Saudara pengarang,

Kita perlu merencanakan semula jenis-jenis subsidi kepada rakyat

Kita sekarang menghadapi fenomena gelombang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tidak ada kesudahan semenjak kebelakangan ini. Kenaikan harga tersebut dikatakan ''disebabkan'' oleh harga kos pengangkutan dikala harga petroleum melambung di pasaran antarabangsa tetapi apakah semua barang tersebut akan diturunkan semula jika harga minyak jatuh semula keparas normal iaitu separuh harga sekarang. Jawapannya pasti sama sekali tidak, apatah lagi disaat kenaikan gaji pekerja kerajaan semenjak pertengahan tahun lepas.

Diharapkan kenaikan gaji menyeluruh kakitangan awam tidak lagi dibenarkan berlaku semata-mata untuk menangani kos sara hidup kerana sudah menjadi rasmi, apabila berlaku kenaikan gaji harga barang keperluan dan perkhidmatan pun turut naik. Strategi yang sepatutnya diguna pakai di alaf baru adalah penurunan menyeluruh kos sara hidup rakyat dari segenap segi penghidupan rakyat seharian dan pemberian subsidi tersebut tidak dapat diseludup keluar kerana tidak berbentuk produk kecil yang boleh diseludup. Maka itu kita memerlukan strategi berparadigma baru untuk menangani permasalahan tersebut.

Strategi penurunan kos sara hidup rakyat tidak lagi perlu lagi melibatkan nilai subsidi harga barang-barang tertentu dan bahanapi tetapi pemberian subsidi yang baru menumpu perhatian kepada penurunan kos-kos lain yang perlu ditanggung oleh rakyat jelata. Kaedah penurunan kos sara hidup diberikan secara terus kepada rakyat jelata secara penilaian penggunaan perkapita dan bayaran insentif pengeluaran kepada pengeluar produk tempatan.

Maka itu, penetapan harga kawalan dan subsidi terhadap produk gula, tepung gandum, minyak masak, bawang, ayam dan bahanapi kenderaan dilupuskan dan mengikut harga pasaran dunia atau setidak-tidaknya lebih mahal 5 sen atau 10 sen daripada harga maksimum negara jiran tetangga [ seperti Indonesia, Thailand dan Fillipina ]. Ini akan memberhentikan segala bentuk penyeludupan keluar barangan tempatan ke negara jiran secara total. Oleh kerana kerajaan tidak perlu lagi menanggung subsidi ( terutama subsidi bahanapi ) maka kerajaan mempunyai peruntukan lebihan tanpa subsidi kira-kira RM 15 billion setahun yang boleh disalurkan kepada pemberian subsidi lain.

Kelayakan untuk menerima pemberian subsidi ditentukan oleh pendapatan bulanan individu atau gabungan pendapatan isirumah dan bilangan tanggungan seseorang atau sebuah isirumah. Katakan sebuah isirumah yang ideal itu mempunyai si suami yang mempunyai gaji bulanan minima sebanyak RM 600 dengan si isteri yang tidak bekerja dan mempunyai dua anak maka pendapatan perkapita isirumah tersebut adalah RM 600 bahagi 4 iaitu RM 150, jika ada keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita lebih rendah daripada ini, keluarga ini layak dikategori keluarga termiskin. Maka itu, pendapatan perkapita isirumah pada aras RM 150 sebulan per individu diambil-kira dalam pelbagai bentuk subsidi yang akan dibentangkan di bawah.

Bentuk-bentuk jenis subsidi baru yang boleh dilaksanakan ;

1- Pembayaran cukai jalan, lesen dan insurans yang amat rendah [ untuk mengimbangi harga bahanapi yang mengikut harga pasaran dunia ].

2- Kadar bayaran bil air dan elektrik yang rendah berdasarkan pengunaan perkapita isirumah, jika guna kurang - isirumah hanya perlu membayar kadar separuh dari kadar biasa. Jika guna lebih - isirumah perlu membayar pada kadar biasa.

3- Pemberian kupon makanan percuma kanak-kanak sekolah terutama daripada keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita kurang daripada RM 250.

4- Bekalan susu tepung dan buah-buahan segar secara percuma di sekolah, semua kanak-kanak warga negara Malaysia berhak menerimanya.

5- Semua rakyat Malaysia berhak menerima subsidi tambang bas sekolah, bas awam dan perkhidmatan keretapi pada kadar separuh daripada sekarang dimana kerajaan membayar balik lebihan kos dengan pemberian insentif perkhidmatan pengangkutan yang bersesuaian kepada penyedia perkhidmatan berdasarkan bilangan pengguna dan jarak perjalanan.

6- Subsidi harga bahan makanan yang perlu dikekalkan dan diturunkan adalah beras ( makanan ruji ) dan sumber tenusu ( makanan minda ) keluaran tempatan, diharapkan beras gred biasa dapat dibeli pada harga lingkungan 80 sen hingga RM 1.20 sekilogram manakala susu segar atau steril dapat dibeli pada kadar RM 1.50 seliter.

7- Bantuan makanan percuma secara terus kepada fakir miskin menerusi Baitumal, JKKK setempat atau jawatankuasa masjid setempat terutama keluarga yang mempunyai perdapatan perkapita kurang daripada RM 100 sebulan

8- Harga bahan bacaan yang murah seperti suratkhabar harian dan buku bacaan tempatan pada kadar separuh daripada sekarang, kos lebihan diserap melalui insentif percetakan atau penurunan kos bahan asas percetakan seperti kertas dan dakwat cetak. Insentif ini mengalakkan rakyat untuk membaca.

9- Bayaran insentif tahunan perternakan kepada penduduk kampung yang memelihara haiwan ternakan seperti contoh ganjaran RM 200 untuk setiap ekor kerbau, RM 100 untuk setiap ekor lembu dan RM 50 bagi setiap ekor kambing dengan syarat binatang tersebut masih hidup ketika pembayaran dibuat. Insentif ini memberi sedikit bantuan kepada penernak yang sabar menunggu ternakannya membesar.

10- Bayaran insentif ternak lembu tenusu tenusu pada kadar RM 350 setiap ekor setahun manakala kambing tenusu pada kadar RM 150 setiap ekor.

11- Bayaran insentif pengeluaran tenusu seperti 50 sen setiap liter susu dihasilkan. Bayaran diberikan terus kepada penternak.

12- Insentif pengeluaran ternakan air seperti ganjaran RM 1.50 setiap kilogram produk ternak-air tempatan.

13 - Bayaran insentif pemuliharaan alam sekitar seperti penanaman pokok hutan misalnya ganjaran RM 10 jika menanam satu batang pokok hutan dan ganjaran RM 2 jika pokok terus hidup setahun kemudian dan ganjaran itu diganda dua setiap 10 tahun pokok itu tumbuh sehingga pokok berumur 80 tahun. Insentif ini mengalakkan rakyat Malaysia untuk memelihara alam sekitar dan menanam lebih banyak pokok hutan demi masa depan.

14 - Insentif penamanan getah dan kelapa sawit juga diberikan kepada pekebun kecil tetapi pada kadar separuh bayaran insentif  penanaman pokok hutan.

15- Insentif pengeluaran padi kepada penanam padi seperti RM 1 setiap kilogram padi dihasilkan dan insentif pemerosesan padi oleh para pengilang sebanyak 50 sen setiap kilogram beras dihasilkan. Maka itu harga pasaran beras boleh diturunkan lagi  lalu menyekat penyeludupan masuk beras asing dan petani terus mempunyai motivasi untuk mengerjakan sawah [ penanaman padi merupakan salah satu perusahaan strategik negara ].

16 - Syarikat berkitan kerajaan iaitu SBK perlu melakukan pelaburan besar-besaran di negara Asia Tengah untuk pengeluaran bahan mentah import secara terus seperti jagung, gandum, kapas serta soya, pembiayaan landasan keretapi rentas Asia yang baru bagi memudahkan pengangkutan komoditi ke pelabuhan laut dan pengeluaran makanan ternak bijirin alternatif seperti .sekoi dan betari di benua Afrika.

17 - Harga bahan binaan rumah yang lebih murah seperti simen, kayu dan besi rangka. Insentif pemerosesan diberi terus  kepada pengilang. Ini membolehkan rakyat Malaysia dapat membina rumah impian dengan kos lebih rendah dari sebelumnya. Manakala bahan tersebut yang berat dan besar sukar untuk dibawa seludup keluar

Senaraian tersebut hanyalah secebis daripada idea besar paradigma baru yang boleh kita lakukan tanpa sistem subsidi konvensional yang sedang diamalkan oleh negara kita selama ini. Strategi tersebut lebih menyeluruh meliputi segenap lapisan masyarakat tidak kira di kampung maupun di kota.

Oleh : Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
 
Maklumat Peribadi;
Mohd. Zamri Muda
740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
Tarikh :  januari 2008
E-mel : [email protected]
Laman web:
www.geocities.com/ramzamuda


Hosted by www.Geocities.ws

1