Art14 selamat pekeliling

Saudara pengarang,

Batalkan pembangunan semula kawasan Flat Pekeliling

Setelah keriuhan di media massa  gara-gara tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, terselit satu cerita kecil perihal sebahagian kecil penghuni Flat Pekeliling yang masih enggan berpindah menarik perhatian saya. Ini kerana saya beranggapan flat tersebut telahpun hilang di mukabumi KL dan bangunan-bangunan baru sedang dibina.

Pada pendapat saya, eloknya Flat Pekeliling itu terus diguna-pakai kerana jangka-hayatnya mungkin boleh bertahan seratus tahun lagi. Terdapat dua fakta menarik tentang flat tersebut; Pertama, flat tersebut merupakan binaan konsep pasang-siap yang pertama di Malaysia. Keduanya, flat tersebut adalah hasil pembangunan Rancangan Malaysia yang Pertama atau dalam kata lain ia adalah satu manifestasi dan saksi kepada diri kita sendiri di masa lalu. Dikala bangunan-bangunan apartmen lama di kota besar di dunia seperti di Paris, Rom, Geneva dan London dikekal dan berusia melebihi seratus tahun. Kita cuma mempunyai bangunan yang berusia sekitar 40an, sudah kita lupa jasanya.

Flat Pekeliling sebenarnya boleh terus diguna-pakai tetapi dengan beberapa pengubahsuaian. Diantaranya adalah seperti berikut;
A- Setiap bangunan dilengkapi kemudahan lift hiper-laju atau untuk lebih jimat kos, bangunan lift dibina diantara dua flat berdekatan.
B- Dua unit rumah dijadikan satu unit rumah dengan penebukan diantara rumah, ini akan memberikan keselesaan kepada penghuni tetapi dengan kadar sewa lebih tinggi sedikit dari sebelumnya.

C- Kawasan lapang parkir kereta sedia-ada perlu digantikan dengan bangunan parkir 3 tingkat dimana bumbungnya perlu dibina taman permainan, taman bunga, gelanggang sukan dan padang bola berumput.

D- Tempat jemuran pakaian yang membawa imej negatif perlu ditutup dengan pemidai sisir aluminium yang bersudut songsang 45° yang mana tidak benar penglihatan dari bawah tetapi cahaya dan udara panas masih boleh melaluinya. Masalah jemuran juga boleh diatasi dengan menyediakan mesin pengering setiap aras flat. Untuk lebih cantik lagi tempat jemuran dan tingkap boleh diletakkan bingkai rangka konkrit bermotif geometri Islam.

E- Kawasan persekitaran flat perlu pengawasan cctv dan tembok tinggi perlu dibina untuk elak keluar-masuk tanpa kawalan.

Pengubahsuaian semula dan beberapa penambah-baikan yang dicadang mampu menaik-taraf Flat Pekeliling kepada sebuah tempat kediaman yang moden dan selamat. Peruntukan berbillion ringgit yang dirancangkan untuk mengantikan kawasan Flat Pekeliling boleh digunakan untuk membiayai pembangunan semula Penjara Pudu, sebuah plaza terbengkalai bersebelahan Puduraya dan pembangunan sebuah bandar baru di jajaran landasan keretapi berkembar di antara Ipoh dan Seremban.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat tambahan;
No. I/C  : 740102-11-6391
No. Tel  : 019 902 50 15
Alamat  :  Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda
Hosted by www.Geocities.ws

1