PEMBINAAN TERUSAN PINGGIRAN KOTA KL SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA PROJEK TEROWONG AIR BERKOS TINGGI

Saudara Pengarang,

    Cadangan pembinaan terowong bawah tanah yang bernilai lebih sebilion ringgit sememangnya amat dialu-alukan kerana ianya menjanjikan satu lagi pemindahan teknologi tinggi untuk kegunaan negara. Namun ada baiknya terowong tersebut digunakan untuk laluan keretapi bawah tanah untuk kegunaan pengangkutan orang ramai yang murah dan jimat. Apa yang merunsingkan saya ialah sikap manusia yang tinggal di ibukota yang sering membuang sampah akan menyebabkan terowong itu tersumbat, kalau tidak terowong itu yang tersumbat saya bimbangi ialah saluran air yang hendak masuki terowong tersebut yang tersumbat terlebih dahulu maka hasrat untuk menyalurkan air tidak tercapai langsung. Lagi darsyat jika terowong itu sendiri yang tersumbat tentu perlu diadakan pasukan penyelam untuk menyelesaikan masalah tersebut yang berada setengah kilometer di bawah tanah sana atau membelikan sebuah kapal selam untuk menangani masalah itu.

    Maka disini saya ingin mengingatkan anda semua akan punca masalah sebenar akan terjadi banjir kilat tersebut;

1- Litupan muka bumi oleh bangunan batu dan jalanraya menyebabkan tanah setempat tidak lagi dapat menerima dan menyerap semaksimum mungkin air hujan yang turun.

2- Hakisan tanah kerana merosotnya litupan hijau di kawasan hulu legihan sungai menyebabkan larian air lebih cepat dan tidak diserap di kawasan hulu. Ianya juga mengakibatkan tanah mendak.

3- Sampah-sarap yang menyekat longkang dan parit melambatkan aliran. Boleh dikatakan hanya kawasan Segitiga-Emas sahaja yang bersih tetapi selain itu anda sendiri yang tahu dan maklum.

4- Sememangnya Kuala Lumpur adalah kawasan lembah yang berasal-usul dari kuala yang berlumpur yang telah disumpah untuk banjir setiap kali hujan.

Daripada empat sebab tersebut hanya yang pertama dan keempat sememangnya tidak boleh dielak dan hanya yang kedua dan ketiga boleh kita atasi iaitu memperbanyakkan lebih litupan pokok hijau dan rumput di kawasan hulu. Dan juga masalah sampah perlu diatasi dengan kadar segera dimana pihak kerajaan melipat-gandakan kempen guna-semula dimana penubuhan kedai (outlet) khas yang menerima dan membeli  sisa sampah guna-semula. Manakala syarikat dan kilang yang terlibat memproses bahan guna semula diberikan insentif berganda dan kedudukan yang istimewa.

    Bagi menjawap persoalan bagaimana jika banjir kilat masih terus berlaku, kita patut mempertimbangkan satu sistem penyaliran air yang efisien dan kos selenggara yang rendah. Maka di sini saya mencadangan satu alternatif mudah iaitu satu sistem terusan gergasi yang dinamakan sebagai Terusan Pinggiran mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur dan mempunyai laluan terus ke laut. Berikut adalah ciri-ciri kasarnya:

1- Kelebaran  melebihi 100 meter dan kedalaman melebihi 15 meter, dibina seakan-akan mengelilinggi Bandaraya Kuala Lumpur, mempunyai beberapa pintu air dan mempunyai outlet langsung terus ke laut

2- Terusan dibina melalui kawasan pinggiran kota menggunakan tanah persendirian, ini mungkin satu pembaziran duit kerajaan kerana melibatkan kos pengambil-alihan tanah mengikut pasaran semasa tetapi kehadiran terusan ini menambah nilai disegi estetika lanskap pinggiran air dan nilai rekreasi.

3- Rekabentuk terusan yang lebar, tidak seberapa lurus(sedikit berlengkang-lengkok) dan luas memberikan pandangan sebuah sungai besar yang indah maka boleh dibinakan;
i) Perumahan berkonsep water-front atau river-front.
ii) Taman rekreasi untuk jogging.
iii) Tempat makan mengadap sungai.
iv) Tapak sukan air dan berkayak

4- Ketika musim hujan monsun, semua pintu air dibuka sepenuhnya dan terusan  berfungsi semaksimumnya untuk menerima lebihan air dari hulu, bahagian dari luar KL dan dari dalam bandaraya itu sendiri.

5- Ketika diluar musim banjir kilat, pintu air terusan ditutup dan air dari hulu sungai disalurkan kedalam terusan sehingga memenuhi terusan.

Saya anggarkan ianya mungkin menelan kos yang sama dengan pembinaan terowong tetapi cuba kita fikirkan bersama pembangunan kemanusiaan yang terhasil daripada kehadiran Terusan Pinggiran. Cuba anda bayangkan perbezaan melihat permandangan persimpangan sungai di Masjid Jamek dengan kesayupan permandangan Terusan Pinggiran.


DARIPADA- RAMZAM MUDA, RAWAI , BUKIT PAYUNG, TERENGGANU.
TARIKH : 14 JUN 2003

I/C 740102-11-6391
NAMA SEBENAR : MOHD ZAMRI B- MUDA
ALAMAT : 131 KG RAWAI, BUKIT PAYUNG, 21400 MARANG TERENGGANU
TELEFON : 013 952 29 18
1- PENDIDIKAN : BACHELOR SAINS BIOTECHNOLOGY, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

Hosted by www.Geocities.ws

1