Saudara Pengarang,
Segera majukan sumber tenaga bio
Kenaikkan mendadak harga minyak dunia baru-baru ini telah pun
menampakkan kesan-kesannya terhadap kos pengangkutan, makanan dan
perkhidmatan di negara kita secara amnya. Gara-gara pergolakkan di bumi
Iraq, harga minyak tetap melambung naik walaupun negara OPEC telah
melakukan pengeluaran berlebihan. Kemungkinan pasaran minyak dunia
telah dimanipulasikan oleh kuasa barat tidak boleh ditolak. Malaysia
sebagai negara kecil yang mempunyai sedikit sumber asli dan teknologi
perlu mengambil langkah terkehadapan bagi menangani isu tenaga ini
dengan segera memajukan sumber-sumber tenaga bio. Malaysia perlu
melawan arus dengan penggunaan tenaga bio yang sentiasa berkekalan dan
bukannya sumber petroleum yang terhad dimana mudah dimanipulasi
harganya oleh kuasa barat.
Sumber tenaga bio terbahagi kepada tiga kategori iaitu biomass,
biopetroleum dan biogas. Sumber biomass seperti sisa daunan, tandan dan
batang pelepah pokok kelapa sawit boleh digunakan sebagai bahan bakar
untuk stesen janakuasa elektrik. Sementara itu, sisa berkayu dari
pembuangan sampah domestik juga boleh digunakan manakala ladang-ladang
tanaman biomass seperti pokok buluh, rhu, akasia dan eukaliptus perlu
diwujudkan di kawasan tanah kampung dan tanah pantai terbiar. Kewujudan
stesen janakuasa daripada biomass boleh mengantikan penggunaan stesen
janakuasa hidro dimana negara kita sudah kekurangan rezab legih sungai
yang sesuai lagipun khazanah biodiversiti negara tidak lagi boleh
dikorbankan di kawasan tersebut.
Sumber biopetroleum adalah etanol dan biodiesel diperbuat daripada
minyak sawit atau gabungan diantara kedua bahan itu. Bahanapi etanol
yang mempunyai kuasa membakar sama seperti minyak petrol boleh
dihasilkan daripada penapaian bahan berkanji seperti kanji sago dan ubi
kayu. Penghasilan besar-besaran tanaman sago dan ubi kayu bagi
menghasilkan biopetroleum boleh mengantikan bahan bakar kenderaan
konvensional. Manakala sumber biogas adalah seperti sisa organik mudah
reput daripada sampah domestik, sisa kumbahan dan mendapan kolam
rawatan sisa kilang kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan gas
metana.
Alternatif lain yang boleh dilakukan oleh Malaysia bagi mengatasi
krisis kenaikkan harga minyak untuk tempoh jangka pendek adalah
meluaskan penggunaan gas asli tempatan. Jika kenaikkan harga minyak
tidak boleh dielak di atas alasan kesemua minyak domestik menggunakan
sumber petroleum import dan bukannya sumber tempatan. Manakala gas asli
adalah keluaran tempatan sepenuhnya boleh digunakan untuk menjana kuasa
kenderaan. Seumpama menanam pisang di belakang rumah sendiri, harga
setandang pisang boleh dijual pada harga berapapun. Begitu juga dengan
simpanan gas asli tempatan yang boleh dijual serendah-rendahnya.
Apabila berharga rendah, maka ianya lebih relevan untuk digunakan
sebagai bahan tenaga pilihan untuk pengangkutan awam dan kereta
persendirian. Kita sudah tidak sanggup lagi menyaksikan drama kenaikkan
harga tambang bas awam, bas ekspress dan bas sekolah.
Namun simpanan gas dan petroleum tempatan hanya boleh bertahan untuk
tempoh kurang 80 tahun lagi. Maka itu, Malaysia tidak boleh leka dan
alpa dengan keselesaan yang ada pada masa kini. Malaysia harus
mempersediakan diri dengan memajukan teknologi sumber bio sebelum
terlambat atau tunduk sahaja dengan membeli sumber tenaga luar. Dengan
memajukan sumber tenaga bio, Malaysia akan mempunyai kelebihan
berbanding dengan negara lain tetapi Malaysia mempunyai tanggungjawab
besar untuk memperkembangkan teknologi tenaga bio kepada negara sahabat
di Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Selatan. Jika sumber tenaga bio
diusahakan sepenuhnya oleh negara membangun, negara membangun akan
mempunyai kuasa tawar-menawar dan tidak lagi akan ditindas oleh kuasa
barat.
Nukilan : Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Marang
Maklumat Peribadi;
No. i.c. : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. telefon : 019 902 50 15
Web rujukan : www. Geocities.com/ramzamuda