Saudara Pengarang,
Langkah tambahan menghadapi penularan selsema burung daripada Kelantan
Kejadian kes selsema burung yang berlaku di Kelantan terjadi kerana
kecuaian manusia kerana melakukan perkara-perkara yang tidak patut
dilakukan ketika wabak tersebut berluasa di Selatan Thailand.
Penyeludupan dan pembelian ayam hidup atau ayam sudah diproses dari
luar haruslah diberhentikan sama-sekali oleh pihak awam tanpa perlu
menanti ianya dibanteras dan disekat oleh pihak berkuasa.
Individu-individu yang mengaut sedikit keuntungan dari aktiviti
penyeludupan haruslah memikirkan kepentingan masyarakat setempat,
kepentingan diri haruslah diletak terkemudian daripada kepentingan awam
keseluruhannya.
Apa yang sudah berlaku, tidak boleh dielakkan lagi. Kejadian beberapa
kes selsema burung yang berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang perlu
diambil langkah lebih pro-aktif daripada pihak awam baik di negeri
Kelantan sendiri malah negeri-negeri berjiran. Walaupun wabak sudah
berlaku, kita haruslah mengecilkan lagi risiko penularan dengan
beberapa langkah berikut;
1- Haiwan ayam-itik di kawasan sekitar rumah haruslah diperkecilkan
bilangannya, biarlah tinggal beberapa ekor untuk tujuan baka. Bilangan
ternakan boleh ditambah semula selepas wabak betul-betul berakhir.
2- Ternakan ayam-itik yang masih ada tidak dibenarkan berkeliaran,
setiap rumah haruslah menyediakan tempat kurungan dan diberi air
minuman yang bersih daripada paip ataupun telah dimasak dan bukannya
air sawah atau parit (mengelakkan pencemaran air oleh virus).
3- Setiap ayam-itik yang telah disembelih walaupun tidak berpenyakit
haruslah dimasak terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti-sejuk.
Cara yang paling baik untuk memusnahkan sebarang pencemaran patogen
penyakit ialah memasak dengan fungsi memanggang ketuhar gelombang
mikro. Bagi yang tidak berkemampuan, mereka boleh memilih cara merebus
atau mengukus lebih masa.
4- Sisa najis ternakan atau sisa sembelihan haruslah dibakar bersama
dengan sampah.
5- Burung-burung liar perlu dihalau jauh dari kampung dengan cara
letupan atau rakaman suara burung pemangsa seperti helang dan burung
hantu.
Diharapkan beberapa langkah kecil tersebut dapat membantu sedikit
sebanyak kepada orang awam bagi mengurangkan risiko penularan wabak
selsema burung di negara kita.
Oleh : Mohd. Zamri Muda, Bukit Payong, Terengganu.
Maklumat Peribadi;
Alamat: 131 Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
No. Tel. : 013 902 50 15
No.ic : 740102-11-6391
Sila lawati www. Geocities. Com/ramzamuda untuk senarai idea