
Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat tambahan;
No. I/c : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kg. Rawai, Bukit Payong, 21400
Marang.
Laman web : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 24-07-2008 12.50pm