Saudara Pengarang,

Senarai Idea Baru Inovasi di RTM

Rentetan daripada perlantikan menteri baru penerangan, pada hemat saya kementerian tersebut akan melalui sedikit transformasi ke arah yang lebih produktif terutamanya sayap utama kementerian iaitu RTM. Sebagai salah satu organisasi yang memikul tanggungjawab besar untuk membentuk acuan pemikiran rakyat yang patriotik dan bernilai positif, RTM menjadi ketinggalan zaman dan lapuk jika dibandingkan dengan stesen tv swasta yang lain. Rakyat lebih terpikat dengan stesen baru kerana lebih mengikut trend terkini dan lebih canggih kaedah penyampaiannya.

Namun, apabila saya imbas kembali zaman kanak-kanak saya ( di awal 1980an ) di mana RTM merupakan satu-satu stesen tv yang beroperasi. Kualiti program-program penyiarannya adalah padat dan berkesan walaupun tempoh siarannya adalah lebih singkat. Rencana yang mengandungi ilmu pengetahuan dan filem sains fiksyen banyak disiarkan memotivasikan generasi saya untuk meminati sains dan teknologi. Hasilnya generasi saya yang kini berusia 30an menguasai majoriti pekerja di bidang IT dan teknologi. Begitu juga program keluaran tempatan yang terhad seperti drama pendek mingguan, rancangan hiburan nyanyian, rancangan ‘game-show’, drama bersiri dan pertunjukan seni budaya dapat memberikan kesan mendalam kepada majoriti penonton. Tetapi kini walaupun rancangan keluaran tempatan banyak berbondong-bondong, namun pengisiannya adalah kosong dan hambar.

Rencana sains dan filem sains fiksyen sepatutnya diutamakan untuk merangsang minda anak kecil dan para remaja meminati bidang sains dan teknologi. Rencana-rencana sains evolusi yang bercanggah dengan Islam ( Tabo evolusi kehidupan – manusia berasal dari beruk ) boleh diselaraskan dengan kefahaman Islam
melalui cara melabel makhluk manusia yang hidup lebih dari 10 ribu tahun dahulu sebagai orang-orang, manu-manu atau kemaluk ( manusia serupa kera-beruk ). Dengan cara ini evolusi kehidupan makhluk serupa manusia sebelum kedatangan Nabi Adam dan Hawa di muka bumi dapat diasingkan.

Rancangan filem, drama atau rencana yang diimport luar ( tidak mengira bahasa ) perlu dibuat sarikata berkembar iaitu tambahan sarikata perkataan asal dalam tulisan rumi selain daripada sarikata Bahasa Melayu. Maka rakyat akan mudah mempelajari dan menguasai bahasa asing dengan lebih mudah.

Berita Perdana boleh dipendekkan kepada setengah jam dengan disiarkan cara disiarkan laporan berita-berita tempatan mengikut wilayah setengah jam lebih awal. Rancangan berita ini boleh dipanggil sebagai Laporan Wilayah.

Untuk tujuan pembinaan negara dan minda masyarakat, RTM harus menyusun strategi baru penjadualan baru rancangan-rancangan yang ada dan menambahkan program-program memupuk ilmu. Utamakan masa utama iaitu 5.30 malam hingga 12.30 malam bagi mengisi agenda nasional. Pada pendapat saya, pengisian masa diantara 5 petang sehingga 12 tengah malam harus diberikan perhatian utama kerana tempoh inilah sebahagian isirumah menumpu perhatian kepada siaran TV. Oleh kerana RTM mempunyai dua saluran maka strategi menyeimbangkan 2 kumpulan sasaran berbeza.

Berikut saya mencadangkan garis-panduan am bentuk-bentuk program yang boleh disiarkan mengikut tempoh jam ;

i- Jam 5-6 p.m.
TV1 : Rancangan kartun kanak-kanak.
TV2 : Rencana sains am, perkomputeran, komunikasi, sosiologi dan sebagainya dari luar negara.

ii- Jam 6-8 p.m.
TV1 : Rancangan agama dan keluarga. ( Laporan Wilayah 7.30-8.00p.m. )
TV2 : Drama untuk bukan-Melayu.

iii- Jam 8-8.30 p.m.
TV1 & TV2 : Slot berita seperti biasa

iv- Jam 8.30-10.30 p.m.
TV1 : Diselang-seli rancangan game-show, drama keluarga, hiburan seni budaya dan filem Melayu.
TV2 : Rancangan import pelbagai bidang seperti sejarah tamadun manusia, tamadun Islam, ekspedisi, arkeologi, pengetahuan geografi dan rencana berkaitan isu Malaysia.

v- Jam 10.30-11.30 a.m.
TV1 : Rancangan berkait seni-budaya Malaysia dan hiburan semasa.
TV2 : Rancangan bersiri sains-fiksyen.

vi- Jam 11.30 ke tengah malam.
TV1 : Tayangan semula [ retro ] rancangan hiburan terbitan RTM seperti drama, HMI, puspawarna dan sebagainya.
TV2 : Filem import pelbagai genre seperti sains-fiksyen, epik sejarah dan biodata pemimpin.
( Bagi tempoh selain daripada 5 p.m. hingga 12.30 a.m., RTM boleh meneruskan program seperti sedia ada. )

Saya mengharapkan formulasi yang dibentangkan ini dapat menolong sedikit sebanyak memulihkan semula reputasi RTM sebagai penyiar utama di negara kita. Kewujudan stesen-stesen baru memang mengkagumkan tetapi rancangan pengisiannya menggugat jati-diri budaya sendiri.

- Mohd Zamri Muda, Bukit Payung, Terengganu..

Maklumat peribadi;
Nama: Mohd Zamri B- Muda
No.i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18
Alamat : 131 Kg. Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.

Rujukan Lanjut, sila lawat; www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html

Hosted by www.Geocities.ws

1