Saudara Pengarang,

Harga Tiket Rendah - Katakunci Utama Kesesakan Lalulintas KL

Penggabungan syarikat-syarikat pengangkutan rel dan bas di bawah pengurusan satu syarikat tunggal memulakan satu era baru pengangkutan awam di Bandaraya Kuala Lumpur yang lebih menyakinkan. Pemimpin kita mempunyai impian untuk melihat keghairahan penduduk menggunakan pengangkutan awam seperti di kotaraya Tokyo, London,Paris, New York dan Armterdams akan tercapai. Namun kemungkinan besar integrasi hanya berjaya setakat  memudahkan perjalanan disegi keseragaman tiket dan kesinambungan setiap stesen pengangkutan. Saya percaya masyarakat awam masih kurang menggunakan sistem pengangkutan awam dan kesesakan lalulintas tetap akan menghantui KL.
    Ada orang berkata, "Infrastruktur di Malaysia bertaraf dunia maju tetapi penduduknya masih bermentaliti dunia ketiga." Bekas Perdana Menteri kita- Tun Dr Mahathir berkerja keras sebelum ini untuk menyediakan tapak asas  yang kukuh untuk negara kita menjadi negara maju tetapi majoriti masyarakat kita masih bermentaliti negara membangun. Memang benar jika dihayati sepintas lalu tetapi tidakkah kita terfikir bahawa adakah penduduk negara kita berpendapatan setaraf dengan mereka di negara maju. Untuk siapakah pengangkutan rel disediakan, apakah untuk pekerja bawahan, surirumah dan budak sekolah dari keluarga kelas menengah dan bawah. Mereka lebih senang menggunakan motorsikal dan prebet sapu. Manakala para pekerja atau keluarga berpendapatan mewah bermentaliti -lebih baik menggunakan kereta sendiri, bajet minyak lebih murah dari harga tiket. Maka mereka lebih rela berada dalam kesesakan jalanraya.
    Bagi menangani mentaliti tersebut, sesuatu harus dilakukan untuk diwujudkan mentaliti- lebih baik menggunakan pengangkutan awam, lebih bajet berbanding dengan minyak kenderaan sendiri atau tambang kereta prebet sapu. Maka kajian terperinci harus dijalankan untuk menentukan harga tiket pengangkutan rel yang amat berpatutan kepada orang kebanyakan. Saya percaya harga tiket yang rendah merupakan kata kunci utama untuk menarik orang ramai penggunakan pengangkutan awam di KL. Pengenalan tiket pengangkutan yang  murah lebih berkos rendah berbanding dengan jika kerajaan memperuntukan ratusan juta ringgit untuk membina lebuhraya dalam bandar yang baru dan menambah bilangan laluan baru di jalan sedia ada.
Di samping itu, sistem pengangkutan bas mini yang berimej baru harus diperkenalkan semula. Sememangnya bas mini amat diperlukan sebagai pelengkap kepada pengangkutan rel. Idea pengenalan bas mini adalah sebenarnya amat baik tetapi diakhir operasi, imejnya tercemar teruk dengan disiplin pekerja dan memalukan disegi rekabentuknya yang ketinggalan zaman.
Bas mini masih lagi relevan dengan masa kini jika pemandunya dengan konduktornya amat berdisiplin dan rekabentuk bas ultramoden dan berenjin senyap. Kita mempunyai ramai bekas anggota keselamatan yang bersara dimana disiplin kerjanya boleh dipercayai. Tarikan kepada perkhidmatan bas mini boleh ditambah lagi dengan penggunaan tiket separuh harga bagi jarak sangat dekat atau separuh perjalanan. Kita mempunyai Syarikat Inokom boleh ditugaskan untuk merekabentuk bas mini millenia baru dengan pilihan berenjin gas asli, biodiesel atau elektrik yang lebih mesra alam dan berenjin senyap. Para pengguna kereta boleh 'diseksa' dengan cara ditambahkan lagi laluan sehala ( di mana ianya disesuaikan dengan keperluan laluan bas sahaja ) tanpa perlu dijalankan sekatan tertentu sepertimana di negara Singapura atau di Jepun.
Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Jika di kotaraya besar, kebanyakan pekerja tinggal di sekitar 100 kilometer daripada pusat bandaraya. Mereka lebih selesa menggunakan keretapi elektrik daripada menggunakan kereta sendiri. Tetapi perkara ini tidak berlaku di negara kita. Kenapa dan mengapa ia terjadi sedemikian… bersamalah kita fikirkan bersama. Diharapkan cadangan saya ini dapat sedikit sebanyak menghuraikan kekusutan permasalahan kesesakan di Bandaraya Kuala Lumpur.
Nukilan- Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang

Maklumat Peribadi:
Nama: Mohd Zamri B- Muda  No. i.c. : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. tel. : 013 952 29 18

Hosted by www.Geocities.ws

1