Saudara Pengarang,
Strategi baru guna tenaga kerja di Malaysia / Mensifar pendatang asing
dengan strategi guna tenaga yang baru
Laporan terkini berkenaan guna tenaga kerja di negara kita amat
membimbangkan. Lambakkan tenaga kerja asing di negara kita lebih banyak
memberikan kesan negatif terutama di segi keselamatan warga penduduk
Malaysia. Tujuan asal pengisian tenaga asing disebabkan oleh ketiadaan
tenaga kerja tempatan melakukan kerja-kerja yang kurang diminati oleh
orang tempatan. Sebenarnya Malaysia mempunyai tenaga kerja yang
mencukupi bagi melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh tenaga kerja
asing.
Tenaga kerja tempatan khasnya para belia tidak berminat melakukan
kerja-kerja yang dilakukan oleh pendatang asing kerana mereka mempunyai
matlamat kerjaya kehidupan yag sebegitu tinggi dimana mereka mahu
mempunyai impian peribadi contohnya mahukan sebuah rumah sendiri,
kereta sendiri atau sebidang tanah sendiri. Bukannya seperti pendatang
asing yang bekerja semata-mata untuk mendapat sedikit pendapatan
bagi meneruskan hidup keluarga di negara asal mereka.
Tekanan untuk berjaya dan mempunyai harta menyebabkan belia tempatan
lebih rela duduk menganggur di rumah daripada melakukan sebarang kerja.
Ketiadaan sikap fleksibeliti menyebabkan majoriti belia lebih suka
memilih kerja makan gaji atau bekerja dengan kerajaan. Maka itu satu
dasar baru guna tenaga kerja perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan
bagi menangani kegunaan tenaga kerja tempatan sepenuhnya tanpa perlu
mengimport tenaga kerja asing.
Secara ringkas, dasar tersebut mendekati formula tertentu seperti
penetapan had minima umur lebih tinggi untuk kelayakkan kerja dengan
kerajaan dan melanjutkan tempoh persaraan bekerja dengan kerajaan. Dua
elemen tersebut memainkan peranan penting bagi menjana lebihan berganda
tenaga kerja di Malaysia. Tentu sekali ada sesetengah pihak akan
melenting dan melatah jika diungkitkan perkara tersebut tetapi kita
mestilah terdahulu mempertimbangkan dahulu rasional disebaliknya.
Peranjakan paradigma dan juga pemikiran lateral ( lateral thinking )
seharusnya perlu dilakukan sebelum menolak bulat-bulat idea yang
baru.
Dasar pertama dicadangkan penetapan umur minima 30 tahun dan maksima 35
tahun sebagai kelayakkan umur baru kemasukkan pekerja baru kerajaan
tetapi ianya tidak perlu dibuat secara total. Bagi perkhidmatan
kritikal atau berkepakaran tinggi tiada had umur perlu dilaksanakan
contohnya perkhidmatan keselamatan ( polis, tentera ), kesihatan (
doktor, jururawat ), pendidikan ( guru ) atau mana-mana jawatan
memerlukan kepakaran dalam bidang tertentu.
Pelaksanaan dasar tersebut membolehkan anak muda Malaysia mempunyai
tempoh ‘honeymoon’ selama 12 tahun ( jika tidak melanjutkan pelajaran
selepas SPM ). Pada tempoh tesebut, mereka tidak mepunyai tekanan untuk
memilih pekerjaan. Maka mereka tidak akan keberatan untuk mengisi
perkhidmatan dalam bidang pertanian, perumahan atau mana-mana sektor
perkhidmatan berkolar rendah walaupun mempunyai kelayakkan akademik
yang tinggi. Dalam tempoh itu juga, para belia boleh menimba pelbagai
pengalaman dengan pelbagai jenis kerja yang pernah dilakukannya. Ini
akan membentuk minda dan kemahiran tinggi dikalangan belia.
Kepada golongan belia yang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi
kini boleh belajar dengan lebih seronok tanpa memikirkan akan kerjaya
selepas graduasi atau tekanan untuk mencapai impian hidup. Kemungkinan
besar graduan yang dihasilkan lebih berjaya dan mempunyai keyakinan
tinggi. Bagi golongan wanita pula, dasar pekerjaan yang baru memberikan
ruang kepada mereka memilih untuk menumpukan kepada rumahtangga
terlebih dahulu. Apabila anak-anak besar sedikit, iaitu ketika wanita
tersebut berusia awal 30an. Maka mereka tidak mempunyai sebarang
sekatan untuk mempunyai kerjaya.
Manakala usia persaraan sudah patut dianjakkan kerana purata jangka
hayat penduduk Malaysia sudahpun meningkat berbanding dengan 30 tahun
yang lalu. Di segi kekuatan fizikal, penambahan 5 tahun adalah relevan
bagi semua jawatan manakala bagi jawatan yang hanya memerlukan
kepakaran dan pengalaman boleh dilanjutkan sehingga 10 atau 15 tahun.
Diharapkan cadangan-cadangan tersebut dapat memberikan sedikit jalan
keluar dalam menangani masalah guna tenaga kerja di Malaysia tercinta.
Saya tidak menjamin cadangan tersebut merupakan jawapan sempurna bagi
menjawab permasalahan tersebut. Anggaplah cadangan saya hanyalah salah
satu pilihan alternatif yang boleh diambil. Saya percaya ada seseorang
di Malaysia ini yang boleh memberikan cadangan yang lebih baik bagi
menjawab masalah tersebut.
Oleh : Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat Peribadi;
No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kampung Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.
No. Telefon : 019 902 50 15
Sila lawati : www.geocities.com/ramzamuda untuk salinan edisi on-line