Saudara Pengarang,
Membina Rumah Rakyat Mampu Milik Dengan Konsep Rumah Nukleus
Setiap daripada warga negara Malaysia mempunyai impian tersendiri untuk
mempunyai rumah sendiri tidak kira daripada golongan mana, pastinya ada
memasang angan-angan. Majoriti daripada kita adalah golongan
berpendapatan rendah dan sederhana pastinya menghadapi masalah kerana
terhadnya bilangan projek pembangunan perumahan mampu milik. Kalau ada
pun, pastinya terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk siap malah
kerapkali projek perumahan rakyat sebegini terbengkalai disebabkan oleh
pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab. Maka ramai lebih selesa
menjadi penghuni rumah setinggan. Bagaimanakah caranya kerajaan pusat
menangani masalah penempatan setinggan ini?
Pemaju perumahan di bandar besar pula amat memang kurang membangunkan
projek rumah mampu milik untuk golongan majoriti kerana ianya tidak
menjamin margin keuntungan yang besar. Kalau ada pun, kos sebuah rumah
adalah melebihi RM 35 ribu. Maka tanggungjawab menyediakan rumah mampu
milik adalah terpikul di bahu kerajaan sepenuhnya. Apabila kerajaan
mengeluarkan tender pembinaan rumah mampu milik sekarang, rumah yang
dibina perlu memenuhi ciri spesifikasi minimum dan ini memberikan
tekanan penjimatan kos kepada sub-kontraktor. Jangkaan kos terpikul
oleh kontraktor adalah lebih RM 25 ribu dan keatas. Seterusnya ini
tentunya akan memberikan kesan kepada mutu pembinaan.
Maka disini saya ingin mencadangkan pihak kerajaan agar membina rumah
mampu milik dengan konsep baru iaitu konsep rumah nukleus. Apa yang
dikatakan rumah nukleus itu ialah pihak kerajaan hanya menyediakan
tapak dan struktur rumah yang minimum tetapi boleh ditokok-tambah
kemudian oleh pemilik rumah sendiri. Dengan cara ini kerajaan dapat
menjimatkan kos pembinaan manakala pemilik rumah boleh menambah ruang
rumah apabila mempunyai kemampuan kewangan.
Sebagai bonus kepada pemilik rumah konsep nukleus ini ialah ruang tapak
tanah adalah 25% hingga 50% lebih luas berbanding saiz biasa tapak
rumah sekarang ini. Keluasan yang lebih ini memungkinkan penghuni untuk
menanam sayuran untuk kegunaan sendiri. Struktur rumah yang dikatakan
nukleus itu ialah struktur asas rumah meliputi dinding sempadan antara
rumah, lantai, dinding belakang rumah dan dinding depan rumah yang
dibuat daripada struktur kontrit pasang siap. Manakala bilik-bilik
sempadan dalaman rumah dibina dengan kepingan asbestos atau papan lapis
tebal dan atapnya mungkin atap zink sahaja. Dengan itu pemilik rumah
lebih mudah untuk melakukan pengubahsuaian apabila mempunyai kemampuan
kewangan. Kos pembinaan di pihak kontraktor dianggarkan di antara RM 10
ribu hingga RM 15 ribu. Maka rumah ini boleh dijual kepada orang
awam dibawah harga RM 25 ribu termasuk tapak tanah. Tempoh pembinaan
lebih singkat iaitu sekitar 2 tahun sahaja berbanding sistem yang ada
sekarang boleh menjangkau 5 tahun.
Selain tempoh pembinaan lebih singkat, kerajaan dapat menjimatkan
peruntukan bajet perumahan rakyat dimana jika projek perumahan
dilaksanakan secara rumah nukleus, dua projek rumah nukleus boleh
dibina berbanding satu projek rumah secara sistem sedia ada. Di pihak
pembeli rumah, bayaran balik pinjaman perumahan dikenakan diantara RM
100 hingga RM 200 sebulan dapat membantu mereka mengurangkan kos sara
hidup. Walaupun secara sepintas lalu, pembinaan rumah nukleus tidak
menguntungkan. Tetapi secara jangka panjang, kita akan dapat keuntungan
di segi perbelanjaan tambahan pengubahsuaian dan peningkatan daya beli
penduduk. Perumahan nukleus secara tidak langsung boleh memangkinkan
pembangunan ekonomi setempat dan penubuhan bandar-bandar baru.
Pembinaan secara konsep nukleus boleh menggalakkan ciri-ciri budaya
tradisi perumahan tempatan dan menambah warna-warna Malaysia yang
berbilang bangsa. Setiap keluarga kini mempunyai peluang untuk mendapat
rumah impian sendiri. Maka tidak perlu lagi mereka berasak-rasakkan
membina rumah setinggan dan menghadapi pelbagai risiko bahaya.
Perumahan nukleus amat sesuai dibina di pinggir bandar-bandar kecil
tetapi untuk bandar-bandar besar seperti KL, perumahan nukleus boleh
dibina jauh dari KL iaitu di sepanjang laluan berkembar keretapi
komuter. Maka rakyat boleh menikmati kos sara hidup lebih rendah
apabila tinggal jauh dari pusat bandaraya. Untuk itu, kos tiket
pengangkutan rel keretapi berkembar diharapkan dapat diturunkan lagi
bagi membolehkan rakyat yang bekerja di bandaraya menikmati kos
pengangkutan yang rendah. Projek perumahan nukleus boleh ditambah lagi
apabila landasan keretapi berkembar dari KL dan Ipoh siap dibina kelak.
Semoga konsep ini dapat mempercepatkan proses setiap rakyat untuk
mempunyai rakyat sendiri dan dapat mengurangkan bajet perumahan rakyat
di pihak kerajaan.
Nukilan : Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
Maklumat;
Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang , Terengganu
No. i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18
Sila lawati www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html untuk senarai
idea.
End