Saudara Pengarang,
Malaysia Perlu Bina Tebing dan Terusan Pintasan Bagi Menghadapi
Penambakan Singapura
di Selat Johor
Perancangan negara jiran di sebelah selatan tanahair membina struktur
penambakan perlu ditangani
dengan langkah lebih proaktif di pihak kita. Malaysia tidak perlu
melatah atau panik tetapi harus menerima kemungkinan projek tambakan
itu akan diteruskan selepas keputusan tribunal antarabangsa keluar
kelak. Fenomena Selat Johor yang akan menjadi separuh lebar jika
mengambilkira semua
sempadan terdalam akan ditambak di sebelah pulau sana. Ini tentunya
akan
mengakibatkan pantai sebelah Johor terhakis teruk kerana pertambahan
kekuatan ombak di kawasan selat. Kesan ombak besar yang disebabkan oleh
pengecilan selat hanya boleh ditangani dengan pembinaan tebing konkrit
bercerun sepanjang selat. Struktur ini saya cadangkan dinamakan sebagai
Tebing Selatan. Struktur ini perlu dibina untuk melindung serta
memelihara khazanah hutan bakau dan kawasan penempatan rakyat Johor di
tepi selat.
Selain itu, sebuah Terusan Pintasan perlu dibina daripada Pasir Gudang
ke Tanjung Pelepas berlokasi 5 kilometer daripada kawasan pantai.
Kelebaran terusan ini (dicadangkan berstruktur konkrit juga) berukuran
500 meter dan berkedalaman 20 meter. Selain berfungsi mengalirkan air
kotor dari Sungai Johor, terusan ini amat strategik untuk menjadikan
Malaysia
sebagai laluan kapal utama di dunia. Kapal antarabangsa yang
menggunakan Pelabuhan Pelepas dari sebelah timur tidak perlu melalui
perairan Singapura untuk berulang-alik. Diharapkan juga pembinaan
Tebing Selatan dan Terusan Pintasan ini dapat memberikan pengalaman dan
latihan berguna kepada kontraktor Malaysia jika Malaysia ingin terlibat
sama untuk membina Terusan Dunia yang baru di Segenting Kra yang
bersaiz 200 kali ganda besarnya.
Diucapkan Selamat Berjaya kepada Malaysia.
Oleh; Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Terengganu
Maklumat Peribadi
Mohd Zamri Bin Muda
131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
i.c. 740102-11-6391
No tel : 013 952 29 18
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda
Dikemaskini pada 12-04-2006
daripada artikel pernah ditulis pada 09-0ktober-2003
Disebalik : Artikel idea yang pendek ini dikeluarkan pada ketika
ini 8:30pm 12-04-2006 bagi memberi idea jalan keluar kepada
Malaysia kepada alternatif pembatalan Gerbang Selatan.