Artikel : Kaedah menurunkan kos sara hidup dikala kos bahanapi
tinggi
Formula baru pengagihan subsidi bahanapi baru-baru ini yang mula dilaksanakan
oleh Kerajaan Malaysia, sedikit-sebanyak
dapat mengurangkan pengaliran keluar bahanapi subsidi ke negara jiran. Jika
tidak tentunya negara akan kehilangan lebih banyak kebocoran sumber wang
cukai rakyat untuk kegunaan orang luar yang tidak berhak.
Memandangkan kita menghadapi kenaikan harga bahanapi yang tertinggi di dalam
sejarah dunia, tentunya mengubal dasar yang bersesuaian untuk menangani permasalahan
ini adalah sukar sekali. Kita tidak pernah dibayangi harga kos minyak dunia
melebihi US $100, maka itu perubahan dasar secara drastik amat dialu-alukan
oleh kita semua.
Perubahan dasar bagi menangani permasalahan penyeludupan bahanapi dan barang-barang
kawalan yang lain ke luar negara secara jangka panjang amat diperlukan. Kaedah
menurunkan kos sara hidup dengan cara pengagihan barang keperluan asas berkos
rendah bukan lagi jawapan yang tepat untuk mengatasi masalah tersebut, penurunan
kos sara hidup perlu diformulasi semula dimana melibatkan barangan
sudah siap atau harga perkhidmatan yang berkos lebih rendah.
Kita semua tentunya sudah maklum bahawa negara yang mempunyai kos sara hidup
tinggi tidak semestinya tidak boleh menghasilkan produk yang lebih murah,
ambil contoh negara Jepun dan Korea Selatan yang mana mampu
menghasilkan kereta yang amat murah walaupun menggunakan bahan mentah pada
harga pasaran semasa. Ataupun mencontohi negara jiran seperti Thailand yang
mampu menghasilkan produk makanan segar atau ditinkan pada harga yang jauh
lebih kompetitif daripada kita walau harga kos bahanapi mereka adalah mengikut
pasaran dunia.
Maka itu beberapa perkara masih kita terlepas pandang dimana kita perlu ketengahkan
dalam memformulasikan dasar-dasar yang bersesuaian untuk tujuan tersebut.
Kos sara hidup tetap boleh diturunkan walaupun harga bahan asas lebih mahal
iaitu dengan cara kita merendahkan kos pengangkutan awam, caj-caj
perkhidmatan awam atau swasta seperti harga borang manakala rakyat termiskin
dan berpendatan rendah mendapat bantuan secara langsung daripada kerajaan.
Manakala para pengeluar bahan mentah tempatan seperti di bidang pertanian,
penternakan dan perikanan perlu diberikan ganjaran insentif bersesuaian dengan
pengeluaran mereka.
Pihak swasta juga boleh berperanan bersama-sama untuk merendahkan kos hidup
rakyat dengan menurunkan harga barang [ bukan jenis bahan makanan ] dan perkhidmatan
seperti kadar sewa hotel, khidmat gunting rambut dan sebagainya. Ini akan
secara langsung akan meningkatkan bilangan pelanggan walaupun pada kadar
untung lebih rendah.
Langkah-langkah tersebut diharapkan dapat mengurangkan sedikit kesan-kesan
kenaikan harga bahanapi dunia.
Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu
Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda