<>Saudara Pengarang,
Kuala Lumpur patut segera guna loji insinerator untuk lupuskan sampah

 <>Masalah pengurusan sisa sampah domestik negara merupakan satu masalah yang tidak berkesudahan ceritanya. Isunya menjadi hangat apabila tapak pelupusan sampah hampir penuh dan menjadi senyap semula apabila tapak baru dijumpai sehinggalah beberapa tahun kemudiannya. Kepada pencipta alam sekitar, penggunaan tapak pelupusan sampah secara konvensional tidak bersifat mesra alam kerana sisa bertoksik masih boleh melarut-resap ke sistem air bawah tanah. Sisa bertoksik merbahaya kepada manusia kerana boleh membawa risiko kematian secara langsung, kegagalan fungsi organ, kecacatan baka genetik keturunan dan penyebab penyakit kanser yang kronik.

  <>Kuala Lumpur sebagai negeri termaju di Malaysia seharusnya mempunyai dasar yang lebih komprehensif dan paling moden dalam menangani masalah pelupusan sampah setaraf dengan bandaraya tersohor dunia seperti Tokyo, Paris dan New York. Maka itu dicadangkan Bandaraya Kuala Lumpur mencuba untuk menggunakan pelbagai modul teknologi insinerator dari beberapa negara maju seperti Jepun, Jerman, Perancis dan Sweden.  <>Untuk tempoh jangka pendek, loji insinerator amat diperlukan untuk melupuskan jisim sampah dan boleh digunakan juga untuk menjana tenaga elektrik. Tetapi bagi tempoh jangka panjang, teknologi insinerator masih mempunyai kelemahan iaitu pelepasan gas bertoksik. Demi untuk menghasilkan satu sistem insinerator sempurna perlu sentiasa dicari maka Kuala Lumpur dicadangkan supaya menaja penyelidikan pembakaran sampah sempurna tanpa pencemaran oleh IPT atau mengadakan pertandingan yang memberi ganjaran lumayan, katakan RM 50 juta kepada IPT yang menang.   <>

  Sememangnya pencarian kaedah terbaik untuk menangani masalah pelepasan gas bertoksik perlu sentiasa digerakkan sehingga dapat menghasilkan pencemaran sifar demi kesejahteraan generasi akan datang. Idea bodoh saya dalam menangani sisa gas bertoksik dengan cara melarutkan gas bertoksik itu ke dalam air kumbahan atau enapan teraktif ( activated sludge) dan kemudian dibiarkan jutaan biodiversiti mikrob menjalankan tugasnya sama ada menyerap atau menukar bahan toksik itu kepada bahan tidak merbahaya. Selepas proses pertukaran bentuk itu, barulah mendapan mikrob dikering dan kemudian dibakar menghasilkan abu mineral sahaja.
  <>

  Alternatif lain adalah mengadakan program mengitar semula yang paling komprehensif di dunia dengan menganggap sampah adalah sumber. Sisa sampah aluminium, kertas dan kaca tidak mempunyai masalah untuk diproses semula kerana kilang terlibat sudah sedia ada. Sisa makanan mudah reput, rumput dan daunan perlu menjalani proses pereputan untuk dijadikan baja kompos. Bekas-bekas logam yang tiada nilai komersial boleh dijadikan sebagai pasu semaian pokok buah atau tanaman hutan dan dibiarkan mereput ketika pokok membesar di ladang.  Sisa bahan plastik dan tayar getah memerlukan kilang pemerosesan khas yang boleh melebur semula, menukarkan bahan-bahan itu kepada bahan api metanol atau diracik untuk menjadi medium tanah tambahan untuk tanaman hiasan dalam pasu.
  <>

  Masalah pelupusan sampah oleh Kuala Lumpur pada waktu kini merupakan cermin pembayang utama kepada masalah yang akan melanda di seluruh negara di waktu akan datang. Sebagai wilayah termaju di dalam Malaysia maka terpulanglah kepada kebijaksanaan Kuala Lumpur sendiri untuk menanganinya samaada masih memilih cara-cara lama atau mencuba kaedah-kaedah luarbiasa yang baru.
<>
Oleh: Mohd.Zamri Muda, Bukit Payong, Marang, Terengganu.

Maklumat;

<>i/c : 740102-11-6391
alamat: 131, Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
No. tel: 019 902 50 15
Rujukan web di geocities.com/ramzamuda

Tarikh : 27-11-2004

 

Hosted by www.Geocities.ws

1