Saudara Pengarang,

Penggunaan Terowong Letak-Pasang-Timbus Penyelesaian Lereng Cerun Runtuh

    Kejadian lereng cerun runtuh kembali terpapar di dada akhbar dan jalan penyelesaian muktamad masih belum dapat dicari. Setakat ini mungkin pemantauan kawasan-kawasan yang sensitif harus diutamakan. Dengan keadaan hujan monsun sekarang tentunya banyak kawasan  cerun di lebuhraya di seluruh negara menjadi merbahaya dan berisiko tinggi kepada pengguna.

     Inilah risiko yang terpaksa kita hadapi apabila menjalankan pembangunan yang berteraskan kos kontrak yang paling terendah. Memang lebih mudah dan murah kepada para kontraktor jika laluan kawasan berbukit hanya perlu ditereskan dan digondolkan sebahagian bagi membina lebuhraya yang lebih lurus. Namun padahnya mendatang hanya menantikan peluang yang tiba. Jawapannya harta dan nyawa dipertaruhkan.

    Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengambil sikap melatah dan menuding jari mencari angkara salah siapa tapi bersama mencari jalan keluar menyelesaikan masalah. Disini, saya ingin mengongsikan cadangan idea saya yang unik untuk mengatasi masalah kejadian tanah runtuh di cerun bukit iaitu membina sistem laluan separa terowong di kawasan berisiko tinggi kejadian tanah runtuh. Idea ini bertitik tolak dari beberapa fakta yang menarik pemerhatian saya sebagai warga negara biasa.
    Fakta pertama ialah penekanan konsep penyesuaian pembangunan mengikut mukabumi asal oleh bekas Perdana Menteri kita - Tun Dr. Mahathir. Hal-hal yang terperinci tidak perlu saya huraikan kerana kita tentu sedia maklum akan hal ini sebelum ini. Fakta kedua ialah konsep pembinaan laluan keretapi bawah tanah dan di Putrajaya dan Cyberjaya yang menggunakan struktur terowong pasang-siap dimana tanah dikorek kemudian struktur dipasangkan dan akhirnya sturktur ditimbus. Cara ini amat bijak dimana dapat menjimatkan kos dan memudahkan kerja.
    Jika konsep ini diaplikasikan kepada tanah bercerun berisiko tinggi, kita hanya perlu menarah laluan terbabit kemudian dipasangan struktur terowong pasang-siap dan akhirnya cerun yang tidak stabil itu diruntuhkan untuk menimbus struktur terowong. Kaedah ini amat rendah kosnya berbanding jika kita membina sistem terowong menembusi bukit dengan cara korekan mendatar sepertimana Terowong Karak dan apa yang lebih penting ialah mensifarkan risiko tanah runtuh dan kos penselenggaraan yang rendah. Kawasan cerun yang gondol boleh ditanam dengan pokok hutan balak asal. Pokok hutan semulajadi adalah struktur penstabil cerunan yang paling tepat bukannya struktur kontrit atas teres rumput.

    Maka tidak perlu lagi kita melihat permandangan cerun berteres yang ditanam dengan rumput dan perlu diselenggara setiap bulan. Kita tidak sanggup lagi melalui kawasan bercerun tinggi dan berasakan diri seolah-olah sang semut halus memanjat gunung tepung. Apakah perasaan anda sendiri apabila melalui kawasan gondol bercerun tinggi di lebuhraya disaat ketika hari hujan lebat. Diharapkan cadangan ini dapat membuka sedikit jalan keluar akan masalah tanah runtuh di lebuhraya. Kajian dan eksperimen perlu diadakan kerana cadangan ini bukan jawapan sempurna kepada permasalahan ini. Saya hanya memberi pendapat sebagai alternatif pilihan sahaja.

Nukilan-Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang, Terengganu

Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd.Zamri Bin Muda
No.I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. Tel.: 013 952 29 18
Pendidikan : Bac. Sc.Biotechnology 1998 UniPutra Serdang
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda

Hosted by www.Geocities.ws

1