Saudara Pengarang,

Membina Sempadan Baru Negara Palestin

Perkembangan terbaru isu Palestin adalah pembinaan tembok pemisah oleh pihak regim zionis dan pembunuhan sewenang-wenangnya pemimpin-pemimpin kanan Hamas. Fenomena ini mengulangi peristiwa Tembok Berlin yang terkenal itu. Sememangnya pembinaan tembok dan pembunuhan pemimpin tersebut  tidak diiktiraf dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh negara kita dan negara Islam yang lain. Namun rakyat Palestin masih mempunyai harapan untuk mempunyai tanahair sendiri walaupun Israel mendapat sokongan suku-sakatnya dari puak Anglo-Amerika untuk menindas mereka. Selain penyelesaian pelan damai yang tiada kesudahan akan perlaksanaannya, penyelesaian alternatif lain dimana umat Islam sedunia boleh menolong rakyat Palestin ialah dengan membina sempadan negara baru Palestin iaitu dengan melakukan penambakan tanah gurun ke kawasan cetek laut yang berhampiran. Manakala perebutan Baitul Maqdis boleh diselesaikan dengan pembinaan kompleks raksaksa bertingkat Baitul Maqdis Baru.

Penyelesaian alternatif yang dikemukakan ini adalah langkah-langkah terakhir yang boleh diambil jika penyelesaian pelan damai terus dihantui jalan buntu. Pembinaan sempadan baru negara Palestin secara dilakukan penambakan tanah gurun merupakan salah satu cara penyelesaian masalah yang bersifat berkecuali tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan tidak menggugat mana-mana kedaulatan mana-mana negara. Penambakan tanah laut yang dicadangkan bukannya penambakan keseluruhan ( total ) tetapi memadai dengan pembentukan beting tanah yang berkelebaran seminimum 2 kilometer. Jenis penambakan ini boleh dikatagorikan sebagai penambakan pintar kerana melibatkan beberapa aspek yang unik. Kewujudan beting tanah tiruan ini bermula di Semenanjung Gaza dan berakhir di muara delta Sungai Nil di Mesir. Maka tanah dan batu dari Semenanjung Sinai, Mesir boleh digunakan untuk tujuan ini. Selain beting tanah ini berfungsi sebagai tanah baru Palestin, ianya boleh digunakan untuk mengepung air muara Sungai Nil yang kemudiannya boleh digunakan untuk tujuan pertanian di sekitarnya.

Pembinaan beting tanah tersebut melibatkan laluan utama Terusan Suez, maka itu perlu diwujudkan pintu kawalan air untuk kapal keluar-masuk. Kewujudan beting tanah baru tidak boleh dijadikan alasan kelambatan aliran perkapalan Terusan Suez, malah aliran perkapalan antarabangsa di Terusan Suez boleh dipertingkatkan dengan membina satu lagi terusan baru selari dengan terusan lama menjadikan Terusan Suez berfungsi sebagai terusan berkembar dimana aliran keluar masuk berjalan serentak tanpa perlu mengikut giliran jadual perjalanan. Pembinaan tanah tambak pintar ini mempunyai dua keuntungan. Selain kawasan baru ini diisytiharkan menjadi tanah baru negara Palestin, ianya boleh digunakan untuk mengumpul air tawar dari muara Sungai Nil. Seterusnya air ini digunakan untuk tujuan pertanian di kawasan tanah baru, Semenanjung Sinai, Semenanjung Arab dan kawasan gurun Sahara. Kawasan penambakan pintar boleh dikatakan berfungsi sebagai empangan air tawar di lautan. Penghijauan kawasan tanah gurun tersebut dijangkakan dapat menurunkan sedikit suhu panas dunia.

Penyelesaian secara berkecuali untuk Bandar Baitul Maqdis yang menjadi perebutan itu mungkin perlu diisytiharkan sebagai bandaraya berkecuali antarabangsa dengan OIC sebagai pentadbirnya. Kompleks gergasi yang bertingkat perlu dibina bagi mengantikan struktur penempatan dan tempat ibadah sedia-ada. Struktur bangunan asal tidak dimusnahkan tetapi dipindah semula ke dalam kompleks gergasi ini. Maka semua penganut agama berbeza dapat menjalani aktiviti ibadah mereka tanpa menganggu di antara satu sama lain di berlainan tingkat. Sebagai contohnya, bangunan masjid Al-Aqsa boleh dipindahkan ke tingkat atas kompleks gergasi ini. Manakala tapak ibadah agama lain berada di tingkat bawah kompleks besar ini. Satu-satunya tapak dilindungi sepenuhnya oleh orang Islam ialah kawasan batu tergantung yang berkait rapat dengan sejarah Nabi Muhammad S.A.W. Kawasan lain di Baitul Maqdis lebih berkait dengan pensejarahan Yahudi, maka lebih elok dibuat kajian arkeologi lebih lanjut. Kajian arkeologi ini amat penting kepada umat Islam juga kerana hampir 50% nabi dan rasul yang utama diutuskan kepada bangsa itu. Fakta-fakta sejarah nabi-nabi perlu ditentusahkan agar nas-nas dari teks Al-Quran dapat dibuktikan kebenarannya. Selain daripada itu, pentarikhan peristiwa-peristiwa penting kenabian dapat menyokong fakta bahawa manusia bukannya hasil daripada evolusi biologi di muka bumi ini.

Penyelesaian berkecuali ini sememangnya diluar jangkaaan kemampuan manusia masa kini. Hambatan  kekusutan konflik Israel-Palestin perlu diselesaikan secepat mungkin. Semua ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara Islam untuk menyelesaikannya.

- Mohd. Zamri Muda, Bukit Payung, Marangg.

Maklumat Peribadi;
I/c no . : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kampung Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. Tel. : 013 952 29 18
Tarikh : 29-04-2004

P/s : Idea ini sememangnya tidak mungkin dapat dilaksanakan pada masa sekarang tetapi jika keadaan di Palestin berterusan dirundung malang, generasi umat Islam akan datang mungkin boleh merealisasikan impian ini.

Akan datang;
Senarai inovasi baru di RTM
Produk digital inovasi baru keluaran Malaysia.

Hosted by www.Geocities.ws

1