Buruh asing
Saudara pengarang,
Per : Mengantikan pekerja asing sedia ada dengan tenaga kerja dari
rantau nusantara utara
Isu pengunaan tenaga kerja asing di Malaysia sudah berlarutan hampir
dua dekad. Jika diawal fenomena ini, penggunaan tenaga asing dari tanah
seberang begitu berluasa sekali. Kemudian di awal tahun 1990an,
pengunaan tenaga asing daripada benua kecil India mula diamalkan oleh para
majikan Malaysia. Sememangnya desakan pembangunan infrastruktur akibat
lonjakan besar pertumbuhan ekonomi negara merupakan faktor utama dasar ini
terpaksa dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Dan kini, negara kita memasuki fasa pembangunan berganda apabila
koridor-koridor pembangunan diperkenal dan diwujudkan oleh pihak kerajaan.
Semestinya pembangunan infrastruktur sebegini masih memerlukan penggunaan
tenaga asing sepertimana sebelum ini. Sekali lagi kita mengulangi
benda yang sama tanpa sebarang perubahan cara perlaksanaan pembinaan
infrastruktur memandang negara kita sudah pun mencapai tahap pra-negara maju.
Kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk tidak lagi menggunakan
kaedah-kaedah dunia ketiga tetapi perlu melihat kaedah-kaedah yang dilaksakan
oleh negara sudah maju seperti Jepun, negara Scandinavia, Jerman atau
Peranchis.
Di satu sudut lain pula, penggunaan tenaga asing yang berbeza budaya
juga mendatangkan kesan sampingan yang bukan sedikit. Kita semua sudah
sedia maklum perihal gelagat pekerja asing dari tanah seberang atau dari
benua kecil India ini disegi keselamatan harta benda dan sosial. Dan
sekarang sudah sepatutnya kita perlu beralih angin mencari pilihan tenaga
kerja yang lain pula.
Sekiranya kita masih tidak dapat mencari formula yang sesuai pengunaan
tenaga kerja tempatan dengan sepenuhnya dan masih perlu mengimport
tenaga kerja asing, maka pilihan yang terbaik adalah sumber tenaga kerja
daripada wilayah nusantara utara iaitu orang Melayu Patani di Selatan
Thai, Selatan Vietnam - Kemboja [ Melayu Khmer/Campa ] dan Selatan
Filipina [ Melayu Mindanao ].
Kita sedia maklum bahawa etnik Melayu hidup daif di kawasan-kawasan ini
memerlukan suntikan ekonomi, memberi mereka peluang bekerja di
Malaysia adalah satu cara yang termampu yang boleh kita lakukan untuk membantu
mereka meningkatkan taraf hidup mereka.
Selain itu, budaya etnik Melayu di kawasan ini lebih mirip dengan
Melayu Malaysia. Budaya Melayu Patani dan Campa / Khmer lebih mirip kepada
orang Kelantan manakala etnik Melayu Mindanao mempunyai persamaan dengan
Melayu Sabah. Lagipun etnik Melayu di kawasan tersebut amat
menghormati kita kerana jatidiri mereka lebih dekat dengan kita dimana empayar
Melayu Melaka pernah menaungi tempat-tempat ini atau sekurang-kurangnya
pernah menjadi kerajaan bersekutu di zaman silam.
Oleh : Ramzamuda, Bukit Payung, Marang.
Maklumat penuh;
Mohd. Zamri Bin Muda
740102-11-6391
Alamat : Lot 1727 Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
E-mel : [email protected]
Tarikh : 12 - 11 - 2007