Saudara Pengarang,

Langkah Proaktif Mencegah Wabak Selsema Burung di Malaysia

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai variasi penyakit baru yang boleh membawa maut muncul. Setelah penyakit AIDS diketahui umum setelah kematian bintang Hollywood- Rock Hudson di pertengahan 1980an, berpuluh jenis jangkitan virus dan bakteria telah pun muncul melanda dunia.

Sepertimana virus HIV, kuman penyakit baru sebenarnya telah wujud sejak ribuan malah jutaan tahun dahulu lagi. Tempat dan mangsa asalnya penyakit ini ialah daripada alam semulajadi dan binatang-binatang liar. Sebenarnya, penyakit ini sudahpun mempunyai equilibrium [keseimbangan] dengan hos asalnya tetapi oleh kerana campurtangan manusia kepada ekosistem maka manusia akan terdedah kepada jangkitan wabak apabila kuman penyakit mengalami sedikit perubahan mutasi genetik sahaja dan boleh membawa maut. Ambil contoh virus HIV yang telah termutasi daripada virus SIV dari hos asalnya-chipanzi di hutan Afrika.

Kini kita di Asia menghadapi ancaman wabak selsema burung yang teramat merbahaya dan dikatakan burung liar penghijrah [migratory birds] adalah pembawa kuman penyakit. Saya tidak pasti akan tahap ketahanan virus ini. Adakah jangkitan berlaku akibat perhubungan langsung seperti melalui bendalir badan binatang atau secara tidak langsung melalui air atau udara. Tetapi apa yang pasti, pembangunan pertanian di kawasan tanah paya atau tanah bencah tempat asal burung penghijrah singgah memainkan peranan utama punca wabak boleh berlaku.

Selain kemungkinan burung penghijrah berhubungan langsung dengan haiwan ternakan dan menyebabkan berlaku jangkitan.Kita tidah boleh menolak kemungkinan berlaku pencemaran bekalan air minuman ternakan oleh virus wabak. Kita boleh mengandaikan air daripada tanah bencah tempat kontaminasi asal mengalir masuk ke kolam atau telaga bekalan air untuk ternakan. Dan inilah kemungkinan yang sedang berlaku di negara ASEAN kini.

Berikutan wabak selsema burung di negara-negara jiran, saya ingin mencadangkan beberapa langkah proaktif yang boleh dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa dan juga pihak berkuasa tempatan bagi bersama-sama menangani epidemik ini;

a- Ternakan ayam-itik yang dibela oleh orang persendirian hendaklah dikurung di reban yang sesuai dan tidak dibenar merayau ketika tempoh wabak kini.
b- Reban ternakan hendaklah mempunyai sekatan seperti jejaring mata punai bagi mengelak burung liar menghampiri ternakan.
c- Rakaman suara burung hantu atau burung helang mungkin boleh digunakan untuk menghalau burung liar daripada kawasan perkampungan dan penternakan.
d- Air bekalan ternakan seboleh-bolehnya dimasak untuk memusnahkan virus wabak atau sekurang-kurangnya mengunakan air bekalan paip jalan.
e- Penternak ayam-itik komersial terpaksa memilih kaedah perternakan tertutup yang menggunakan pendingin-hawa dimana dikatakan kaedah terbaik mengelak daripada jangkitan.
f- Makanan dari sumber haiwan dicadangkan dimasak terlebih dahulu dengan kentuhar gelombang mikro yang saya percaya dapat membunuh dan memusnahkan virus di peringkat molekular kerana ia menyahasli struktur DNA dan protein virus. Gunakan fungsi maksimum untuk memanggang. Ketuhar gelombang mikro kini semurah harga telefon bimbit yang baru.

Diharapkan cadangan ini sedikit-sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak selsema burung di negara kita. Jika kita dapat melalui tempoh genting ini dengan jayanya, kita harus mempertimbangkan semula tanggungjawab kita sebagai manusia yang telah banyak menganggu keseimbangan alam sekitar.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi;
I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. Tel. : 013 952 29 18
e-mel : [email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1