Saudara Pengarang,
Kemasaman Tanah Punca Pengeluaran Pertanian Rendah
Semenanjung Malaysia dan Pulau Borneo dipercayai sudah pun wujud sebelum
kewujudan dinasour lagi iaitu sebelum benua-benua utama masih lagi bercantum
membentuk satu tanah besar yang dinamakan Pangea. Dengan ketiadaan sistem
gunung berapi yang memuntahkan lahar yang beralkali maka tidaklah dihairankan
tanah-tanih di negara kita mempunyai nilai keasidan yang tinggi.
Majoriti tanah pertanian orang Melyu yang ada sekarang berasal daripada tanah
lanar berair dan paya gambut yang telah dikeringkan maka itu paras keasidan
yang tinggi memang dijangkakan. Ini menyebabkan pengeluaran pertanian negara
jauh agak rendah dan kurang produktif jika berbanding dengan negara lain.
Keasidan tanah menyebabkan tanaman kurang kebolehan untuk menyerap bahan
galian penting dari baja kimia atau tanah tidak mampu memegang bahan galian
di mana ianya mudah dibawa mendap ke bawah bumi dan seterusnya mencemarkan
sistem saliran dan lautan.
Daya pengeluaran pertanian negara kita terutamanya petani bumiputera sebenarnya
masih boleh diperbaiki lagi jika langkah-langkah tertentu diambil sewajarnya
bagi menangani masalah tanah masam. Kos penggunaan baja boleh diturunkan
dengan banyaknya kerana kuantiti baja digunakan berkurangan. Tanaman pula
boleh tumbesar dan mengeluarkan hasil yang maksimum. Manakala masalah mendapan
bahan galian ke dalam sistem saliran dan seterusnya mencemarkan laut boleh
dikurangkan.
Negara kita amat bernasib baik kerana mempunyai simpanan longgokan galian
batu kapur yang boleh digunakan untuk tujuan peneutralan tanam masam tersebut.
Maka sekarang terpulanglah kepada kementerian dan pertubuhan terbabit untuk
mengatur usaha membantu petani tempatan bagi menangani masalah kemasaman
tanah tersebut.
Nukilan : Mohd. Zamri B- Muda, Bukit Payung, Marang.
Maklumat Peribadi;
No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.
No. Telefon : 019 902 50 15
22-12-2004