Turunkan kadar faedah pinjaman perumahan rangsang ekonomi
Saudara pengarang,
Kelembapan ekonomi dunia yang terjadi akibat kesan langsung kenaikan harga minyak begitu
dapat dirasai oleh kita semua, setiap orang kini perlu berfikir panjang untuk
berbelanja terutamanya mereka yang sudah mendirikan rumah-tangga dan sudah
mempunyai beberapa orang anak. Bebanan hidup yang semakin bertambah walaupun
kini sudah menjadi kebiasaan pasangan suami-isteri bekerja menyebabkan ramai
daripada mereka kini tidak boleh lagi menyimpan hasrat untuk mempunyai rumah
sendiri atau memakai kenderaan yang lebih selesa.
Maka itu, penurunan kadar faedah pinjaman perumahan diharapkan dapat mengurangkan
beban kepada bakal pembeli dan seterusnya dapat menarik minat lebih ramai
orang untuk membeli hartanah dikala pasaran kurang menarik minat kini.
Insentif pengurangan kadar faedah pinjaman perumahan untuk rumah baru buat
atau rumah sudah siap dicadangkan pada sekitar purata di bawah 6% dan juga
dicadangkan dilakukan kelonggaran pemanjangan tempoh bayar balik 25 tahun
hingga 40 tahun, dimana pembayaran boleh diambil-alih oleh keluarga terdekat
seperti anak atau cucu atau mengikut pembahagian harta pusaka.
Diharapkan cadangan-cadangan ini dapat dipertimbangkan dilaksanakan dengan
seberapa segera mungkin dapat juga merangsang pengembangan ekonomi negara
secara positif dimana lebih ramai rakyat mampu membuat pinjaman perumahan.
Kadar faedah yang tinggi sekarang ini adalah kadar lama yang telah ditetapkan
dikala kos sara hidup kita 5 tahun sebelum ini yang jauh lebih rendah manakala
lebih banyak rumah dibeli bermakna lebih banyak perbelanjaan akan dilakukan
untuk mengubahsuai semula rumah, pembelian barang kelengkapan rumah baru
dan merangsangan lebih banyak rumah untuk disewa ( apabila
penyewa asal berpindah rumah sendiri ).
Maka itu, pasangan suami-isteri yang baru sahaja berkahwin akan dapat pula
peluang hidup di rumah sendiri dan tidak lagi menumpang di rumah ibu-bapa
mereka. Kadar bayaran untuk perumahan yang lebih rendah juga dapat merangsang
rakyat untuk berbelanja lain iaitu membeli kenderaan tambahan seperti kereta
kedua atau motorsaikal tambahan atau sekurang-kurangnya dapat memberi peluang
isirumahnya untuk pergi melancong di dalam negara dan seterusnya juga dapat
menyumbang sedikit-sebanyak terhadap ekonomi negara.
Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
Tarikh : 30 Julai 08, 3.15am
Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu
Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda